Tuesday, August 2, 2011

Pengundi Hantu:Pagi Mismah pemastautin tetap pada petang warganegara.

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.


NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.


Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.


Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.


Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.


Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.malaysiakini

Patik pohon tolak bubar Parlimen- Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi.


"Isu yang mendesak kini ialah ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.


"Apabila daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing, ia jelas merupakan ancaman serius kepada kedaulatan negara dan keselamatan negara selain dari pencabulan hak asasi warganegara Malaysia sendiri," tegas beliau ketika menuntut supaya SPR menjelaskan bagaimana daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing yang hanya memiliki status penduduk tetap sahaja.


Mahfuz menyifatkan pendedahan itu sebagai bukti yang tidak boleh disangkal lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR tidak habis-habis membohongi rakyat Malaysia apabila berulang kali mendakwa bahawa daftar pemilih yang ada sudah dibersihkan.


"Kita boleh terima kalau nama orang yang baru sahaja seminggu dua meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih walaupun zaman sekarang zaman teknologi yang membolehkan nama si mati dibuang hampir serta merta dari daftar pemilih.


"Tetapi kebanjiran begitu banyak warga asing bukan lagi perkara yang boleh dikompromikan. SPR boleh dituduh terang-terangan terlibat membiarkan kedaulatan dan keselamatan negara ini terancam.


"Sebagai agensi kerajaan, SPR tidak sepatutnya dilihat menjadi pihak yang mengancam kedaulatan dan keselamatan negara," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi. Tuntutan-tuntutan lain ialah mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.


"Sebab itulah kita mohon Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu campur tangan antaranya tidak memperkenankan permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen selagi tuntutan Bersih tidak dipenuhi.


"Kini semakin terbukti, keengganan SPR membersihkan daftar pengundi sudah sampai ke peringkat mengancam kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing dalam daftar tersebut.


"Jangan sampai nanti orang melihat SPR bukan sahaja tidak mahu membersihkan daftar pemilih malah menjadi dalang utama yang mengotorkan daftar itu dengan kebanjiran warga asing tersebut," kata Mahfuz.


Kebanjiran warga asing dalam daftar pemilih itu didedahkan oleh blog Perisik Rakyat (http://www.perisik-rakyat.com).

Blog itu mendedahkan sehingga 169 nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.

Menurut pendedahan Perisik Rakyat, antara warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi bernama Mismah.

Menurut laporan Malaysiakini pula, Mismah diterima sebagai pengundi baru di Ijok, di mana Ahli Dewan Undangan Negerinya ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimennya ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dzulkelfy Ahmad.


Menurut Malaysiakini, Mismah didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.


Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.


Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Pilihanraya olok-olok UMNO, PAS menang 6 kerusi DUN Perak.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat pula memperolehi 31 kerusi.

Jika kita melihat status qua 2008, dan pilihanraya olok-olok UMNO ,PAS masih belum boleh menggantikan UMNO.

Dengan dijangka PAS bertanding di 21 kerusi DUN Perak,Pas hanya menang 6 kerusi.Jadi PAS Perak tidak boleh menggantikan UMNO pada pru 13.Jadi Pas perlu mengambil ikhtibar ,bahawa jelas jentera PAS tidak begitu berfungsi di DUN-DUN yang kita tandingi.

Alangkah baiknya laporan pilihanraya olok-olok itu,ini memberi jentera PAS membaiki kelemahan dan bersedia untuk memenangi 21 kerusi DUN pada PRU 13 nanti.

Monday, August 1, 2011

Skuad Kebajikan perlu ditubuhkan di setiap parlimen-Nizar.

DS Fatimah Taat menghulur sedikit sumbangan untuk Skuad Kebajikan DMK Bukit Gantang seusai pelancaran skuad kebajikan oleh beliau..Turut kelihatan DS Nizar dan Ketua Dewan Muslimat ,Pn Amizan Baharuddin.

DS Nizar sedang menyampaikan pesanan,mengharapkan semua kawasan Parlimen sudah mempunyai Skuad Kebajikan masing-masing.Jika sudah ada tingkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Hukum dan perlembagaan tertinggi diturunkan- Ustaz Abu Bakar Husain

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.


“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)


Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.


Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.


Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.


Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan seluruh bumi umat Islam di dunia ini.


Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.


Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.


Ustaz Abu Bakar Hussain

(Pesuruhjaya PAS Perak)

Najib antara takut bini dan takut Muhyiddin.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengakui bahawa beliau begitu takut kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Secara terbuka Najib membuktikan kepada seluruh dunia beliau begitu takut kepada Muhyiddin apabila beliau tak mahu mengulas kenyataan timbalannya itu bahawa beliau orang Melayu dahulu, kemudian barulah orang Malaysia.


"Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum sebagai penentangan kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan diajar kepada Najib oleh firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide yang kemudiannya dijerit-jeritkan olah beliau di sana sini setiap hari seolah-olah ia adalah ideanya sendiri," katanya.


Bagi Mahfuz, keengganan Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu juga membuktikan Najib sanggup mengetepikan hampir apa sahaja termasuk konsep 1Malaysia yang dijajanya kerana ketakutannya yang amat sangat kepada Muhyiddin.


"Bagi Najib, tidak mengapa beliau ketepikan propaganda yang dijerit-jeritkannya setiap hari itu asalkan beliau tidak dilihat cuba menentang atau mencabar ketegasan timbalannya yang menekankan bahawa beliau orang Melayu dahulu kemudian barulah orang Malaysia," katanya.


Beliau menyifatkan Najib begitu bermasalah kerana selepas setiap hari diejek dengan tuduhan "takut bini", kini beliau sendiri yang membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau begitu takutkan timbalannya.


Mahfuz juga melihat rasa takut kepada Muhyiddin yang dizahirkan secara terbuka oleh Najib kepada seluruh dunia itu juga menjadikan perpecahan antara mereka sebagai perpecahan terbuka.


"Ia bukan rahsia lagi kerana secara terbuka Najib memperlihatkan ada perpecahan antara beliau dan timbalannya. Ia menunjukkan kepada umum tentang krisis dalaman yang dilihat semakin parah di dalam Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Najib yang tergesa-gesa membatalkan cutinya dan segera pulang ke Malaysia baru-baru ini mempunyai kaitan dengan krisis dalaman tersebut.


"Semua orang tahu kemampuan Muhyiddin dalam soal seperti itu. Kejatuhan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dahulu dilihat hasil dari usaha yang diterajui oleh beliau," katanya.


Ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di ibu negara semalam, Najib enggan menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu.


"Saya tidak akan jawab soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.


"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan,” kata Najib.


Muhyiddin bukan sahaja menegaskan bahawa beliau Melayu dahulu di dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac tahun lalu, malah mengulanginya beberapa kali selepas itu termasuk dalam persidangan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).


Kenyataan beliau dikecam pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan.


Kenyataan itu juga disindir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau berkata: "Saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?"


Malah, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Muhyiddin tidak faham 1Malaysia berikutan kenyataannya itu.


"Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata Ibrahim.

Skuad Kebajikan Muslimat Bukit Gantang ke arah mengekalkan kemenangan.

DS Fatimah Taat pagi tadi 1 Ramadhan telah melancarkan Skuad Kebajikan Dewan Muslimat Bukit Gantang.Turut serta DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Skuad Kebajikan diketuai Puan Amizan Baharudin bersama Skuad Kebajikan sedang mengaminkan doa yang disampai TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad.
DS Fatimah Taat isteri DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang sedang membuka banting perasmian Skuad Kebajikan Bukit Gantang.

santuni rakyat bukan bermusim