Monday, November 29, 2010

Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun.

Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin Yassin dan Hishamuddin Husein perlu meminta maaf kepada orang Melayu kerana mereka antara orang yang bertanggungjawab merosakkan Bahasa Melayu.Dr Mahathir sudah tentu orang yang bertanggungjawab menghilangkan prestij bahasa Melayu. Mereka yang patut dipersalahkan UMNO itu sendiri.

Ingatan dan nasihat DYMM Sultan Selangor di Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah ,Kini dan Masa Depan perlu diambil ikhtibar.

DYYM Sultan Selangor pada Isnin lalu melahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir orang Melayu yang tidak berasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah antara lain bertitah, sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan 'Raja Melayu' sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

No comments:

Post a Comment