Wednesday, July 4, 2012

Inilah Datuk Ariff Sabri yang tahu rahsia Najib.









Datuk Ariff Sabri ,pernah jadi wakil rakyat Pulau Manis  dan pernah jadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.Kini bersama DAP.Kehadirannya ke Parlimen Bukit Gantang pada 6 Julai ini,cuba dihalang. Didakwa orang kuat UMNO  membuat petisyen dan meminta penduduk(ahli UMNO) menandatangani borang membantah kehadiran beliau ke Taman Berkat dalam Parlimen Bukit Gantang. Notis bantahan akan diberi kepada pihak polis,kononnya seluruh penduduk bantah, bekas orang kuat Najib berceramah di sini.(KLIK)
Dalam pada itu di Kuala Nerus ,Kedah  ,bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan ‘Haram Jadah’.

Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.


“Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang ‘mengharamjadahkan’ orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,

“kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,

“sebab itu bila dia sebut ‘Haram jadah’ itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,”
ujarnya. sumber berita &foto Greenboc

Bukit Gantang:Orang UMNO buat petisyen bantah Dato Arif Sabri ceramah.

Siri penerangan yang dianjurkan jentera Penerangan PAS Kawasan Bukit Gantang semakin rancak. Pada  6 Julai (JUMAAT)ini satu ceramah akan diadakan.Semuanya "orang penting" yang menakut dan menggerunkan orang UMNO Bukit Gantang ,menyampaikan mesej tentang "tembelang dan busuknya UMNO.   
 
Ceramah pada kali ini akan membariskan penceramah yang terdiri daripada Ust Idris Hj Ahmad(AJK PAS Pusat),Dato Arif Sabri Abd Aziz(Mantan ADUN UMNO Pahang,Sdr Aspan Alias(Blogger/Veteran UMNO) dan Dato Hj. Fauzi Shaari (Mantan Pengarah JSJ PDRM) selaku penceramah utama  pada malam tersebut.

Ketakutan UMNO semakin jelas ,ceramah yang akan berlangsung di premis parti itu  ,menyebabkan orang UMNO Bukit Gantang didakwa meminta "orang kuat UMNO" cawangan Taman Berkat ,tempat ceramah akan berlangsung  membuat petisyen. Orang Taman Berkat dipaksa menandatangai borang membantah ceramah anjuran PAS itu.Kononnya mereka mahu  bagi "warning" dekat polis  Simpang,Taiping ,penduduk (baca UMNO) tak mahu ceramah PAS.

Kerajaan Zambry jual tanah Rm68 ribu seekar,harga pasaran Rm200ribu.

IPOH: PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu hari ini mendedahkan tindakan Kerajaan Negeri Perak melalui Syarikat Maju Perak Berhad yang telah menggadai tanah melalui satu perjanjian yang telah dimaterai dengan sebuah syarikat bukan bumiputera melayu.
 
Jurucakapnya, Salman Saleh berkata, tanah yang terletak di Batu Gajah berhampiran stesen keretapi tanah melayu (KTM) adalah seluas 511.43 ekar.


“PAS Perak kesal tindakan Maju Perak Berhad yang menggadai tanah kepada syarikat Extreme News Sdn Bhd dengan harga yang terlalu murah,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.
 

Menurutnya, tanah yang terletak di lokasi yang strategik itu dijual dengan harga RM68 ribu seekar sahaja berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200 ribu seekar.
 

“Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang amat pelik bagi tujuan apa kaedah sekalipun dan adakah kerajaan negeri maklum akan salahlaku ini?,” ujarnya.
 

Beliau berkata, kerajaan negeri didapati gagal menguruskan Syarikat Maju Perak Bhd yang sepatutnya berperanan sebagai untuk memajukan tanah hak milik melayu dan membuat keuntungan kembali kepada kerajaan negeri. 
 

Katanya, Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan negeri Perak (PKNP) mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan anak-anak syarikatnya terutamanya dalam menjaga kepentingan orang melayu didalam kurniaan tanah kepada GLC negeri.
 

“Tindakan tersebut dibimbangi ada berlaku serta melibatkan unsur rasuah dan penyelewengan yang melibatkan urusan perniagaan diluar kebiasaan tersebut yang mungkin berlaku,” soalnya lagi.
 

Mengulas lanjut, PAS Perak memberi tempoh 7 hari kepada Dato’ Seri Zambry untuk memperjelaskan isu ini kepada umum.
 

“Kami mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang bukan dibawah PAC untuk menyiasat isu ini secara telus dan terbuka.
 

“Kami juga mendesak agar dibatalkan perjanjian dengan Extreme News Sdn Bhd jika benar adanya perjanjian tersebut dimeterai.
 

Justeru, PAS Perak menuntut Umno Perak bertanggungjawab dalam isu ini dan melaksanakan tuntutan ini dengan segera atau tindakan selanjutnya akan diambil.
 

Hadir sama ialah Safarizal Saleh dan Hafez Sabri yang menganggotai jawatankuasa tersebut.perakite

Tuesday, July 3, 2012

Ahli Pas dan Penyokong Bukit Gantang derma Lebuhraya Rakyat.


Ustaz Mohd Nordin Jaafar menyampaikan sumbangan Ahli PAS dan Penyokong PAS Bukit Gantang  kepada Exco Kelantan Ustaz Mohd Fazli Hassan untuk Lebuhraya Rakyat di Kelantan.Sementara itu di Kelantan ada orang derma Dalam derma itu bagi  pula cangkul buruk..Bingung punya orang boleh derma cangkul,penyodok dan kereta sorong buruk untuk projek lebuhraya rakyat. 
BUKIT GANTANG – Bagi menampung kos pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai, satu tabung khas dilancarkan bagi mengutip dana projek di Kampung Setia Air Putih, Bukit Gantang.

Yang Dipertua Pas Bukit Gantang, Nordin Jaafar berkata, lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertaraf R5 dan R9, mempunyai persimpangan bertingkat serta 2 kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Menurutnya, kos pembinaan dijangka bernilai RM1.5 hingga RM1.8 billion. "Walaupun projek ini mendapat sindiran pihak tertentu namun ia mendapat perhatian warga Pas di seluruh tanah air yang kelak memudahkan pengguna jalan  raya.

“Ada pihak yang tidak berpuas hati dengan projek ini malah turut mempersendakannya namun ia tetap dapat sokongan,” katanya ketika hadir pada program anjuran Pas Cawangan Kampung Setia dengan kerjasama MTD Kuala Sepetang  dan Pas Kawasan Bukit Gantang.

Hadir sama, Yang Di Pertua Pas Taiping Mohd Fakharudin Abd Aziz serta tetamu khas Exco IT Kerajaan Negeri Kelantan Dr Fazli Datuk Hasan.

Monday, July 2, 2012

Nizar bertanding Parlimen Bukit Gantang.

DS Nizar setakat ini nama utama dalam senarai calon Parlimen Bukit  Gantang, Difahamkan nama DS Nizar nama utama yang dicalonkan,nama kedua Ustaz Idris Ahmad dan ketiga YDP Pas ,Ustaz Nordin Jaafar oleh PAS Kawasan Bukit Gantang.

Untuk DUN Changkat Jering,DS Nizar juga telah dipilih oleh PAS Kawasan Bukit Gantang untuk bertanding di sini.Nama lain yang dicadangkan Ustaz Nordin Jaaffar dan Ustaz Idris Ahmad.

Setakat ini belum ada keputusan rasmi siapa yang bertanding di semua DUN di Perak.Semua bakal calon belum dapat watikah parti.

Walaupun DS Nizar dikatakan tidak mahu bertanding di Parlimen Bukit Gantang,nama beliau tetap ada dalam senarai .Parti yang akan menentukan siapa yang bertanding di Bukit Gantang.

Bagi penduduk Bukit Gantang, DS Nizar tetap pilihan utama untuk menjadi wakil rakyat mereka.




Sunday, July 1, 2012

Nizar ,Uncle Seekers dan Salahuddin Ayub

Nama Nizar cukup popular.Untuk melariskan akhbar guna muka Nizar dan berita Nizar .Contohnya Sinar Harian edisi Perak,letak gambar dan berita Zambry Kadir  ,akhbar tu tak laku.

Khairy Jamaluddin menjadikan  hujah untuk menyindir Pemuda PAS Johor dengan mengaitkan Nizar ,menyebabkan pengundi Melayu "lari" meninggalkan PAS.

Ada orang marah sama Nizar atas isu WWW1 ,kononnya isu itu menipiskan peluang Salahuddin Ayub untuk menjadi Menteri Besar Johor.Kononya peluang PAS Johor untuk memimpin Johor hampir terjejas.

Sementara itu banyak kali DS Nizar bertanya kepada penulis,sudah bacakah blog Uncle Seekers.?DS Nizar bagitau blog ini cerita tentang kerabat diraja Johor. 

Dalam ceramahnya DS Nizar selalu juga menyebut Uncle Seekers. Dalam ceramahnya  Nizar menyentuh blog Uncle Seekers.

Khairil Azlishah Jalil, 32,seorang peniaga telah membuat laporan ke atas blog Uncle Seekers.Soalnya mana pergi UMNO Pulai,Perkasa dan UMNO lain-lain.?

Dulu pejabat DS Nizar kena gelidah   ,apabila ditanya, salah satu laporan polis  yang dibuat  dari UMNO Pulai.

Imam Muda Masjid Jamek Pasir Gudang telah digantung

Berita terkini: imam muda Masjid Jamek Pasir Gudang telah di gantung kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz Sembahyang Jumaat dan menjadi imam di Masjid Jamek Pasir Gudang, Johor...nie la politik kotor yang dibuat oleh puak-puak yang sanggup meng'gadaikan agama demi politik di Malaysia.
sumber: Facebook:Sahabat Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin