Wednesday, January 20, 2010

Mereka bertanya bilakah Bubar Dun Perak?

Banyak yang bertanya betulkah pilihanraya Perak Mac 2010 ini.Kita menjawab itu hanya spekulasi.

Selalunya jika pilihanraya semakin hampir ,Pejabat Daerah yang paling sibuk.Sudah tentu senarai nama petugas SPR sudah keluar.Kebiasaannya nama kita salah seorang yang dicadang untuk menjadi petugas SPR.

Seterusnya kita juga tidak melihat orang yang tidak dikenali berkeliaran waktu malam.Jika pilihanraya semakin hampir "orang gila ciptaan" akan muncul di bandar Taiping.

Kita juga tidak melihat Bilik Gerakan Umno tumbuh macam cendawan di Bukit Gantang.Dewan Orang Ramai masih lengang.Tidak kelihatan Puteri Umno merayu undi.

Cuma kita berasa cemas apabila sokongan Melayu Pedalaman merosot sebanyak 7-8 peratus ke atas Pakatan Rakyat.

Bertambah cemas lagi kita kerana Dun Trong tok wakilnya YB Rosli Husein masih boleh tersenyum lebar.

No comments:

Post a Comment