Monday, October 3, 2011

Fenomena Usop Welcha -kita doakan Usop Welcha menyokong Pakatan Rakyat.

“Kita bakor jer rumah kak Limah tu... Kerana kita hidup dalam demokrasi terpimpin, saya Usop, bekas penari kebudayaan ingin mengesyorkan supaya kita membuat undian... siapa-siapa di sini yang menyokong supaya rumah Kak Limah kita bakor... sila angkat tangan macam saya...”

Jelas sekali Mamat Khalid berjaya membentuk watak Syed Mohamad Asri. Kehebatan populariti anak jati kelahiran Bandar Diraja, Kuala Kangsar ini. Watak lembut Usop lebih menonjol daripada nama sebenarnya iaitu Syed Mohamad Asri atau Shy8 anak bongsu dari 13 adik beradik.

Marilah kita berdoa Usop Welcha akan terus berlakon.Menjadikan lakonan sebagai satu ibadah.Lakonan sebagai medium dakwah bukan medium propaganda UMNO.

Apa yang penting,Usop Welcha boleh membuat keputusan menolak kezaliman dan kebatilan.Moga-moga Usop membakar sikap perkauman UMNO dan mula menyokong perjuangan rakyat melalui Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment