Tuesday, June 5, 2012

Dua Pegawai Polis Jumpa Nizar di Pejabat PAS Perak,esok.

DS Nizar  petang tadi memberitahu penulis ,beliau hanya akan memberi keterangan kepada anggota polis dari IPD Johor Bharu di Pejabat Perhubungan PAS Perak,di Ipoh.DS Nizar menjelaskan kepada Ustaz Idris Ahmad,beliau melantik Tetuan Asmuni Awi untuk mewakili beliau dalam isu WWW1.
Simpang-Esok 6 Jun ,dua orang pegawai polis dari IPD Johor Bharu akan mengambil keterangan DS Nizar di Pejabat PAS Negeri Perak,di Medan Istana ,Ipoh.

DS Nizar dengan nasihat peguam-peguam beliau yang diketuai Peguam Tuan Asmuni Awi,hanya akan memberi keterangan di Pejabat PAS negeri Perak.

Dijangka pada 2.00 petang esok,Rabu  pegawai dari Polis Johor akan bertemu DS Nizar.Peguam DS Nizar akan membuat sidang akhbar sebaik selesai,keterangan beliau di ambil.

Monday, June 4, 2012

Rabu ini,Polis Johor jumpa Nizar ambil keterangan.

Taiping - Dua pegawai polis Johor akan mengambil kenyataan daripada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak Rabu ini berhubung kenyataannya menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu  Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Shariff, memberitahu  pihak polis Johor telah menerima 39 laporan polis dan kenyataan daripada 39 orang mengenai kenyataan Nizar itu," katanya kepada pemberita hari ini.

“Mungkin tidak ada siapa-siapa dari PDRM yang membaca Kosmo!-Raja Dr Ahmad Iskandar



Dewan Pemuda Pas Perak(klik)hari membuat satu laporan polis berikutan sikap berat sebelah Polis Diraja Malaysia yang enggan mengambil tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengeluarkan artikel dan sebuah karikatur yang mempersendakan pembelian nombor plat WWW1 oleh Sultan Johor, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh untuk mensabitkan Dato Seri Nizar Jamaludin berikutan mesej yang disiarkan didalam Twitternya.

Dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis, Ipoh, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak berkata, beliau hairan mengapa polis hanya mengambil tindakan terhadap mesej Twitter yang bersifat umum yang dikeluarkan oleh Dato Seri Nizar, sebaliknya tidak berbuat apa terhadap laporan Kosmo
“Mungkin tdak ada siapa-siapa dari PDRM yang membaca Kosmo!” tambah beliau.

Pemuda PAS Perak berharap agar pihak polis lebih professional dalam tindakan mereka dan tidak melakukan tindakan terpilih dalam menangani isu ini.

Ketika ditanya tentang pendirian Pemuda PAS Perak tentang isu ini, Dr. Raja Ahmad memberitahu, Pemuda Pas Perak sentiasa berpihak kepada rakyat Johor terutamanya yang membabitkan kepentingan rakyat Johor.

“Teguran Dato Seri Nizar adalah bersifat umum kalau dibandingkan dengan tindakan Umno yang memperlekehkan institusi Raja pada tahun 80an dulu. Mengapa tindakan tidak diambil terhadap pemimpin Umno yang jelas menjatuhkan martabat Raja, tidak ada tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengulas dengan panjang lebar, tetapi tindakan diambil terhadap Dato Seri Nizar? ” jelas beliau.sumber media perak

Sunday, June 3, 2012

Dr Raja Iskandar akan buat laporan polis ,isu WWW1

Taiping,3Jun- Esok 4 Jun , Dr Raja Iskandar Al-Hiss   mewakili Dewan Pemuda PAS Perak akan membuat laporan Polis berhubung isu bidaan no plat kereta di Ibu Pejabat Daerah Ipoh jam 10 pagi.

Difahamkan Dr Raja Iskandar yang juga kerabat diraja Perak ,yang mempunyai pertalian darah dengan Sultanah Johor ,DYMM Raja Zarith Sofea akan mengemukakan fakta kenapa mereka membuat aduan polis.

Aduan mungkin berkaitan dengan karikatur kartun dalam akhbar Kosmo bertarikh 30 Mei lalu dan juga kenyataan Raja Petra dalam artikel beliau  dalam blog beliau,bertarikh 31 Mei lalu.     

WWW 1 paling mahal-satu laporan polis dibuat .

Karikatur kartun  menghina ke atas DYMM Sultan Johor disiar  oleh akhbar Kosmo,Rabu 30  MEI 2012 ,pada muka surat 50 .

Justeru itu pada malam ini satu laporan polis akan dibuat di Balai Polis  berdekatan dalam daerah LMS ,Taiping.

Pengadu dijangka akan membangkitkan kenapa DS Nizar disiasat  mengikut akta hasutan sedangkan karikatur di atas jelas telah menghina DYMM Sultan Johor.Pengadu juga akan membangkitkan  kenapa undang-undang berbeza antara satu sama lain.

Antara Ratu dan rakyat- Dr Mohd Asri


ANTARA RATU DAN RAKYAT
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Sambutan Diamond Jubilee sempena 60 tahun pemerintahan Queen Elizabeth II yang menaiki tahta sejak 1952 akan berlangsung di UK beberapa hari lagi. Dikatakan beberapa negara yang masih mendaulatkan Monarki British itu seperti Australia, Canada, New Zealand dan lain-lain akan turut menyambutnya. Di UK, sambutan kelihatan agak besar. Masih nampak perasaan sayang rakyat pada Ratu.

Kritikan
Pun begitu sambutan Diamond Jubilee yang akan berlangsung itu tidak sunyi dari kritikan. Akhbar dan orangramai ada yang memprotes sambutan tersebut sebagai membazir wang negara dalam keadaan ekonomi Eropah yang tidak stabil sekarang. Ada yang membuat undian pendapat apakah sambutan itu membazir ataupun tidak. Ada pula yang mengira kos kerugian cuti disebabkan sambutan tersebut.

Hasrat Queen untuk mendapat hadiah sebuah Yacht (kapal persiaran) daripada kerajaan sempena Jubilee ini pun telah ditolak apabila survey menunjukkan 64% rakyat tidak bersetuju (Rujuk : http://yougov.co.uk/news/2012/01/27/and-against-queens-yacht/).

Demikian ramai juga yang mengkritik sambutan Jubilee ini disebabkan antara jemputan Queen ialah raja-raja yang dianggap tidak demokratik dan zalim dari pelbagai negara. Kritikan ditujukan kepada Queen sebagai tidak sensitif dengan isu kemanusiaan.


Empayar British yang luas

Apapun, kami di sini akan dapat cuti. Segala kritikan dan sokongan kepada Queen adalah asam garam kehidupan mereka di sini yang menghormati hak rakyat dalam bersuara. Setuju ataupun tidak satu hal. Namun memberikan ruang rakyat bersuara adalah tanda pemerintah yang demokratik dan menghormati rakyat.

Rakyat tidak dianggap derhaka hanya dengan memberikan pendapat yang berbeza. Hanya kelompok ‘jakun’ yang cuba hidup dalam kalangan manusia berakal sahaja yang menganggap memberi pendapat itu satu jenayah, sekalipun ia tidak diikuti dengan aktiviti yang mengancam dan merosakkan keselamatan rakyat.

Ya, sudah pasti ada peraturan dan adabnya dalam setiap perkara. Namun hak bersuara tidak boleh dinafikan. Kita patut ‘tabik’ kepada Monarki British di ‘sudut itu’. Mungkin perkembangan politik British juga tidak memberikan mereka pilihan melainkan demikian. Saya rasa itulah salah satu sebab Monarki British itu masih disayangi dan rakyat merasakan mereka patut terus berada di situ.

Isu Malaysia

Saya terlambat ikuti perkembangan isu di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa ada isu tentang istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM 500,000. Saya juga dimaklumkan bahawa ada yang telah kritik isu ini. Saya tidak tahu pendetilan isu tersebut. Saya tidak tahu siapa yang patut dipersoalkan. Cuma, apabila ada yang bertanya dalam twitter, saya jawab secara umum bahawa ‘JIKA’ golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka. Ini kerana hanya Tuhan sahaja yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.

Saya twit hal itu secara umum tanpa ditujukan khusus kepada sesiapa. Ada yang cuba menjadikan twit itu khusus kepada isu berkenaan. Sebenarnya tidak. Ada pula yang menyunting rakaman ucapan saya dalam isu lain yang dah lama semasa saya masih di Malaysia, lalu dikaitkan dengan isu berkenaan. Itu pun tidak betul. Saya tidak tujukan kepada peribadi, tetapi kaedah yang umum. Saya juga setuju, menegur pemerintah ataupun raja dalam isu peribadi memerlukan bahasa yang sesuai dan berkesan. Kritikan hendak membina (constructive criticism). Namun hak menegur tetap ada.

Saya mungkin tidak bersetuju dengan isi sesuatu kritikan. Bahkan saya mungkin menentang pengkritik itu sendiri dalam isu-isu yang lain. Namun saya berpegang bahawa seseorang rakyat itu selagi dia menggunakan bahasa yang wajar dan hujah yang betul, tidak wajar untuk dia dihukum kerana mengkritik.

Mana-mana pihak yang menghalang orang mengkritik golongan bangsawan sekalipun dengan bahasa yang betul, adalah golongan feudal yang tidak wajar menguasai politik masakini. Adakah sesiapa dalam kalangan pemerintah kita yang lebih mulia, hebat dan gagah dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab?! Beliau pernah ditegur, namun beliau tidak menghukum pengkritiknya.

Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata:

“Wahai manusia dengarlah!” Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar”. Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai”. Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman”. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”. Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar”. (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).

Tiada hukuman pun, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab. Apakah kita merasakan bahawa ada pihak yang lebih mulia dari Nabi s.a.w dan para al-khulafa ar-Rasyidin. Nabi s.a.w sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiyyah yang baginda meterai. Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi. Siapakah yang merasakan lebih mulia dari baginda?!

Ulama

Ulama mestilah bersikap seperti tokoh ilmuwan agung mazhab al-Shafi’i iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H). Saya telah petik kisah beliau dalam artikel saya semasa saya masih menjadi Mufti Perlis. Saya ketika itu mengkritik kenaikan harga barang. Artikel itu disiarkan oleh Akhbar Utusan (Mingguan Malaysia).

Saya petik kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?

 Beliau menjawab:
Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Inilah tokoh Mazhab al-Shafi’i yang sangat hebat dari segi ilmu dan akhlak. Di Malaysia, ada yang fanatik mazhab. Pantang dengar orang tidak berpegang dengan mazhab Shafi’i yang ‘dia faham’, terus hendak diadukan kepada sultan dan raja. Malang sekali, sikap dan budi tokoh-tokoh mazhab itu tidak diteladani. Kita tidak meminta pemerintah supaya jadi seperti ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Kita minta jangan buat sesuatu yang menimbul persoalan dan kegelisahan rakyat.

Kita ingin sayangkan pemerintah kita dengan ikhlas. Pihak istana akan lebih dihormati dan disayangi jika mereka mengikut perkembangan dan perasaan rakyat. Hari ini dunia terbuka. Memaksa orang suka hanya membakar rasa kebencian. Namun, akhlak yang baik, teladan yang bagus dan kehidupan yang jujur akan menjadikan sesebuah institusi itu bertambah dekat di hati dan jiwa rakyat.

Friday, June 1, 2012

Mudah saja nak sebut ke Putrajaya-Mat Sabu


ALOR SETAR, 1 Jun: Mudah sahaja nak sebut menuju ke Putrajaya, tapi jalannya penuh liku, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.


"Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli yang hadir.


PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.


Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat.


"PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.


"Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi.


.