Saturday, November 5, 2011

Mangkuk hayun BN ,20 tahun hutan simpan kekal diceroboh.


IPOH:Pencerobohan dan penerokaan hutan simpan adalah isu serius kerana implikasinya bukan sahaja merugikan sumber hasil negeri tetapi menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Isu ini digunakan untuk meletakkan kesalahan di bawah Ramli Ngah Talib dan Tajol Rosli.


Kebiasaan UMNO akan menyalahkan pemimpin terdahulu,untuk menutup kelemahan pimpinan Menteri Besar sekarang.


Isu penerokaan Hutan Simpan Chikus yang dikatakan telah diteroka sejak 20 tahun lalu dan tiada tindakan undang-undang diambil.Hutan yang telah diceroboh selama 20 tahun ini ,telah dimomokkan juakjuak dan pencacai UMNOporno ,kononnya dibiarkan kerajaan PR.


Anggota Exco Kerajaan Negeri UMNO , Zainol Pazdi Paharuddin mendedahkan kegiatan penerokaan tanah secara haram di kawasan Hutan Simpan Kekal Chikus.


Beliau mendakwa Jabatan Perhutanan Negeri tidak mengambil sebarang tindakan tegas dalam membendung kegiatan penerokaan itu meskipun telah berkali-kali dibangkitkan sebelum ini.


Dikatakan sebahagian besar kawasan tanah berkenaan diteroka oleh mereka yang didakwa rapat dengan UMNO, menebang pokok-pokok hutan dan menggantikannya dengan tanaman sawit dan tanaman kontan sepeti betik, limau kasturi, limau nipis dan jambu batu.


Kalau tidak ,kenapa riuh sekampung,tanpa melaporkan kepada SPRM.Kalau tidak kenapa dibiarkan selama 20 tahun baru didedahkan.UMNO memang nipu orang.

Bajet Zambry ilham dari Mekah

Sidang DUN Perak dijadualkan berlangsung pada 23 November hingga 24 November.Sidang DUN Perak ,sidang yang akan membentangkan Bajet Zambry Kadir.

Zambry Kadir sedang mendapat ilham dari Mekah untuk meneruskan jangkahayat kerajaan kudeta.

Bajet Zambry,seperti juga belanjawan DS Najib ,bajet yang ingin meneruskan jangka hayat UMNO dan BN.

Namun begitu Zamry seperti juga Najib akan memperuntukkan 'habuan untuk kroni' dalam pembentangan bajet pada kali ini.Mereka tahu ,berdasarkan ramalan Perak bukan milik UMNO pada PRU 13 nanti.

Dengan hutang kerajaan Perak semakin tinggi,lebihan hasil tidak ada seperti negeri Selangor.Zambry Kadir terus bergantungan kepada kerajaan Persekutuan.Kerajaan Perak mempunyai duit lebih setelah menjual aset dan tanah kepada syarikat-syarikat.

Sekretariat Pakatan Rakyat Perak perlu mengeluarkan bajet sendiri untuk menyangi bajet PRU 13 BN.


Friday, November 4, 2011

PPSMI :Muhyiddin Yassin bodoh tak boleh diikut.

Muhyiddin Yassin ,bodoh tidak boleh dikut. Pandangannya terhadap PPSMI tidak konsisten.Jenis UMNO ,bercakap pun untuk menyelamatkan tengkuk.Jenis UMNO kerjanya memang nipu orang.

Mengenai buku teks sekolah pula, Muhyiddin berkata ia akan dibekalkan dalam BM dan juga Bahasa Inggeris (BI), jadi terpulang kepada pihak sekolah untuk memilih.


"Kertas peperiksaan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuat dalam dwibahasa dan pelajar bebas untuk memilih sama ada hendak menjawab dalam BM atau BI," kata Muhyiddin


Mengenai pemilihan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains sama ada dalam BM atau BI ditentukan pihak sekolah atau ibu bapa, Muhyiddin berkata:" sekarang pun sekolah sudah membuat keputusan sendiri".


"Semasa kita kata PPSMI dibuat dalam BI apabila sekolah tengok ia tidak boleh dilaksanakan, mereka gunakan BM, jadi sekolah teruskanlah," katanya dan menambah kata sekolah lebih arif mengenainya.

Awas ,PAS Perak ,Zambry Kadir sudah bertaubat.!

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri, DS Rosmah Mansor berdoa selepas selesai menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram pada Jumaat. Turut kelihatan Menteri Besar Perak, DS Zambry Abdul Kadir. - foto BERNAMA

Pas Perak,kena lebih agresif dan proaktif untuk melawan UMNO.Zamry kini sudah bertaubat.Dia sudah direrima DS Najib.Dia kini menjadi orang kesayangan DS Najib.

PAS Perak kena bangkitkan kemarahan rakyat ke atas BN.Sudah 1000 hari kerajaan rakyat dirampas.Sudah seribu hari Zambry perintah Perak ,tanpa mandat rakyat.Sudah seribu hari Zambry dan DS Najib menzalimi pengundi yang memilih Pakatan rakyat.

Orang mude ,geng kite,mereka sudah meluat dengan UMNO.


Banyak orang muda kini masuk PAS. PAS Kawasan Bukit gantang setiap hari menerima orang muda untuk menjadi Ahli PAS. Mereka minta borang sendiri,mereka anak orang UMNO.Orang muda Bukit Gantang sudah meluat dengan UMNO.

Saksikan nanti kehadiran mereka ,apabila kempen PRU 13 bermula.

Salam Aidiladha dan Selamat menjalani ibadah qurban-DS Nizar.



Dr Mahathir Mohamad meminta dia dicaci selalu.

Mahathir Mohamad terus istiqamah dengan dasar yang merugikan Islam dan orang Melayu.

Kebobrokan masyarakat hasil pemerintahan beliau selama hampir 22 tahun.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masih belum terlewat sekiranya kerajaan ingin memperkenalkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun mereka memutusakan subjek itu diajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada 2016.


Menyifatkan subjek Sains sebagai dinamik dan sentiasa berubah, bekas perdana menteri itu menegaskan bahawa adalah lebih baik untuk mengajar mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.


"Anda tidak boleh mengikuti perkembangan dalam bidang Sains kecuali anda memahami bahasa di mana ilmu pengetahuan itu datang kepada kita. Setiap hari ada hasil, penemuan dan teori baru.

"Semua ini tak dicatat dalam bahasa kita tapi dalam Bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama khas pada majlis penutupan Forum Ekonomi Cina Dunia Ketiga di Seri Kembangan di sini, Jumaat.


Menggelarkan dirinya sebagai nasionalis sama seperti orang lain, Dr Mahathir, yang memperkenalkan PPSMI pada 2003, berkata kita perlu menguasai pengetahuan saintifik sekiranya kita mahu membangunkan negara ini.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Kabinet hari ini memutuskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016 dan di sekolah menengah pada 2021.

Dr Mahathir berkata pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Malaysia akan mengakibatkan pelajar ketinggalan dalam menguasai ilmu pengetahuan baru.


"Mereka mungkin belajar asas sains tapi ketinggalan ilmu terkini. Bila hadir seminar, apa-apa yang bincang tentang sains, mereka tak akan faham. Kalau belajar kemudian, penguasaan tidak begitu baik seperti belajar dari asal," jelasnya.


Mengulas mengenai program Seksualiti Merdeka 2011, Dr Mahathir berkata perlu ada batas kepada kebebasan dan menggesa supaya wujud sesuatu standard untuk rakyat mematuhinya.


"Saya tidak fikir kita perlu perkara seksualiti ini. Ia harus diharamkan. Itu pun kebebasan bersuara perlu ada had. Kita mesti ada peraturan berkenaan konsep perkahwinan, konsep keluarga dan perlu pegang kepada nilai-nilai mulia yang kita amalkan sekarang," katanya. - BERNAMA