Sunday, August 4, 2013
Dewan Muslimat beri bonus RM500.00 kepada Guru-guru Pasti
![]() |
| YB Ustaz Idris Ahmad,Ahli Parlimen Malaysia,Kawasan Bukit Gantang mewakili Dewan Muslimat,Dewan Pemuda dan Pas Kawasan Bukit Gantang menyampaikan "bonus" atau duit raya bernilai RM500.00 |
![]() |
| Sebahagian 30 orang guru Pasti Kawasan Bukit Gantang bergambar bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang ,Ustaz Idris Ahmad. |
Changkat Jering,3 Ogos- PAS Kawasan Bukit Gantang melalui Dewan Muslimat,Dewan Pemuda dan Lajnah Kebajikan Kawasan telah memberi sedikit saguhati atau imbuhan bernilai RM500.00 untuk 30 orang guru Pasti ,Kawasan Bukit Gantang.
Program yang dinamakan Semarak Kasih,Jalinan Budi diadakan buat kali ke 3.Para dermawan telah membantu menyumbangkan kewangan untuk memberi tanda ingatan ke atas pengorbanan para guru PASTI.
Saturday, August 3, 2013
Semasa kempen PRU, UMNO parti patriotik,ada kuasa sanggup jilat ludah
![]() |
| http://www.treasury.gov.my menunjukkan pekeliling Kerajaan BN yang memutuskan kereta rasmi berjenama PROTON ditukarkan kepada Honda Accord.Kerajaan BN sudah dapat kuasa ,mereka sanggup menjilat ludah sendiri. |
7 tahun membusuk ,Areil Sharon didakwa sudah mati.
Sebuah berita mendakwa Areil Sharon telah mati.Seluruh Zionis Yahudi di Israel didakwa mengalami kesedihan yang mendalam. Berita kematian tersebut datang dari Hospital Soroka Beer Sheva Israel .
Areil Sharon Perdana menteri bertaraf pengganas yang telah membunuh warga Palestine.
Menurut doktor Ariel Sharon meregang nyawa setelah lebih dari 7 tahun membusuk dan koma di hospital (setengah mati). Para doktor yang khusus merawat Sharon ,mereka sudah melakukan yang terbaik,tapi Areil Sharon tidak sembuh-sembuh.
Sharon telah bertemu ajalnya pada 2 Ogos 2013. Warga Palestine menyebut Sharon adalah penjenayah dan pembunuh . Pada tahun 2000-2002 Sharon telah membunuh lebih dari 9000 warga Palestine dalam Intifadha yang pertama, pernah menggangu kedudukan dalam Masjid Al Aqsa beserta tentara Israel serta melakukan operasi pembakaran Masjid Al Aqsa.
Walaupun berita kematian Sharon tersebut tersebar luas, terdapat juga berita yang menentang kebenaran berita tersebut, mereka beranggapan berita itu palsu.Sementara itu pada hari Khamis ‘RIP Ariel Sharon di Halaman Facebook menarik hampir satu juta orang ’likes’.
Posting itu menulis bermaksud “Pada sekitar 11:00 pada Kamis (1 Ogos 2013),Ahli Politik Ariel Sharon telah meninggal dunia. Ariel Sharon lahir pada 26 Februari 1928 di Kfar Malal. Walaupun dia telah meninggal dunia tapi tidak dilupakan. Tolong tunjukkan simpati anda dan beri komen dan "like"
Ratusan penggemar "tokoh Zionis berdarah" ini segera mulai menulis pesan belasungkawa di atas halaman Facebook, mengungkapkan kesedihan mereka bahawa ahli politik zionis 85 tahun itu sudah mati. Dan seperti biasa, Twittersphere hiruk pikuk atas tipuan kematian itu.
Pada hari Jumaat ,2 Ogos para penyokong Areil Sharon telah menafikan kematian itu. Ariel Sharon belum mati. “Dia hanya koma, dia masih hidup …, “kata mereka.(em))
Petisyen Pilihanraya:Peguam BN nak bankrapkan responden,peguam PAS tuntut hak.
Shah Alam:-Petisyen BN bagi DUN Parit Yaani (Pas) yang didengar di Mahkamah Shah Alam Khamis 1 Ogos lalu
Petisyen difailkan oleh oleh calon MCA ke atas Yb Hj Aminulhuda Hasan ditolak oleh Hakim Dato Suraya Othman.
Apabila ditanya tentang kos Peguam Pas beritahu Mahkamah bahawa Kami (Pas) tidak minta sebarang kos.
Peguam Pemptisyen kata "Kami tiada bantahan".
Hakim mencelah "Bukan tiada bantahan tapi kamu dan anakguam kamu patut berterima kasih pada Responden dan para peguamnya.. tidak minta kos mengambil kira SPIRIT bulan ramadhan".
Peguam Pas menambah lagi, "Yang Arif, kami (Pas) pentingkan hak & suara rakyat. Wang bukan segalanya & sasaran kami. Yang kami utamakan adalah Pilihan Raya yang adil. Tidak seperti Peguam Bn, minta kos dengan niat untuk membankrapkan rakyat. Ini bukan cara (hukuman) yang Pas ingin bawa jika memerintah (Putrajaya) kelak."
Friday, August 2, 2013
Ustaz Azizan Razak masih Adun Sungai Limau.
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak masih Adun Sungai Limau, dan setakat ini tidak pernah menandatangani mana-mana surat peletakan jawatan Adun Sungai Limau. Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun Azizan belum dapat melaksanakan tugas sebagai Adun selepas memenangi kerusi itu dalam PRU13, 5 Mei lalu, itu bukan alasan pihak tertentu yang cuba memanipulasi keadaan.
“Walaupun Azizan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hampir tiga bulan dan belum angkat sumpah jawatan Adun, Azizan tetap Adun Sungai Limau berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya. Menurutnya, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah yang dirujuk oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, tempoh berakhir untuk Azizan mengangkat sumpah jawatan adalah sebelum 23 September ini.
Muhammad Sanusi berkata demikian ketika ditanya ura-ura mengatakan Azizan sudah melepaskan jawatan sebagai Adun Sungai Limau dengan menandatangani dokumen berkaitan. Mengulas situasi Azizan untuk kembali berkhidmat selepas sihat sepenuhnya, Muhammad Sanusi yang juga bekas Setiausaha Politiknya berkata, perkara itu akan dirujuk kepada Pas Kedah dan Pusat untuk tindakan lanjut. “Selepas Azizan keluar wad, Pas Kedah dan Pusat akan bincang dan putuskan sama ada beliau masih berupaya laksana amanah untuk berkhidmat sebagai Adun Sungai Limau. Keputusan bersama itu akan diputuskan kelak. “Kita kena lihat dahulu kemampuan Azizan termasuk tahap kesihatan dan kesediaan beliau sendiri untuk pikul amanah itu. Kita tak boleh paksa beliau teruskan khidmat jika tidak upaya mahupun paksa beliau lepaskan jawatan,” katanya.
Mengulas dakwaan Azizan ada menandatangani surat meletakkan jawatan, Muhammad Sanusi berkata, ia tiada kaitan dengan jawatan Adun. “Memang beliau sudah lepaskan jawatan, tetapi dalam pentadbiran dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), antaranya Pengerusi Syarikat Air Darul Aman (Sada) dan Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah,” katanya.
Itu pun, katanya, Azizan tidak menandatangani, sebaliknya hanya menggunakan cap jari sebagai pengesahan diri. “Tangan beliau masih lemah untuk berurusan surat menyurat seperti menulis atau tandatangan dokumen yang banyak. Untuk mudahkan semua pihak, kita guna cap jari,” katanya. Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berkata, keadaan Azizan kini bertambah baik dan semakin pulih. “Luka pada bahagian kaki yang dipotong juga sudah kering dan makin baik, beliau juga dilihat lebih segar dan bertambah sihat,” katanya. Azizan dipotong kedua belah kakinya kerana mengalami komplikasi diabetis yang kronik 10 Mei lalu.
Thursday, August 1, 2013
PAS Perak gagal bentuk kerajaan melalui petisyen pilihanraya.
Pas Perak melalui pempetisyen keputusan pilihanraya 13 telah gagal.Dun Manong ditolak,Rungkup ditolak,Lubok Merbau di tolak,Pasir Panjang ditolak.
Peguam-peguam PR tidak melihat Perintah 9 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 yang mengkehendaki nama peguam mewakili pempetisyen perlu disertakan bersama petisyen yang difailkan selain hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen berkenaan dan bukan firma guaman.
Ustaz Misbahul pempetisyen untuk DUN Rungkup ditolak permohonan untuk membatalkan keputusan oleh Hakim Mahkamah Pilihanraya Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid . Semuanya masalah teknikal,malah pempetisyen seperti Ustaz Misbah kena membayar kos perbicaraan Rm30,000.00.
Hajat untuk memerintah Perak, PR kena menunggu keputusan PRU 14 ,mungkin pada tahun 2018.Teruslah PAS bekerja menjaga kebajikan rakyat.Pas khususnya merupakan parti politik dan dakwah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





