Saturday, November 5, 2011

Mangkuk hayun BN ,20 tahun hutan simpan kekal diceroboh.


IPOH:Pencerobohan dan penerokaan hutan simpan adalah isu serius kerana implikasinya bukan sahaja merugikan sumber hasil negeri tetapi menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Isu ini digunakan untuk meletakkan kesalahan di bawah Ramli Ngah Talib dan Tajol Rosli.


Kebiasaan UMNO akan menyalahkan pemimpin terdahulu,untuk menutup kelemahan pimpinan Menteri Besar sekarang.


Isu penerokaan Hutan Simpan Chikus yang dikatakan telah diteroka sejak 20 tahun lalu dan tiada tindakan undang-undang diambil.Hutan yang telah diceroboh selama 20 tahun ini ,telah dimomokkan juakjuak dan pencacai UMNOporno ,kononnya dibiarkan kerajaan PR.


Anggota Exco Kerajaan Negeri UMNO , Zainol Pazdi Paharuddin mendedahkan kegiatan penerokaan tanah secara haram di kawasan Hutan Simpan Kekal Chikus.


Beliau mendakwa Jabatan Perhutanan Negeri tidak mengambil sebarang tindakan tegas dalam membendung kegiatan penerokaan itu meskipun telah berkali-kali dibangkitkan sebelum ini.


Dikatakan sebahagian besar kawasan tanah berkenaan diteroka oleh mereka yang didakwa rapat dengan UMNO, menebang pokok-pokok hutan dan menggantikannya dengan tanaman sawit dan tanaman kontan sepeti betik, limau kasturi, limau nipis dan jambu batu.


Kalau tidak ,kenapa riuh sekampung,tanpa melaporkan kepada SPRM.Kalau tidak kenapa dibiarkan selama 20 tahun baru didedahkan.UMNO memang nipu orang.

No comments:

Post a Comment