Sunday, March 20, 2011

UMNO menyerang PAS menerang,kenapa perlu tinggalkan UMNO.

Sekali lagi PAS Kawasan Bukit Gantang mengadakan siri penerangan. Bermula pada 22 Mac ini dan 25 Mac ini ,Pas Kawasan Bukit Gantang menggempur daerah mengundi Bukit Gantang.


Ceramah penerangan 22 Mac ini ,bertempat di Markaz bersama PAS Pekan Bukit Gantang. Ceramah bermula 9.30 malam. Menampilkan penceramah Sdr Mazlan Aliman,Pengerusi NGO Anak dan Sdr K.Y.Tiang AJK PAS Perak.

Sementara itu 25 Mac ini Ceramah DS Nizar di Markaz Pas Kampung Pauh ,Bukit Gantang.UMNO dikatakan sudah mula menyerang PAS di Bukit Gantang.

Justeru itu PAS mengadakan gerak gempur siri penerangan dalam Parlimen Bukit Gantang untuk menerang kenapa pengundi dan penduduk perlu meninggalkan UMNO. sumber blog parlimen Bukit Gantang.

Libya-Mana Big Mama dan Najib Razak

Amerika dan Britain serta sekutu telah mula mengganas di Libya. O.I.C. betul-betul jadi oh I see.Big Mama diam membisu.Najib Razak diakui UMNO pemimpin taraf dunia langsung tidak berbuat apa-apa.

Kita simpati dan empati. Negara Amerika ,melaksanakan hukum rimba. Kita tidak melihat Ketua Negara O.I.C atau Ketua Negara lain bertemu Ghadafi untuk menasihat Presiden Libya supaya tidak membunuh rakyat atau penduduk awam.


Jika Malaysia tidak mampu untuk membantu. Presiden PAS yang mempunyai hubungan peribadi baik dengan pimpinan Islam perlu beperanan.Ketua Persatuan Ulamak Dunia,Seikh Yusuf Al Qardhawi perlu bertindak .Hendak mengharapkan Big Mama jangan harap.Beliau lebih suka program berbentuk glamour dan hiburan.

Najib Razak media kita sahaja yang menggambarkan beliau hebat.Pada mata dunia,rupanya beliau amat kerdil.

Kita juga masih mengharap DS Anwar Ibrahim boleh menggunakan pengaruhnya untuk meredakanmarah Amerika.

Buku Jingga Jom Dengar

Pelancaran Buku Jingga Peringkat Negeri Perak akan diadakan pada 20hb Mac 2011 di Dewan Chin Woo, Ipoh. Program bermula jam 9.00 malam. Dalam majlis tersebut, penerangan tentang kandungan buku tersebut akan disampaikan oleh wakil Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat.

Risalah mengenai sebahagian kandungan Buku Jingga terutama program 100 hari PR memerintah akan disebar luaskan ke pelusuk Perak selepas ini. Rakyat Perak berpeluang melihat sendiri tawaran PR kepada rakyat apabila diberi mandat memerintah negara.

Program ini akan dihadiri oleh seluruh pimpinan PR negeri, kawasan, cabang dan bahagian. Beberapa Ngo juga turut dijemput hadir. Orang ramai yang ingin mendengar sendiri kandungan Buku Jingga juga boleh turut hadir.

Saturday, March 19, 2011

Nizar di Ceremony of IEM Engineering-The Perak Transformation Experience.

Nizar menceritakan pengalaman memerintah Perak.
Nizar membentang kertas kerja bertajuk Malaysian Engineeering Stars-Engineers as Politicians"pada 19 Mac di Kuala Lumpur.
DS Nizar bersama tetamu di Ceremony of IEM Engineering,dekat Kuala Lumpur pada 19 Mac .
Kelihatan juga bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat,yang turut menjadi tetamu.
DS Nizar bersama ahli panel.



DS Nizar masih diterima masyarakat profesional.Nizar pada 19 Mac lalu diminta untuk membentangkan satu kertas kerja berkaitan bagaimana seorang jurutera juga sebagai ahli politik.DS Nizar menceritakan pengalaman beliau sewaktu memerintah Perak.

Hebatnya Nizar beliau masih seorang jurutera bertauliah.Masih sanggup memenuhi jemputan badan atau majlis yang beliau anggotai.

Tahniah Kohilal berjaya mengecilkan kerugian.

Foto tidak jelas ini menunjukkan Ahli Lembaga Kohilal Haj Osman Maseri sedang berucap menerangkan tentang kedudukan terkini Kohilal.

Taiping,19 Mac- Mesyuarat Kohilal Perak zon utara telah berlangsung di Markaz Negeri Air Kuning petang tadi.

Mesyuarat dirasmikan Hj Osman Maseri Ahli Lembaga Kohilal Malaysia.Apa yang menarik beliau menyentuh pada satu masa dulu dana terkumpul Kohilal 65 juta ringgit.Sewaktu zaman krisis ,semasa Ahli Lembaga baru ambil alih ,nilai yang ada RM 200 ribu.Kini hampir sejuta ringgit.

Dakwa Hj Osman Maseri, Ahli Lembaga baru yang mengambil alih seperti menanggung biawak hidup. Ataupun mereka yang makan nangka,kita yang dapat getah.

Kita yang menyertai mesyuarat tadi berbangga kerana Ahli Lembaga baru berjaya mendapat kepercayaan SKM dan mengurus tadbir koperasi.Selama 4 tahun Kohilal dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Koperasi,kini dengan ALP yang dedikasi ,Kohilal berjaya mengecilkan hutang.

Mesyuarat tadi Kohilal memberi RM15 untuk hadir mesyuarat. Walaupun sikit Kohilal sudah menunjukkan pemulihan. Syaratnya kita beri peluang Kohilal untuk membangun semula.

Selamat berjuang ALP ,komitmen tuan-tuan ,semoga diterima sebagai amal soleh.

Friday, March 18, 2011

Interlok gadai masa depan pelajar.

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Badan Bertindak Interlok Kebangsaan (NIAT) menyifatkan langkah Putrajaya menjadikan novel Interlok sebagai buku teks sastera Tingkatan 5 sebagai “menggadai” masa depan pelajar.


Pengerusinya Datuk Thasleem Mohamad Ibrahim Al-Haj berkata, terdapat banyak elemen dalam novel tulisan Karyawan Negara Datuk Abdullah Hussain boleh menyumbang kepada pergaduhan dan perpecahan kaum.


“Novel Interlok ini tidak sesuai digunakan di peringkat sekolah kerana banyak elemen yang boleh menyebabkan pergaduhan, kalau untuk dijual sebagai novel ini tiada masalah.


“Sebagai contoh dalam novel ini ada kata orang Melayu sebagai bangsa pemalas, orang Cina jual anak dan orang India sebagai paria... bagaimana nanti kalau pelajar-pelajar ini gunakannya untuk ejek kawan-kawan mereka?


“Pelajar Tingkatan Lima ini masih belum matang, mereka tak boleh fikir macam mana orang dewasa fikir, kalau bagi saya yang sudah baca novel ini memang tiada masalah tapi kalau digunakan di peringkat sekolah itu yang menjadi masalah,” katanya pada sidang media.


Justeru beliau meminta Kementerian Pelajaran menarik segera penggunaan novel Interlok yang digunakan di Zon 2 iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Tarik balik segera, kita tidak mahu sebab novel ini perkara lain pula akan berlaku.


“Jadi saya minta Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan bijak dengan menarik balik novel ini di peringkat sekolah,” katanya.

Selain itu, menurut Thasleem, novel Interlok perlu ditarik balik kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan agama lain yang menolak penghinaan kepada sesuatu kaum.


“Ini bukan soal orang India sahaja, tapi orang Melayu dan Cina juga... novel ini banyak menyentuh soal adat resam dan menghina kaum-kaum ini juga.

“Kalau kita lihat dalam novel ini ia menyentuh soal semua kaum dan ada elemen yang menghina dan ia tidak membawa kepada perpaduan... sebab itu ia perlu ditarik balik,” katanya.


Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontroversii kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Ada pandangan yang mengatakan aspek kontroversi juga membabitkan kaum-kaum lain.


Interlok memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.

Bagaimanapun Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) mempertahankan novel Interlok sambil menyifatkan tiada sebarang unsur yang menghina mana-mana kaum dalam novel yang sudah berusia 40 tahun itu.


Ditanya mengenai pendirian Kementerian Pelajaran yang mahu mengekalkan novel Interlok sebagai buku teks, Thasleem bagaimanapun meminta Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri membaca dan mengkaji semula novel tersebut yang mempunyai lebih banyak unsur negatif dari positif.

“Saya tidak salahkan beliau (Muhyiddin), sebab saya tahu 95 peratus orang yang baca novel ini tak faham maksud sebenarnya.


“Jadi kita minta supaya beliau baca semula buku ini, kita bantah sebab ia tidak sesuai dan banyak elemen negatif tapi kalau kerajaan boleh pinda semua elemen ini kita akan pertimbangkan tapi saya rasa ia tidak mungkin berlaku,” katanya.


Semalam Muhyiddin berkata novel Interlok akan tetap digunakan sebagai buku teks sastera tingkatan lima.


Tambah, Thasleem, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat untuk menjelaskan maksud sebenar novel Interlok dan mengapa ia perlu ditarik balik.

“Saya telah menerima jemputan dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memberikan taklimat mengenai perkara ini pada 21 Mac ini.


“Saya juga akan menghantar surat rasmi untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga,” katanya.


Kementerian Pelajaran sebelum ini telah membentuk satu panel bebas untuk mengkaji novel Interlok dan hasil cadangan pindaan telah dikemukakan pada 4 Mac lalu untuk tindakan susulan.

Bubar DUN Sarawak dan Perak serentak ,sudahkah kita bersedia?

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.Pilihanraya Sarawak akan berlangsung tidak lama lagi.

Esok dijangka Taib Mahmud akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak.DUN Sarawak hanya akan berakhir pada 23 Julai ini.

Bagi kita di Perak khususnya Parlimen Bukit Gantang juga menanti penuh debar pengumuman pilihanraya Sarawak. Menurut DS Nizar dan PJ Pas Perak,Ustaz Abu Bakar Husein pilihanraya Sarawak juga memungkinkan UMNO membubarkan DUN Perak.

Pada hemat DS Nizar UMNO mahu pilihanraya serentak dengan Sarawak ,agar mereka tidak hilang kedua-dua negeri itu.

Marilah kita saksikan sama ada berlaku pembubaran DUN Sarawak serentak dengan Perak .Bagi kita ,berlaku atau tidak pilihanraya ,kita PR perlu berusaha dan terus mendekati rakyat. Pengundi yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.