![]() |
Foto sekadar hiasan:Hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman ke atas DS Anwar Ibrahim. (Klik)At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Dalam perlaksanaan pola perundangan yang adil pun hanya satu kategori hakim yang dapat masuk syurga, maka apatah pula halnya dalam pola perundangan yang zalim. Pastinya tiada hakim yang selamat. Bahkan semuanya ke neraka, wal’iyazubillah (mohon berlindung dengan Allah). Tanggungjawab hakim tidak berakhir dengan menjatuhkan hukuman di dunia ini sahaja. Malah hakim akan dibawa ke hadapan pengadilan Ilahi di akhirat kelak. Allah S.W.T berfirman:
klik info hakim masuk neraka. |
Friday, March 7, 2014
Inilah Hakim Mahkamah Rayuan,,adakah mereka baca hadis nabi.
Sedih Wan Azizah,biarlah gambar yang berbicara.
![]() |
| DS Anwar Ibrahim ...menunggu hakim .... |
![]() |
Biarlah gambar yang berbicara.Wajah isteri,ibu dan anak yang sedih.Mereka sahaja yang mampu memikulnya.Tapi fahamlah DS Anwar sekeluarga ,rakyat akan bersama .Buat kata Tok Guru Haji Hadi""PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan." |
![]() |
| DS Anwar Ibrahim masih boleh tersenyum dengan keputusan zalim itu.Malaysia tanpa Anwar Ibrahim dalam PRU. |
Si Saiful Bukhari duburnya jadi bahan sejarah.
Haji Hadi:Anwar akan disokong ,sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
"PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan."Haji Hadi(klik) |
Anwar Ibrahim ,bersabarlah,dengan ketidakadilan ini.
Dato' Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Putrajaya mengenepikan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.
Dengan keputusan itu, Anwar tidak boleh dipilih sebagai calon untuk PKR dalam Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac.
Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini". Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal. "Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya. Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: "Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"
Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya. Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning. Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah. – 7 Mac, 2014. sumber (MI)
Thursday, March 6, 2014
Peguam Nizar ,kena turun naik mahkamah lagi, TV3 tak mahu bayar saman.
![]() |
| Peguam DS Nizar ,nampaknya kena turun naik mahkamah lagi.TV 3 tak mahu bayar saman kes nombor pendaftaran kenderaan WWW1. |
PUTRAJAYA: Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memfailkan permohonan agar Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusannya yang mendapati stesen televisyen itu bertanggungjawab memfitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membabitkan tweet beliau berkaitan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor.
Notis usul itu, yang disokong afidavit Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian TV Media Prima Berhad Datuk Mohd Ashraf Abdullah, difail di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini oleh Tetuan TH Liew & Partners.
Pada 25 Feb lepas, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan Mohammad Nizar dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi selepas memutuskan TV3 bertanggungjawab memfitnah beliau.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM50 juta Mohammad Nizar terhadap TV3 berhubung komen beliau berkaitan nombor pendaftaran yang berjaya dibida pada jumlah RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012.
Dalam saman itu, Mohammad Nizar menamakan TV3 dan penerbit Buletin Utama Rohani Ngah sebagai defendan.
Notis usul TV3 itu memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Feb lepas, yang memihak kepada Mohammad Nizar, diketepi atas alasan kegagalan kuorum keranan seorang daripada anggota panel yang bersidang sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes berkenaan berikutan pembabitan serta hubungan beliau dengan parti PAS.
TV3 mendakwa kehadiran hakim berkenaan dalam panel itu menimbulkan kemungkinan terdapat bahaya berat sebelah.
Stesen televisyen berkenaan juga memohon agar rayuan itu didengar dan diputuskan semula oleh panel Mahkamah Rayuan lain. - BERNAMA
"Ultraman The Ultra Power" ,budak sekolah jangan beli,nanti masuk lokap.
| Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku "Ultraman The Ultra Power".Buku berbahasa Melayu itu terbitan Resign Publications dan pencetaknnya Network Printers.Budak-budak sekolah yang memiliki buku ini menjadi satu kesalahan .Termasuklah mencetak,mengimport dan menghasilkan buku ini.Warta larangan berkuatkuasa 18 Februari lalu.,mengikut Seksyen 7(1) ,Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Penggunaan kalimah Allah didakwa komik ini diharamkan.(klik) |
Subscribe to:
Posts (Atom)






