Tuesday, October 4, 2011

Peluang PAS untuk menang di 21 kerusi DUN cerah.

Membaca apa yang tersirat dari mulut Zambry Kadir PAS dan parti lain dalam Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang dengan kerusi yang banyak.


PAS Perak kena menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan 'hitam' iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang.Semuanya bergantung kepada strategik dan kehendak pengundi.



"Sukar katakan kawasan tertentu sebagai 'hitam' sebab ini adalah politik. Kadangkala kawasan yang dianggap 'putih' (peluang cerah untuk menang) boleh bertukar 'hitam' kerana politik adalah sesuatu yang dinamik," katanya Zambry di Ipoh, semalam.


Pandangan Zambry menunjukkan UMNO pun tidak mempercayai mereka mampu untuk menang disemua kerusi.


PAS perlu terus menyantuni rakyat.Kerja kita bukan macam UMNO kerja bermusim.Tolong rakyat bermusim.Turun padang pemimpin bermusim.


Seperti parti komponen BN di Bukit Gantang,MCA dan Gerakan ,sudah ditegur Zambry Kadir baru buat kerja.*** kita minum dulu*****

No comments:

Post a Comment