Wednesday, March 2, 2011

Tan Sri Aziz antara takut dosa dan disumpah rakyat!

Tan Sri Aziz orang kuat SPR nampak betul bodoh dan sombong.Aziz bercakap seolah negara baru merdeka.Mini mesyuarat pun pada masa itu tulis dekat kalendar kuda.Sekarang semua ada .Lawak bodoh budak sekolah rupanya masih ada pada orang kuat SPR itu.


Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya, menyaksikan beliau terus dibidas pelbagai pihak.


bar council egm isa 200908 ambigaAntaranya daripada ketua pemantau pilihan raya Bersih 2,0, Datuk Ambiga Sreenevasan.


Katanya, terdapat undang-undang spesifik bagi membuktikan SPR mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi melawan dan mencegah rasuah pilihan raya tetapi ini tidak dikuatkuasakan oleh suruhanjaya itu.


Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak "awak tolong saya, saya tolong awak” semasa kempen pada dua pilihan raya kecil, Ambiga berkata ini dengan jelas boleh diambil tindakan mengikut seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Seksyen berkenaan adalah berkaitan habuan yang diberikan kepada pengundi bagi mendapatkan sokongan.


Menurut Ambiga, SPR mempunyai tanggungjawab bagi memastikan semua insiden berkenaan dibawa ke perhatian pihak berkuasa bagi menjamin pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.


NONEMeskipun kuasa untuk mendakwa terletak di tangan pejabat Peguam Negara, Ambiga berkata SPR juga perlu memainkan peranan.


"Paling tidak, ia (SPR) boleh membuat laporan polis,” katanya kepada portal Malaysiakini, semalam.


Najib membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya kecil Sibu dan Merlimau tetapi Abdul Aziz bertegas mengatakan beliau bukan pakar bagi menentukan aduan berkenaan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Pada pihak tersebut, berkempen sebelum masa yang dibenarkan boleh..., orang lain tidak. Bantuan baiki rumah atau lain-lain kira salah satu bentuk rasuah dengan menggunakan "orang miskin" sebagai alat menjayakan imej politik terutamanya khas untuk pilihanraya...

    ReplyDelete