Wednesday, January 20, 2010

Mereka bertanya bilakah Bubar Dun Perak?

Banyak yang bertanya betulkah pilihanraya Perak Mac 2010 ini.Kita menjawab itu hanya spekulasi.

Selalunya jika pilihanraya semakin hampir ,Pejabat Daerah yang paling sibuk.Sudah tentu senarai nama petugas SPR sudah keluar.Kebiasaannya nama kita salah seorang yang dicadang untuk menjadi petugas SPR.

Seterusnya kita juga tidak melihat orang yang tidak dikenali berkeliaran waktu malam.Jika pilihanraya semakin hampir "orang gila ciptaan" akan muncul di bandar Taiping.

Kita juga tidak melihat Bilik Gerakan Umno tumbuh macam cendawan di Bukit Gantang.Dewan Orang Ramai masih lengang.Tidak kelihatan Puteri Umno merayu undi.

Cuma kita berasa cemas apabila sokongan Melayu Pedalaman merosot sebanyak 7-8 peratus ke atas Pakatan Rakyat.

Bertambah cemas lagi kita kerana Dun Trong tok wakilnya YB Rosli Husein masih boleh tersenyum lebar.

Rupa-rupanya Mengenang Tragedi Politik Perak

Rupa-rupanya program yang berlangsung di rumah DS Nizar di Sg Rokam ialah program mengingati tragedi rampasan kuasa di Perak.

Kita di Bukit Gantang mendoakan peristiwa mengingati tragedi Perak yang berlaku hampir setahun lalu memberi semangat dan kekuatan untuk Pakatan Rakyat terus bekerja.

Apa yang dikhabarkan oleh Malaysiakini,antara lain menyatakan sokongan orang Melayu ke atas Pakatan Rakyat merosot perlu menjadi lonjakan untuk PR menguatkan organisasi bagi menarik sokongan orang Melayu.

Menurut DS Nizar kita kehilangan 7-8 peratus sokongan orang Melayu amat menakutkan.Jikalau sokongan orang Melayu boleh merosot begitu dalam tempoh 11 bulan ,cuba fikirkan untuk tiga tahun akan datang.Sudah tentu jika kita tidak bekerja ,jika kita tidak menjadi duta masyarakat,jika kita tidak berada dalam denyut nadi rakyat ,Pakatan Rakyat Perak sekadar menjadi bahan akademik pengkaji sejarah.

Kita kena sedar dengan tonggak politik Perak masih memerlukan sokongan orang Melayu,Pas khususnya perlu terus istiqomah dengan perjuangannya.

Bagi kita diperingkat jentera peti undi,perlu pastikan dalam tempoh semakan daftar pemilih bulan ini ,Jentera Peti Undi perlu proaktif.Jika perlu buat bantahan laksanakan.Bagi mereka yang belum daftar kita kena "paksa" untuk mereka mendaftar sebagai pengundi.Penolong Pendaftar Sementara PR perlu bergerak aktif,pergi mencari pengundi baru,bukannya kita menunggu pengundi baru.

Majlis Pimpinan PR Kawasan-kawasan mesti menjadi mesra rakyat.Mereka bukan sahaja mesra dengan rakyat tetapi mesra dengan petugas.Jikalau petugas membuat kesilapan tegur mereka dengan penuh hikmah.Sebagai pimpinan kita perlu bersedia dikritik.Jika kita mengkritik jentera kita biarlah secara profesional bukan lebih berbentuk emosi.

Bagi kita yang bergelar Yang Berhormat ,biarlah kita wakil rakyat yang baik untuk semua.Bukan sekadar mendabik kita kita yang terbaik.Bukan beranggapan kerana kitalah PR menang.Sebaliknya kerana dokongan partilah anda berada di situ.

Ingat kita tidak mahu sejarah kudeta berlangsung lagi.Cukuplah Perak kaya dengan sejarah Pangkornya.

Tuesday, January 19, 2010

Perjumpaan apa di Rumah Nizar!Mungkinkah keputusan sudah tahu?

Sebentar tadi seorang wartawan dari Ipoh menelefon bertanya,betulkah terdapat perjumpaan penting di rumah DS Nizar di Lebuh Mawar ,Sg Rokam.

Kita menjawab tidak tahu!Seelok-eloknya bertanyalah pada SETPOL beliau Sdr Amran Haron.Kita menjelaskan jikalau program DS Nizar di Bukit Gantang kita boleh laporkan.

Sebagai wartawan ,saya minta beliau pergi sahaja ke rumah DS Nizar buat liputan.

Mungkin mereka yang berada di Ipoh ,boleh laporkan apakah peristiwa penting yang sedang berlaku di Rumah Kediaman Rasmi MB Pakatan Rakyat itu.Yang jelasnya YDP PAS Bukit Gantang juga gagal dihubungi untuk mendapat penjelasan.

Bagi kita hanya tahu DS Nizar akan bertemu rakyat di Bukit Gantang pada 23 Januari ini.Dan jadual DS sedang disusun.

Lagi Kisah Anggota Polis!

Nantikan kisah polis.Kisah kerana seorang anggota yang buat salah .Satu parlimen ,orang tau.

Cuba bayangkan jumpa anggota itu ,banyak masalah boleh selesai.Ini berlaku depan mata kita.Kita waktu itu ikut Sdr Fadhil Idris pergi membantu rakyat buat laporan polis.Tiba-tiba nampak kelibat seorang anggota polis cuba "bincang baik punya" dengan "suspek".Apabila melihat kita tak jadi "kautim",mereka bincang dekat luar.Kita pun bertanya kepada dua pemuda"suspek".

Apa mereka jawab."Polis tu boleh selesai banyak masalah".Lalu kita bertanya lagi .'Sejak bila?"Lama dah"jawab pemuda lurus itu.

Nanti kalau ada dialog rakyat bersama polis,kita nak bangkitkan!

Kasihan Polis Tidak Ada KAGAT-kalau ada tak minum le!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Saya tidak pernah solat!" Itulah antara jawapan yang diberikan oleh Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar (Gambar) antara saksi utama Tragedi Berdarah Batu Buruk, semalam.

Wan Aziz Wan Omar adalah anggota polis berpangkat Konstabel ketika itu yang melepaskan tembakan dan mengenai Suwandi dan Azman yang sedang dibicarakan. Sebelum itu Wan Aziz menjawab pertanyaan peguambela yang bertanyakan apakah dia tidak bersolat Maghrib memandangkan dia berada di tempat kejadian sejak petang.

Wan Aziz juga membuat pengakuan bahawa dia seorang peminum arak. Bagaimanapun dia mengaku melakukan perbuatan tersebut diluar waktu bertugas.

Dalam tragedi 2 tahun lalu itu, Suwandi mendakwa beliau telah ditembak secara berdepan oleh Wan Aziz, yang berlari dan kemudian berpusing untuk melepaskan tembakan kearahnya. Bagaimanapun, Wan Aziz mendakwa, beliau terjatuh dan ketika itu melepaskan tembakan.

Menurut salah seorang pasukan peguambela Mohd Kamaruzaman Wahab, beliau yakin kes ini dapat dimenangi nanti, insyaAllah.sumber.amdang81.blogspot

Kasihan Anggota Polis Mereka juga Macam Kita.

Jika betul apa yang dikata kasihan polis "PDRM" dilayan begitu,terpaksa membuat kad pengenalan awam untuk dapat minyak subsidi bermula Mei 2010.

Identiti mereka mesin pengimbas tak boleh baca.Kita pun hairan ,tiada jalan lain ke untuk membantu bukan saja anggota polis tetapi anggota tentera.

Jelas kepada anggota polis mereka sudah tahu bermula Mei 2010 harga petrol akan naik.Langkah awal kena buat kad pengenalan awam.Bernasib baik,apabila pilihanraya boleh guna dua identiti untuk mengundi.

Anggota keselamatan seharusnya dilayan "kelas dunia"mereka menjaga,mengawal dan menguatkuasa undang-undang.Mereka perlu diberi keistimewaaan.Kalau kerajaan mampu buat sistem untuk mereka,paling koman pun cukup menunjukkan kad pengenalan polis untuk mendapat subsidi kerajaan!

Betulkah cerita ini kita baca apa yang dilontarkan oleh Hamba Allah ini.

Hamba Allah
(sumber)
Suka saya merujuk kepada berita akhbar saudara yang bertajuk “Anggota polis diarah buat kad pengenalan awam”

Untuk makluman saudara perkara ini adalah benar. Malah bukan saja di kontinjen Perak tetapi seluruh Malaysia. Namun tujuan utama adalah di atas sebab-sebab berikut:-

Seperti mana yang kita semua maklum..kerajaan akan melaksanakan peraturan baru mulai 1 Mei 2010. Rakyat Malaysia yang berkelayakan menikmati/membeli minyak subsidi perlu menunjukkan Mykad. Oleh kerana pegawai dan anggota-anggota polis tidak mempunyai Mykad maka diarahkan lah semua pegawai dan anggota untuk membuat mMykad bagi tujuan tersebut.

Saya tidak tahu lah jika saudara berfikir sebaliknya. Seandainya anggota-anggota polis tidak mempunyai Mykad bagaimana mereka hendak beli minyak subsidi ?

Semuga dengan penjelasan ini pihak saudara faham mengapa anggota-anggota polis diarahkan untuk buat kad pengenalan awam.

Sekian ...

Wassallam..
Hamba Allah...

Skandal Gula Malaysia-Kita patut hebahkan!

Kita pun takut nanti Rosli Husein Adun Trong ,jadi taukeh gula.Macamana orang kampung nak jumpa kita buatnya Rosli Husein tak jual gula pada orang PAS.Kalau jual mahal nak mampuih!Silap-silap kedai Kadir dekat Changkat Jering pun orang tak kunjung,kerana gula berada di rumah Ketua Umno .La ni kita dengar apa kata "Perak Express",tentang gula.
Kita baca tulisan Mat Saman Kati.

Aku nak buat sorang…tak cukup masa. Tapi kalau lebih ramai blogger-blogger buat penyelidikan…seorang satu artikel…bila dicantumkan boleh menceritakan apa yang berlaku disebalik kenaikan harga gula.

Apa yang aku nampak, gula menjanjikan keuntungan yang telah ditetapkan. Siapa yang buat bisnis gula…gerenti untung sebab keuntungannya sudah dijanjikan.

Robert Kuok merupakan rakyat Malaysia yang terkaya..tapi tak tinggal di Malaysia.

Baru-baru ini, Robert Kuok telah menjual semua aset beliau berjumlah RM1.25 billion dalam perniagaan gula di Malaysia. Semuanya dijual kepada Felda Global Venture. Felda menguasai 100 peratus saham dalam Malayan Sugar Manufacturing yang bernilai RM1.22 bilion, dan Kilang Gula Perlis yang bernilai RM26 juta.

PPB yang dikuasai oleh Robert Kuok juga akan menjual 5,797 hektar tanah miliknya di Perlis bernilai RM45 juta. Hasil jualan ini, PPB akan memperolehi keuntungan sebanyak RM758 juta.

Apa pun yang berlaku, Robert Kuok sudah untung ratusan juta ringgit. Dan perniagaan gula pula sudah beralih tangan kepada Felda Global Ventures.

Sebaik saja perniagaan gula beralih tangan kepada Felda Global Ventures, harga gula terus naik. Pasai apa? Sebab depa pun nak untung juga. Siapa yang terpaksa tanggung? Rakyat jelata.

Hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan mahu mengadakan ‘1 Parlimen 1 Pengedar Gula’. Aku mula mencium sesuatu.

Sapa yang akan dilantik menjadi pengedar gula untuk Felda? Sudah pasti ada Ketua Bahagian Umno yang dah mula lobi untuk menjadi pengedar gula di kawasan Parlimen mereka.

Selepas ini, apabila gula sudah dikawal oleh pemimpin-pemimpin Umno, maka harga gula akan dikeluarkan dari senarai barang kawalan. Dan tidak mustahil, negeri-negeri Pakatan Rakyat akan tumbang kerana gula.

Harga gula di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan dinaikkan lebih tinggi dari negeri-negeri yang ditadbir oleh UBN. Dan akhirnya, Pakatan akan dipersalahkan kerana tak tahu memerintah sehinggakan harga gula pun tak tau nak urus.

Fuh…bijak UBN.