Tuesday, November 30, 2010

Waran Tangkap Polis Tanpa Tarikh-Mat Sabu

Sdr Mat Sabu menerangkan sesuatu perkara penting kepada Ustaz Abu Bakar Husein,PJ Pas Perak.
SB membeli kad derma makan RM 50.00 untuk mendengar ,mencatat dan merakam.Dalam majlis makan malam bersama pimpinan di Taiping malam kelmarin.

Taiping- Sdr Mat Sabu masih mempunyai banyak kes di mahkamah dalam membela rakyat,kebenaran dan keadilan.Salah satu kesnya dituduh menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Plaza Tol Bukit Tambun,Pulau Pinang.

Mat Sabu menerangkan rupanya waran tangkap beliau tidak bertarikh.Apabila diasak oleh peguam Mat Sabu ,saksi pendakwa ,anggota polis menyatakan mereka ikut arahan ketua mereka.

Mat Sabu mempersoal,adakah sah waran tangkap polis tanpa tarikh.Menurut Sdr Mat Sabu jikalau kita menjelaskan cek pun ,cek perlu ada tarikh .

Sementara itu seorang OKT Binyamin Isahak memberitahu kita pada 13 Disember ini,soal balas dan 16 Disember ini pergulungan dan jatuh hukum.

Selamat berjuang Abang Mat Sabu dan O.K.T .



Monday, November 29, 2010

Tangkap saya jika rasuah-Lim Guan Eng

Kelihatan Lim Guan Eng dan Mat Sabu sedang berbincang ,halatuju Pakatan Rakyat.

Sdr Lim Guan Eng dalam ucapannya malam tadi mencabar SPRM untuk menangkap beliau jika berlaku unsur rasuah dalam bantuan untuk warga emas.

Lim Guan Eng menyentuh isu UMNO Pulau Pinang menuduh beliau memberi rasuah RM 100.oo untuk warga emas.Lim Guan Eng menjemput Pengarah SPRM hadir kemajlis penyampaian bantuan itu untuk seramai 300 orang.Pengarah SPRM tidak pula mengambil tindakan untuk menangkap.

Malah menurut Lim Guan Eng ramai warga emas ahli UMNO yang mengambil.Lim Guan Eng menyindir UMNO dan pemimpin BN lain yang mengambil wang rakyat melalui pelbagai projek,tidak dianggap rasuah.Tetapi guna duit kerajaan bagi saguhati kepada rakyat dianggap rasuah.

"Tangkap saya,jika rasuah" tegas Lim Guan Eng .Di samping Lim Guan Eng juga menyatakan beliau biasa dipenjara kerana membela rakyat.

Pelacur Murahan- UMNO macam kentut dengan taik- Mat Sabu DAP

YB Nga Kor Meng Ahli Parlimen Taiping 'Mat Sabu DAP' aman digeruni Zambry Kadir.Apa khabar sidang DUN Mat Sabu DAP?

Sdr Mat Sabu mengumpamakan UMNO macam kentut dengan taik.Beliau mengulas isu judi yang dimainkan oleh UMNO Pulau Pinang.Mat Sabu meminta kita berfikir siapa yang memberi lesen judi kasino,Big Sweep dan pelbagai jenis lesen. Mat Sabu juga memberitahu duit gaji yang kita terima itu di dalamnya juga duit judi.Mat Sabu memberitahu lagi wang kita semuanya disatukan dalam satu akaun. Jadi UMNO jangan marah jika Mat Sabu memberi tamsil UMNO macam kentut dengan taik.
Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar menjelaskan siapa yang menjadir pelacur.Mereka Perkasa yang menuduh Wan Azizah sebagai Pelacur Murahan.Merekalah yang menjual bangsa.

Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun.

Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin Yassin dan Hishamuddin Husein perlu meminta maaf kepada orang Melayu kerana mereka antara orang yang bertanggungjawab merosakkan Bahasa Melayu.Dr Mahathir sudah tentu orang yang bertanggungjawab menghilangkan prestij bahasa Melayu. Mereka yang patut dipersalahkan UMNO itu sendiri.

Ingatan dan nasihat DYMM Sultan Selangor di Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah ,Kini dan Masa Depan perlu diambil ikhtibar.

DYYM Sultan Selangor pada Isnin lalu melahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir orang Melayu yang tidak berasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah antara lain bertitah, sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan 'Raja Melayu' sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

Sunday, November 28, 2010

Beruntung berada bersama DS Anwar Ibrahim


Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.


Kita berasa beruntung kerana pernah menjadi pengerusi majlis yang dihadiri DS Anwar Ibrahim pada 5 April 2009.DS Nizar bertemu para guru sempena PRK Bukit Gantang.

Begitu juga kita juga pernah menjadi pengerusi majlis untuk ceramah DS Wan Azizah semasa PRK Bukit Gantang 2009.

DS Anwar Ibrahim tetap di sisi rakyat,walaupun parti UMNO membenci.DS Anwar tetap disanjung rakyat walaupun DS Najib tidak suka.DS Anwar tetap dalam ingatan rakyat walaupun Dr Mahathir sampai sekarang membenci DS Anwar Ibrahim.

Rugi kalau kita tidak bersama pemimpin yang dianugerah Allah s.w.t untuk membela nasib rakyat Malaysia.

Saturday, November 27, 2010

Ketua Umum-Mursyidul Am-Wanita Pertama

Pas mempunyai Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am .Ketua Majlis Syura Ulama' penasihat utama parti. Pergerakan parti dan perjalanan parti dipantau oleh Tok Guru Nik Aziz.
Tugas Murshidul Am sudah termaktub dalam perlembagan parti.

Sementara DS Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR ,sudah diluluskan dalam Kongres Parti PKR 2007.DS Anwar Ibrahim penasihat parti, Ketua Umum menyelaras penjalanan parti.DS Anwar Ketua Pembangkang.

Siapa pula wanita pertama UMNO ,Rosmah Mansor.Tugas Rosmah Mansor tiada diluluskankan dalam mesyuarat parti UMNO.Rosmah Mansur cukup berbisik pada DS Najib dapat peruntukan untuk Permata Pintar.Bisik lagi dapat peruntukan persidangan untuk Wanita Pertama Dunia .

Nampaknya Wanita Pertama lebih berkuasa berbanding Ketua Umum dan Murshidul Am.

Changkat Jering- Osman Jailu tidak terpilih.

Kita diberitahu teman-teman UMNO, YB Rosli Husein ,Adun Trong kini semakin sah bertanding di DUN Changkat Jering dalam PRU 13.

Penduduk Trong memberitahu kita Rosli Husein pernah memberitahu mereka,dia tidak memerlukan undi penduduk Trong lagi.

Mereka memberi contoh kenduri kahwin,kematian dan pelbagai aktiviti masyarakat YB Rosli sudah mula tidak kelihatan.

UMNO Bukit Gantang dikhabarkan akan menjual kerusi Melayu DUN Trong kepada MIC.Ahli Umno Bukit Gantang berbangga kerana dahulupun mereka beri kerusi Parlimen Bukit Gantang kepada Tan Lian Hoe pada PRU 12.

Namun begitu menurut orang Osman Jailu, Osman Jailu tak terpilih pun sudah dijanjikan habuan.

Seorang pegawai Osman yang wataknya seperti sesumpah atau cicak pokke selalu senyum memanjang setiap kali jumpa Osman Jailu dapat sampul.Tapi apabila Osman Jailu tiada kuasa baru dia tahu langit tinggi rendah.