Sunday, November 28, 2010

Beruntung berada bersama DS Anwar Ibrahim


Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.


Kita berasa beruntung kerana pernah menjadi pengerusi majlis yang dihadiri DS Anwar Ibrahim pada 5 April 2009.DS Nizar bertemu para guru sempena PRK Bukit Gantang.

Begitu juga kita juga pernah menjadi pengerusi majlis untuk ceramah DS Wan Azizah semasa PRK Bukit Gantang 2009.

DS Anwar Ibrahim tetap di sisi rakyat,walaupun parti UMNO membenci.DS Anwar tetap disanjung rakyat walaupun DS Najib tidak suka.DS Anwar tetap dalam ingatan rakyat walaupun Dr Mahathir sampai sekarang membenci DS Anwar Ibrahim.

Rugi kalau kita tidak bersama pemimpin yang dianugerah Allah s.w.t untuk membela nasib rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Begitulah lumrah hidup manusia di alam yang fana ini. Tak semua yang baik, tak semua orang suka..

    Saya masih ingat lagi semasa perhimpunan agung parti "itu", ada wakil dari Terengganu berucap dan mengatakan jika orang ini (DSAI), mati kita jangan sedekahkan Al Fatihah untuknya.. Eh... apa ni? Islam tak ajar macam tu.... Semata mata nak bodek pemimpin atasan, semua sibuk dok hentam DSAI. Dia juga orang Islam. Dia berhak mendapat penghakiman dan pembelaan mengikut cara perundangan Islam. Mahkamah dah putuskan bahawa kes pertama dahulu, beliau tak bersalah dan tiada kes... Maknyanya semua cerita yang buruk yg disampaikan oleh pemimpin2 tertentu adalah fitnah. Tapi yang ini mereka tak ambil peduli dan tetap tuduh macam2...

    Tak kira sesiapapun dari kalangan umat Islam yang akan meninggal dunia, kita patut uruskan dengan cara Islam yang sebenarnya, tiada hal2 berkaitan politik warisan penjajah atau politik duniawi. Dalam kubur bukannya ditanya "kamu orang dari parti apa..."

    ReplyDelete