Thursday, May 2, 2013

30 ribu ,pengundi sudah mendarat di Semenanjung-Nizar

DS Nizar meletakkan stiker . Jom undi PAS.
DS Nizar mendakwa   lebih kurang   30 ribu pengundi pelbagai bangsa dari Sabah dan Sarawak sudah mendarat di Semenanjung. Mereka khusus diletakkan dekat negeri Selangor. Down at the airport(klik). 

Menurut DS Nizar, pengundi itu   kebanyakannya diletakkan di Selangor. 

Harakah Palsu sedang diedarkan.

Petugas sedang mengedarkan akhbar  Inikalilah.Akhbar ini tulen,bukan palsu.
UMNO sudah tahu mereka makin ditolak rakyat. Bilik operasi PRU Bukit Gantang mendapat maklumat Harakah Palsu sedang diedarkan di seluruh Perak. Mereka cuba edar di kawasan awam. Jadi jika berjumpa ambil dan beri laporan kepada bilik operasi di Bilik Gerakan . Jikalau Bukit Gantang beri kepada Bilik Operasi ,yang berada di Markaz Negeri.Jika nampak siapa  yang edar ,tangkap dan serah kepada polis.

Wednesday, May 1, 2013

Calon Bukit Gantang,Mael Pian bagi rasuah beras 5 kilo???


hehehehehehe ....sekarang tahun 2013 .... wah 2013 !!!!! dan umno totok dibukit gantang yang kini diketuai oleh Datuk Ismail Safian  masih menggunakan tektik bagi rasuah beras hat 5 kilo kepada pengundi2 bagi memancing undi ??.????... dan 5 kilo yang tuan-tuan telah dapat dan bakal dapat tu kalo dibahagikan selama 5 tahun ...maka dapatlah sekilo setahun ..... sekilo setahun tu pulak bahagi dengan 335 hari (tolak bulan ramadhan) ..... agak2 berapa sudu sekali masak??????? hehehehehehehehe.... dan gua percaya ...rasuah ni sedang berlaku di seluruh negara...... hhehehehehe
namun sapa2 yang rasa nak amik tu ...amik la ..... cuma jangan la bagi undi kat BN..... Ini Kali Lah ... Jom ubah.....foto /berita: Angel Dustbin

Blogger Milo Suam ditangkap.


SHAH ALAM – Peguam PKR,  R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.
 
“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.
 
“Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi,” jawab beliau ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
 
Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.
 
Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.
 
Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malam ini di Changkat Jering,PAS bermunajat,Mahathir cerita lama, VCD lucah.

Munajat Perdana  pada malam ini. UMNO sibuk sebar fitnah dan vcd lucah.. PAS mesti teruskan usaha mengadu  ke hadrat Allah s.w.t. Bertambah kemuncaknya Dr Mahathir kempen di Dun Changkat Jering malam ini.Sudah tentu Dr Mahathir juga bawa isu lapuk dan finah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) akan dinilai semula- Haji Hadi.


SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) AKAN DI NILAI SEMULA SEKIRANYA PAKATAN RAKYAT MEMENANGI PRU-13

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengutarakan dalam Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar Agung Tahunan ke 58 pada tahun 2012 yang lalu bahawa PAS berkewajipan memperkenalkan agenda pembangunan insan yang sebenarnya mengikut acuan Allah Pencipta manusia dan seluruh alam. Kegagalan sesuatu sistem pendidikan menjadikan negara dan bangsa ketinggalan, lemah dan hina.

PAS bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat sungguh komited untuk melakukan penilaian semula terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kini dilaksanakan di sekolah - sekolah di seluruh Malaysia. Walaupun ada kebaikannya, tetapi melaksanakannya secara separuh masak tanpa menyediakan infra tenaga tambahan yang mencukupi akan hanya mendera guru-guru yang terlibat.

Apa yang kini dilaksanakan adalah tidak menepati konsep dan aplikasi sebenar PBS. Ini memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan negara. Contohnya tekanan kerja, kerja perkeranian yang tinggi, pengabaian pengajaran dan pembelajaran kerana tertumpu kepada mengisi dan mengemas kini data pelajar, kurang penyediaan bahan bantu pengajaran, melanjutkan waktu bertugas guru sehingga hujung minggu, hilang fokus kepada tanggung jawab kepada keluarga dan seterusnya menyebabkan kekecewaan di kalangan guru.

Kelemahan - kelemahan yang ada menyebabkan guru dan ibubapa tertekan sehingga menjejaskan matlamat pendidikan dan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini, saya memberikan jaminan pelaksanaan PBS ini akan dinilai semula supaya tidak membebankan warga pendidik dan seterusnya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS


1 Mei 2013

UMNO Perak hanya mampu dapat 16 kerusi saja-DS Nizar

DS Nizar bersama petugas melepaskan lelah seusai memasang papan tanda ,sokonglah Pakatan  Rakyat.
 Changkat Jering- UMNO terpaksa mengimport sekali lagi Dr Mahathir untuk memburukkan DS Nizar pada 2 Mei ini. Dr Mahathir diminta datang ke Bukit Gantang untuk mematikan karier politik DS Nizar.

Menurut DS Nizar,kajian yang diperoleh melalui orang UMNO sendiri  ,UMNO hanya boleh menang 16 kerusi sahaja. Selebihnya 43 kerusi  DUN lagi PR akan menang. Justeru ,PR akan bentuk kerajaan pada malam 5 Mei itu.

Jadi mereka kini sudah keadaan terdesak. Mereka guna apa saja. Semua fitnah yang dibuat ke atas DS Nizar tidak berkesan.Rakyat terus bersama PR. DS Nizar ,pergi kesemua DUN pas bertanding untuk berkempen. UMNO cukup susah hati jika DS Nizar pergi pusing Perak.