Sunday, February 2, 2014
Ramah mesra PJ Perak,bersama bloggers dan facebookers,SB tak usah sibuk.
Tonton video :"Teresa Kok "Onederful" Malaysia CNY 2014 Video Clip."
| Video Teresa Kok yang didakwa menghina Perdana Menteri ,DS Najib Razak.Cepat lihat sebelum diharamkan oleh kerajaan BN. (klik video).Sudah banyak pihak buat laporan polis.Empat NGO buat laporan polis. |
(Sumber berita)Apa yang mengundang gelak ketawa dalam video ucapan Tahun Baru Cina oleh ahli parlimen Seputeh Teresa Kok mengundang satu lagi kontroversi antara kaum.
Kali ini, naib pengerusi DAP itu, yang sebelum ini secara salah dituduh mengkritik seruan azan, dituduh "biadap" dan "menghasut kebencian kaum".
Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Isnin lalu, Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.
Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.
Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .
Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.
Walaupun tidak secara langsung, penonton video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Kok mungkin mengaitkan ini kepada kegemaran Rosmah membeli barangan mewah dan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta.
Video Pertengkaran antara JDT dengan T-Team.
Video Pertengkaran antara JDT dengan T-Team.(KLIK) Khairy Jamaluddin diam je ke?
Seorang petugas media yang merakamkan insiden pergaduhan pegawai pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin Johor malam semalam, diugut sekiranya beliau tidak menghentikan rakamannya.
Astro Arena malam semalam menyiarkan satu video yang mana seorang lelaki menjerit: “Pergi belakang! Pergi belakang! Kalau tak nak kamera pecah pergi belakang!".
Klip video berdurasi 65 saat yang dimuatnaikkan oleh pengguna maya di laman Facebook Media Soccer News menunjukkan ugutan itu dihamburkan selepas kamera menggerakkan lensa ke arah pergaduhan yang hanya berlaku beberapa saat.
Sebelum pergaduhan tercetus, kamera menunjukkan seorang lelaki berjambang berlari ke kiri dan keluar daripada bingkai lensa kamera.
Kamera itu kemudiannya turut menggerakkan ke kiri bagi merakam kekecohan dan pergaduhan itu tetapi tidak jelas siapa yang mengasari siapa.
Tiba-tiba kemudiannya lensa kamera bergerak ke kanan menunjukkan lelaki berjambang itu beredar dengan dikelilingi beberapa lelaki lain.sumber
Saturday, February 1, 2014
Kajang bukan untuk Kajang tetapi untuk Selangor dan Malaysia-
GERAKAN KAJANG: Jika tentera Muhammad al-Fateh negatif dengan arahan baginda untuk menolak kapal mendaki bukit, tentu kota Constantinople gagal dibebaskan.
Jadilah pengikut yang hebat jika kita tidak berupaya menjadi pemimpin yang hebat.
Kajang bukan untuk Kajang tetapi untuk Selangor dan Malaysia.(sumber fb Zolkharnain Abidin)
Subscribe to:
Posts (Atom)




