Saturday, March 2, 2013

Isu ditutup ,manifesto Pakatan Rakyat,orang tak tau!!!

Ustaz Idris Ahmad terus menyantuni  masyarakat. Petang kelmarin 2 Mac, beliau bersama  Pasukan Khidmat Ahli Parlimen  menyantuni pesakit dari Parlimen Bukit Gantang di Wad 4 C ,Hospital Taiping.  

Awal petang ,2 Mac menyantuni Pak Long ,di Kampung Matang Gelugor,Matang.Dua Kuala Sapetang.
foto Ustaz Idris  Ahmad.
PAS Kawasan Bukit Gantang terus menyantuni masyarakat.Dua foto di atas antara aktiviti berterusan yang dibuat oleh PAS Bukit Gantang sejak dulu lagi. Jika diambil contoh perkhidmatan wakil rakyat,sejak PAS menang PRU12 pada 8 Mac 2008 lagi,kerja menyantuni penduduk terus dibuat.

UMNO Bukit Gantang tidak risau ,jika PAS buat ceramah penerangan.Tapi UMNO boleh",lumpuh" di Bukit Gantang jika PAS terus menyantuni masyarakat.

PAS Bukit Gantang berkeyakinan isu sempadan bolos dan projek pemberian kerakyatan dengan mudah tanpa tapisan itu  tetap dalam pengetahuan penduduk.

Manifesto atau janji Pakatan Rakyat jika menang PRU,cuba ditutup oleh UMNO/BN melalui media mereka.
Janji orang kampung tidak bincang lagi, anak mereka sudah mudah balik kampung kerana harga minyak turun dan tol telah dimansuhkan.Janji orang kampung tidak bincang lagi bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM550.00 tidak diketengahkan.Janji orang muda tidak bincang isu harga kereta serendah RM25,000.

Sementara kes Lahad Datu,isu kematian yang ditonjolkan,isu keselamatan rakyat,khususnya tidak diulas.Sempadan bocor ,Najib masih boleh "pusing-pusing" Perlis.

Najib buat "taik" ,Anwar juga yang kena.

Semua yang buruk yang dibuat kerajaan BN ,yang berketuakan DS Najib.DS Anwar yang kena..Najib yang berterabur berak merata-merata,DS Anwar yang dituduh "berak".Bersabarlah DS Anwar, tak lama lagi DS  jadi Perdana Menteri ke 7.Masa tu DS Anwar jangan jadi macam kerajaan UMNO yang perkauman  dan rasuah itu.

“KAMI BANGGA DENGAN ABAH”

“KAMI BANGGA DENGAN ABAH” - ANAK SULUNG KPL SABARUDIN

Sabak Bernam, 2 Mac - Jenazah Koperal Sabarudin Daud yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah semalam, selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besar di sini hari ini.

Jenazah Sabarudin, 46, sebelum itu disembahyangkan di Masjid Jamek Makmuriah pada pukul 3.30 petang yang turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. 

Turut menyertai solat sunat jenazah itu ialah Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene bersama 1,000 yang lain meliputi anggota keluarga, rakan, penduduk kampung dan anggota PDRM. 

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 12.30 tengah hari tadi sebelum dibawa ke kediaman ibunya di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar, bagi memberi peluang kepada anggota keluarga menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.

Abang susuan Allahyarham, Che Azni Ahmidun, 48, ketika ditemui pemberita selepas pengebumian itu, berkata belia reda dengan pemergian Allahyarham serta berterima kasih kepada semua pihak, terutama warga PDRM yang menguruskan jenazah adiknya.

"Terima kasih kepada semua warga PDRM yang telah menguruskan jenazah adik saya sebaik-baiknya bermula dari Lahad Datu hingga ke liang lahad pada petang ini.

"Walau apa jua keadaan, kami sekeluarga berasa banggga kerana beliau telah digelar wira negara...cuma saya terkilan kerana saya menatap wajahnya buat kali terakhir dalam keadaan dia tidak lagi bernyawa," katanya menambah kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ialah pada Aidilfitri lalu.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Haziq Wahiduzzaman, 19, berkata kali terakhir beliau bertemu dengan bapanya ialah pada cuti tahun baharu cina.
"...waktu itu saya pulang bercuti (dari kolej) dan tiada tanda-tanda dari dia yang menunjukkan dia akan 'pergi'.

"Kami adik-beradik tak sangka perkara ini berlaku pada abah...walau apa pun kami bangga dengannya kerana tugasnya yang diamanahkan padanya sebagai anggota keselamatan negara," katanya yang belajar di Kolej Yayasan Melaka.

Selain Haziq, Allahyarham meninggalkan dua lagi anak iaitu Haziqah Zuhairah dan Hazreq Zarif serta balu Nurul Nisah Abu. - BERNAMA

Friday, March 1, 2013

TG Nik Aziz rakam takziah, gesa siasatan menyeluruh


KUALA LUMPUR: PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam.


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, jasa kedua-dua mereka sangat besar kepada negara ini.



"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.



"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam.



Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.



Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.



"Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya.


S

ementara itu, isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, pengsan selepas memaklumkan kepada keluarganya suami beliau terkorban.


(Isteri Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Nor Aziah terpaksa dipapah keluarga selepas mendengar berita sedih itu.Gambar kecil anak-anak Allahyarham.)



Beliau terpaksa dipimpin oleh sanak saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, semalam.




Dewan Pemuda PAS pula telah menubuhkan tabung khas bagi membantu mangsa kejadian ini khasnya untuk membantu keluarga yang mereka tinggalkan.



Pengumuman ini dibuat oleh ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam.

Penghormatan terakhir untuk pejuang negara.

JASAMU DIKENANGI: Penghormatan akhir sebelum jenazah disemadikan di kampong halaman Arwah Insp Zulkifli dan Arwah Kpl Sabarudin.

JASAMU DIKENANGI: Ibu dan isteri allahyarham dipertemukan dengan jenazah. 



UALA LUMPUR, 1 Mac — Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.
The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.
“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online.
Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.
Komisioner Polis Sabah Datuk Hamza Taib dipetik The Star Online hari ini berkata penceroboh Filipina itu memulakan tembakan terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
“Pegawai kami bertembung dengan beberapa penceroboh yang menembak mereka, memaksa pasukan polis membalas tembakan,” kata Hamza.
Anak kepada pemimpin kumpulan tersebut Agbimuddin Kiram, bagaimanapun awal hari ini berkata pihak berkuasa Malaysia memulakan tembakan.
Jumlah anggota penceroboh tersebut yang tercedera masih belum diketahui.
Portal The Philippine Daily Inquirer pula melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.
Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.
Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.
Reuters turut melaporkan kumpulan bersenjata tersebut menuntut pengiktirafan Malaysia dan rundingan awal pajakan Sabah oleh Sultan kepada syarikat perdagangan British pada kurun ke-19. Malaysia bagaimanapun berkata permintaan mereka tidak akan dapat ditunaikan.

Kenapa Kerajaan Ambil Mudah Isu Keselamatan Negara? - Anwar Ibrahim

WAJAH PEJUANG NEGARA | Allahyarham Insp Zulkifli yang terkorban di Lahad Datu 1 MAC 2013...Al-fatihah...Semoga keluarga beliau tabah dan sabar.
INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA? - Anwar Ibrahim


Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.



Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

ANWAR IBRAHIM, 1 Mac 2013

Kes Lahad Datu:Najib,Hishamudin dan Zahid hanya dapat Band 1,dalam PBS.

Menteri lembam!!!

Jika Perdana Menteri tak mahu letak jawatan akibat terbunuhnya anggota keselamatan Malaysia  dalam  Kes Pencerobohan Lahad Datu,Menteri Pertahanan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri kena melepaskan jawatan.

Baik Zahid,Hishamudin dan DS Najib,mereka hanya layak dapat Band 1,jika diambil kira dalam sukatan pelajaran berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)

Rakyat kena beri mandat kepada  DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 7 untuk memulihkan intergriti   polis dan tentera.
Sayonara DS Najib,anda gagal jadi Perdana Menteri,kerana negara kita boleh dibolosi dan diceroboh.  

PEKAN: Perdana Menteri mengesahkan dua anggota keselamatan terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam pertembungan antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata di kampung Tanduo berhampiran Lahad Datu, Sabah.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan bersenjata Filipina telah keluar sejauh 1.5 kilometer dari kawasan berkurung mereka dan melepaskan tembakan kepada pasukan keselamatan Malaysia.
"Saya amat sedih atas kejadian itu kerana apa yang kita mahu untuk elakkan, iaitu pertumpahan darah, sebenarnya telah berlaku.
"Sekarang tidak ada tempoh lagi bagi kumpulan itu untuk pergi.
"Saya telah memberi mandat penuh kepada komander bertugas, iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu," katanya.
Sementara itu, di Lahad Datu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan bersenjata Sulu.
Bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui.
Pada sidang media pada pukul 6 petang, Hamza berkata, pertelingkahan bermula pada 9.59 pagi Jumaat dan selepas 30 minit kemudian lima anggota elit PGA elit bergeak untul mengawal ketat sekitar kampung Tanduo di mana terdapat kira-kira 180 orang termasuk 30 lelaki bersenjata Sulu yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram yang menceroboh kawasan itu sejak 9 Februari.
“Anggota kami cedera apabila beberapa penceroboh menembak mereka, memaksa pihak kami untuk melepaskan tembakan," katanya sambil menambah bahawa pasukan keselamatan kini mengawal kawasan itu dalam radius 10 kilometer persegi.
Beliau berkata, polis berjaya mendapatkan beberapa senjata milik kumpulan Sulu.