Monday, November 29, 2010

Tangkap saya jika rasuah-Lim Guan Eng

Kelihatan Lim Guan Eng dan Mat Sabu sedang berbincang ,halatuju Pakatan Rakyat.

Sdr Lim Guan Eng dalam ucapannya malam tadi mencabar SPRM untuk menangkap beliau jika berlaku unsur rasuah dalam bantuan untuk warga emas.

Lim Guan Eng menyentuh isu UMNO Pulau Pinang menuduh beliau memberi rasuah RM 100.oo untuk warga emas.Lim Guan Eng menjemput Pengarah SPRM hadir kemajlis penyampaian bantuan itu untuk seramai 300 orang.Pengarah SPRM tidak pula mengambil tindakan untuk menangkap.

Malah menurut Lim Guan Eng ramai warga emas ahli UMNO yang mengambil.Lim Guan Eng menyindir UMNO dan pemimpin BN lain yang mengambil wang rakyat melalui pelbagai projek,tidak dianggap rasuah.Tetapi guna duit kerajaan bagi saguhati kepada rakyat dianggap rasuah.

"Tangkap saya,jika rasuah" tegas Lim Guan Eng .Di samping Lim Guan Eng juga menyatakan beliau biasa dipenjara kerana membela rakyat.

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan minta bertukar-tukar link tanda sokongan, sya dah linkkan blog tuan.

    http://harapan-terbaru.blogspot.com/

    ReplyDelete