Tuesday, March 23, 2010

UMNO panggil Ketua Kampung dan JKKK untuk dibasuh otak!

Kita diminta untuk menulis berkenaan satu surat kepala UMNO dan ditandatangan Ketua UMNO Bukit Gantang Rosli Husein memanggil Ketua Kampung dan JKKK untuk satu taklimat pengurusan Ketua Kampung dan JKKK minggu hadapan.

Memberi maklumat kepada kita seorang JKKK.Beliau mempersoalkan kenapa Ketua UMNO panggil untuk semua ketua Kampung dalam Parlimen Bukit Gantang.

Taklimat itu dijangka berlangsung pada 28 Mac 2010, 9 pagi di Dewan MPT,Changkat Jering.

Seharusnya Rosli Husein Adun Trong menggunakan jawatan beliau untuk Ketua Kampung DUN Trong,bukannya menggunakan kuasa politik untuk memanggil Ketua Kampung DUN lain.

Beliau juga menyatakan sepatutnya A.D.O Pembangunan atau Penghulu atau Ahli Parlimen yang mengeluarkan surat panggilan perjumpaan bukannya UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Kita meminta sebarang bukti untuk buat pendedahan.Beliau menyatakan takut diganggu UMNO.

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

azlanDalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Ch. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan. sumber malaysiakini

Monday, March 22, 2010

Batalkan kontrak APCO Worldwide - PKR

Parti Keadilan Rakyat mendesak kerajaan BN membatalkan kontrak APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat.

Desakan ini dibuat ekoran pendedahan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat tempoh hari, yang mengkritik keputusan Perdana Menteri Najib Abdul Razak melantik syarikat perunding itu membantu BN menguruskan negara.

"Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara. Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel," kata Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff.

Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.

Muqabalah antara pemimpin kanan Umno ini dan Penyembelih Gaza (The Butcher of Gaza) telah menghiris hati umat Islam di negara ini.

Anwar Akan Tampil Dedah Fakta APCO

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa APCO Worldwide pernah berkhidmat untuk Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada 1999 dan beliau akan memberi penjelasan kepada Speaker Parlimen.

"Saya akan beri penjelasan, dan penjelasan ini akan dibuat berdasarkan respon Perdana Menteri pada 18 Mac," kata Anwar dengan merujuk kepada jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang mengakui bahawa APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi menyeluruh.

Awal hari ini Anwar diminta Dewan Rakyat untuk menjelaskan kenyataan bahawa '1Malaysia' adalah salinan pendua kepada 'Satu Israel' yang dirangka APCO.

Syarikat perunding ini bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, seraya BN bergegas merujuk Anwar ke jawatankuasa Parlimen untuk disiasat.

"Saya akan beri penjelasan, kerana APCO sememangnya berada di Israel pada masa itu. Mereka dibayar untuk menafikan perkara ini, tetapi saya akan tunjukkan fakta," tegas beliau merujuk kepada penafian syarikat itu.

"Saya juga mahu menuntut penjelasan siapa itu APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.sumber TV Selangor

Cikgu kena lempang- Kasihan nak mengadu pada siapa!

Hari ini kembali ke sekolah.Banyak cerita yang dikhabarkan.Khabar pertama diminta hadir satu program pada minggu hadapan sempena Hari Koperasi di Lumut.

Khabar kedua pencerapan oleh Guru Kanan.Kita bersedia untuk dicerap tetapi selalunya tak cerap pun ,tau-tau dapat markah.Dapat markah pun cukup makan..

Khabar ketiga seorang teman,Guru Disiplin dilempang seorang pelajar tingkatan 3 .Rambut pelajar itu panjang dan berwarna.

Sewaktu itu perhimpunan rasmi,pelajar itu ditarik keluar.Cikgu Disiplin memegang rambut pelajar itu.Pelajar yang mempunyai kes tahun lepas lagi terus menampar cikgu berkenaan.Paaaang..bunyi penampar pelajar itu!

Cikgu itu punya sabar,tidak bertindak balas.Kita empati dan simpati kepada guru itu.Kita dulu Guru Disiplin juga,tetapi kini sudah pencen.....

Sunday, March 21, 2010

Tukar kerajaan cegah anak luar nikah-Sofi Wahab

Gejala buang bayi memang sudah lama berlaku. Sudah ratusan malah mungkin ribuan bayi yang tidak berdosa dibuang di merata tempat oleh manusia berhati iblis. Darjat manusia ini lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tahu sayang kepada anaknya.

Hari ini (22 Mac) media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.

Semalam (21 Mac), media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah didaftarkan pada tahun 2009.
Apa maknanya kedua-dua fakta di atas? Maknanya ialah gejala maksiat zina sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kalau dikira purata anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia ialah 47 orang sehari, kira-kira dua orang setiap jam

Saya lebih suka membicarakan punca kepada perkara sebelum kita berfikir tentang cara penyelesaiannya. Mengikut kaedah problem solving, sebelum kita membuat correctieve action atau langkah pembetulan kita mesti mencari punca-punca masalah ini.

Di bawah ini adalah punca-punca kepada gejala zina, buang bayi dan anak luar nikah:-

1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.

3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibu bapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undang-Nya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlak kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan pelajar-pelajar. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

8) Banyak lagi punca-punca lain yang ada tetapi bagi saya fakta di atas adalah antara perkara asas yang menjadi penyebab kepada gejala ini.

Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio Ikim.FM saya mendapati 100% pendengar mahukan undang-undang Islam ditegakkan di Malaysia dan kata mereka itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan akal manusia tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini. Ada juga pendengar yang secara tegas menyatakan supaya ditukar kerajaan.

Di bawah ini saya cadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada perkara ini.

1) Tukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan PR, insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan; sistem pendidikan akan diubah dengan menekankan ilmu Islam; program amar makruf dan nahi mungkar akan ditingkatkan; tempat-tempat maksiat ditutup, program-program maksiat dan pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya.

2) Ibubapa mestilah menghadkan pergaulan anak-anak dengan tidak membenarkan mereka keluar malam dan tidak membenarkan anak-anak gadis keluar secara bersendirian bila-bila.

3) Dan lain-lain.

BAGI SAYA, SELAGI KERAJAAN BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH MEREKA TIDAK AKAN MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MEREKA HANYA MEMANDANG ISU INI SEBAGAI REMEH. DARI ITU, RAKYAT MESTI MENUKARKAN KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI IAITU KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PR.sumber

Malaysia-17,303 anak luar nikah 2009-Apa UMNO buat?

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) Datuk Akwi Ibrahim sejumlah 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.Berita ini kita petik melalui akhbar Berita Minggu 21 Mac 2010.

Datuk Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun,JPN mencatatkan pendaftaran anak luar nikah berjumlah 74,723 membabitkan orang Melayu /Islam.

Sementara itu untuk kaum India 23,696 dan Cina 23,692 sepanjang 2005-2009 terlibat dengan pendaftaran anak luar nikah.

Inilah satu lagi kegagalan UMNO untuk mendidik rakyat.Ke mana pergi Shahrizat pejuang wanita Melayu.Ke mana pergi GPMS dan Perkasa.

Ke mana perginya Zulkifli Nordin dan budak Umno si Zahrain dan juga si Khairy yang tak dapat jadi Menteri itu.