Wednesday, October 5, 2011

Hakim Tolak Sepina ,doa Najib dan Rosmah dimakbulkan?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II.


Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.


"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.sumber mk *****trip EURO*******

Dulu ketagih dadah,kini ketagih judi,semuanya zaman UMNO perintah.

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Ketagihan Judi akan ditubuhkan untuk membantu penjudi tegar, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu adalah perlu memandangkan masalah ketagihan judi juga tergolong dalam permasalahan mental.


"Kalau penjudi biasa, mereka masih boleh lagi mengawal diri tetapi kita bimbang dengan penjudi tegar, yang jika duit tak ada pun, mereka tetap mahu berjudi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini, Rabu.


Liow berkata memandangkan belum ada badan khas untuk melihat masalah tersebut, kementerian itu merasakan bertanggungjawab untuk membantu pejudi tegar kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyumbang kepada masalah mental yang serius kepada golongan itu.


Beliau berkata jawatankuasa itu akan diketuai oleh Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Datin Dr Ang Kin Teng yang akan merangka program khas dan cara untuk membantu penjudi tegar termasuk mereka yang terlibat dengan judi dalam talian dan di pusat siber. - BERNAMA

Fenomena Khairul Fahmi- jangan benarkan Australia menjajah kita.

http://hiburanterkini.thekeyword.org/wp-content/uploads/2011/06/khairul-fahmi-aksi.jpg
Jumaat ini, keringat Khairul Fahmi amat diperlukan. Pada hari Jumaat ini Malaysia akan berhadapan negara Australia satu pasukan bolasepak gergasi Asia.Menentang pasukan yang pernah masuk Piala Dunia,satu penghormatan buat Malaysia.

Dua -dua negara dijajah Inggeris. Khairul Fahmi baru-baru ini sewaktu pasukan olimpik Malaysia menentang Jepun bertindak cemerlang.

Khairul Fahmi jangan berpolitik mengikut propaganda UMNO.Jika dia ikut rentak UMNO,perjalanannya tidak jauh.Lihat Soh Chin Aun,masuk politik sokong BN,jadi pula calon MCA di Melaka, masyarakat sudah hilang penghormatan kepada dia.

Ayuh ,Khairul Fahmi pastikan gawang Malaysia tidak dijajah Australia.****smartphone -ambil foto******

Tuesday, October 4, 2011

Peluang PAS untuk menang di 21 kerusi DUN cerah.

Membaca apa yang tersirat dari mulut Zambry Kadir PAS dan parti lain dalam Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang dengan kerusi yang banyak.


PAS Perak kena menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan 'hitam' iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang.Semuanya bergantung kepada strategik dan kehendak pengundi.



"Sukar katakan kawasan tertentu sebagai 'hitam' sebab ini adalah politik. Kadangkala kawasan yang dianggap 'putih' (peluang cerah untuk menang) boleh bertukar 'hitam' kerana politik adalah sesuatu yang dinamik," katanya Zambry di Ipoh, semalam.


Pandangan Zambry menunjukkan UMNO pun tidak mempercayai mereka mampu untuk menang disemua kerusi.


PAS perlu terus menyantuni rakyat.Kerja kita bukan macam UMNO kerja bermusim.Tolong rakyat bermusim.Turun padang pemimpin bermusim.


Seperti parti komponen BN di Bukit Gantang,MCA dan Gerakan ,sudah ditegur Zambry Kadir baru buat kerja.*** kita minum dulu*****

Rais Yatim tidak seharusnya berbohong seperti Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rais Yatim tidak seharusnya berbohong seperti Utusan Malaysia, sebaliknya harus membuktikan mana satu program rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadirinya mengenepikan Bahasa Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu telah membuat kenyataan palsu yang berbahaya bahawa program rasmi yang dihadiri beliau di Pulau Pinang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin.


“Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan Malaysia; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meminggirkan Bahasa Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Lim mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 September lepas.


Beliau mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya kerajaan negeri.


Katanya, kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan Bahasa Kebangsaan dan sedikit sahaja Bahasa Inggeris adalah tidak benar.


“Saya juga turut bercakap menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin."kata Lim.

PS:Padahnya jika parti perkauman UMNO mengurus Malaysia. Nama parti sendiri sudah "Inggeris" bersikap pula seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Senyum lebar isteri dan ibu , dapat RM1000.00 setahun bermula 2012.

BN tak pernah bagi ,kerajaan PR pada tahun 2012 sudah memberi RM1000.00 setahun untuk suri rumah.

Ibu-ibu kita pula juga dapat RM 1000.00 setahun.54 tahun merdeka BN apa pun tak buat untuk ringankan penduduk .Belanjawaan bertema Kesejahteraan untuk semua"perlu disambut pengundi.


Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:


a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.

Monday, October 3, 2011

Fenomena Usop Welcha -kita doakan Usop Welcha menyokong Pakatan Rakyat.

“Kita bakor jer rumah kak Limah tu... Kerana kita hidup dalam demokrasi terpimpin, saya Usop, bekas penari kebudayaan ingin mengesyorkan supaya kita membuat undian... siapa-siapa di sini yang menyokong supaya rumah Kak Limah kita bakor... sila angkat tangan macam saya...”

Jelas sekali Mamat Khalid berjaya membentuk watak Syed Mohamad Asri. Kehebatan populariti anak jati kelahiran Bandar Diraja, Kuala Kangsar ini. Watak lembut Usop lebih menonjol daripada nama sebenarnya iaitu Syed Mohamad Asri atau Shy8 anak bongsu dari 13 adik beradik.

Marilah kita berdoa Usop Welcha akan terus berlakon.Menjadikan lakonan sebagai satu ibadah.Lakonan sebagai medium dakwah bukan medium propaganda UMNO.

Apa yang penting,Usop Welcha boleh membuat keputusan menolak kezaliman dan kebatilan.Moga-moga Usop membakar sikap perkauman UMNO dan mula menyokong perjuangan rakyat melalui Pakatan Rakyat.