Namun begitu ,tindakan cubaan untuk menghalang DS Nizar tidak berjaya.Rata-rata masyarakat Islam menerima baik kedatangan DS Nizar dan rombongan.
Tuesday, November 8, 2011
Ibadah Qurban: Ahli UMNO cuba gagal kedatangan DS Nizar
Namun begitu ,tindakan cubaan untuk menghalang DS Nizar tidak berjaya.Rata-rata masyarakat Islam menerima baik kedatangan DS Nizar dan rombongan.
Minta-minta Osman Jailu bertaubat-DS Nizar
"Semasa jadi exco tidak minat hendak pergi Mekah"kata DS Nizar."Harap-harap dia bertaubat dengan kesalahan yang dilakukan "kata DS Nizar .
Monday, November 7, 2011
Abang Osman inilah yang mendakwa pernah cakap "butuh "dekat YB Rosli
ADUN Trong UMNO kena carut.
Penduduk Kg Wawasan PPRT ,kesal kerana ADUN Trong masih tidak menunaikan janji untuk memberi hak milik kepada tapak rumah dan tanah yang mereka usahakan seekar untuk seorang ketua keluarga.
Abang Osman yang telah menjadi UMNO sejak berumur 21 tahun sehingga kini berumur 51 tahun.Baru empat hari dia mengisi borang menjadi Ahli PAS.
Baru-baru ini sebelum mengisi borang menjadi ahli PAS ,dia mendakwa pernah mencarut dengan YB Rosli."Butuh hang!" kata Osman memberitahu DS Nizar.
Alhamdulillah ,sekarang sudah sedar,ADUN UMNO tidak boleh dipercayai.
Sunday, November 6, 2011
SAMM dakwa PM bubar Parlimen bulan ini
Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.
Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.
Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.
"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.
"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.
Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata.
Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang.
"Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil.
"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya.
Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara.
Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah.
"Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya.
Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.
"Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau.
Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.
PAS bukan macam UMNO,PAS tetap konsisten dengan dasar-Idris Ahmad
Bukan macam UMNO yang tidak berani untuk menegur MCA yang menghina Islam.PAS boleh bersama Ambiga dalam proses pilihanraya bersih.PAS juga boleh membantah tindakan Ambiga dalam program Seksualiti Merdeka.
PAS dari dulu hingga sekarang tetap dengan dasar Islamnya.Menurut Ustaz Idris Ahmad ,Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kedua-duanya tidak mahu hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Saturday, November 5, 2011
Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya
Justeru, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib tidak lupa mengucapkan tahniah kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.
“Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah,” ujarnya dalam perutusan sempena Idul Adha 1432H.
Katanya, arahan itu yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan.
Menurutnya, walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.
Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya.
Begitu juga, katanya persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan.
“Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT,” ujarnya lagi.
Berikut adalah perutusan Idul Adha beliau.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, saya mewakili Dewan Ulamak PAS mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam khususnya para penyokong dan pendukung PAS sejak dahulu hingga sekarang. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.
Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Arahan yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.
Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT.
Sebagai hamba Allah, arahan dan ketetapan yang diberikan hendaklah dipikul dengan sebaik-baiknya. Tidak ada pilihan bagi hambanya yang mengaku beriman untuk mengingkari segala perintah yang ditetapkan khususnya yang terdapat dalam Al-Quran dan apa yang disampaikan oleh utusanNya Nabi Muhammad s.a.w.
Seorang muslim tidak boleh untuk memilih melaksanakan sebahagian daripada perintah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perintah untuk melaksanakan hukuman hudud sebagai contoh seharusnya ditaati sebagaimana perintah ibadat haji ke atas umat Islam. Perintah untuk melaksanakan hukuman qisas seharusnya dipikul sebagaimana perintah melakukan ibadat puasa ke atas orang yang beriman.
Walaupun hukuman ini pada pandangan sesetengah orang dilihat terlalu keras dan tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden ini, sebagai seorang muslim yang mengambil pengajaran di sebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim tidak akan meninggalkan arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Usaha harus dilakukan untuk mencari jalan ke arah perlaksanaannya dan bukan alasan yang diberikan untuk mengelak daripadanya.
Pengorbanan Nabi Ibrahim ini juga seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya. Pengorbanan sangat dituntut sebagai bukti perhambaan kita kepada Allah. Pengorbanan bagaikan bahan api untuk menggerakkan kenderaan jamaah ini. Tanpanya, kenderaan ini hanya akan menjadi hiasan dan disimpan di dalam garaj.
Buat akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan selamat menunaikan ibadat haji kepada seluruh tetamu Allah di bumi Makkah. Moga Ibadat kalian diterima dan mendapat haji yang mabrur.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.