Tuesday, January 19, 2010

Kasihan Anggota Polis Mereka juga Macam Kita.

Jika betul apa yang dikata kasihan polis "PDRM" dilayan begitu,terpaksa membuat kad pengenalan awam untuk dapat minyak subsidi bermula Mei 2010.

Identiti mereka mesin pengimbas tak boleh baca.Kita pun hairan ,tiada jalan lain ke untuk membantu bukan saja anggota polis tetapi anggota tentera.

Jelas kepada anggota polis mereka sudah tahu bermula Mei 2010 harga petrol akan naik.Langkah awal kena buat kad pengenalan awam.Bernasib baik,apabila pilihanraya boleh guna dua identiti untuk mengundi.

Anggota keselamatan seharusnya dilayan "kelas dunia"mereka menjaga,mengawal dan menguatkuasa undang-undang.Mereka perlu diberi keistimewaaan.Kalau kerajaan mampu buat sistem untuk mereka,paling koman pun cukup menunjukkan kad pengenalan polis untuk mendapat subsidi kerajaan!

Betulkah cerita ini kita baca apa yang dilontarkan oleh Hamba Allah ini.

Hamba Allah
(sumber)
Suka saya merujuk kepada berita akhbar saudara yang bertajuk “Anggota polis diarah buat kad pengenalan awam”

Untuk makluman saudara perkara ini adalah benar. Malah bukan saja di kontinjen Perak tetapi seluruh Malaysia. Namun tujuan utama adalah di atas sebab-sebab berikut:-

Seperti mana yang kita semua maklum..kerajaan akan melaksanakan peraturan baru mulai 1 Mei 2010. Rakyat Malaysia yang berkelayakan menikmati/membeli minyak subsidi perlu menunjukkan Mykad. Oleh kerana pegawai dan anggota-anggota polis tidak mempunyai Mykad maka diarahkan lah semua pegawai dan anggota untuk membuat mMykad bagi tujuan tersebut.

Saya tidak tahu lah jika saudara berfikir sebaliknya. Seandainya anggota-anggota polis tidak mempunyai Mykad bagaimana mereka hendak beli minyak subsidi ?

Semuga dengan penjelasan ini pihak saudara faham mengapa anggota-anggota polis diarahkan untuk buat kad pengenalan awam.

Sekian ...

Wassallam..
Hamba Allah...

No comments:

Post a Comment