Saturday, March 19, 2011

Tahniah Kohilal berjaya mengecilkan kerugian.

Foto tidak jelas ini menunjukkan Ahli Lembaga Kohilal Haj Osman Maseri sedang berucap menerangkan tentang kedudukan terkini Kohilal.

Taiping,19 Mac- Mesyuarat Kohilal Perak zon utara telah berlangsung di Markaz Negeri Air Kuning petang tadi.

Mesyuarat dirasmikan Hj Osman Maseri Ahli Lembaga Kohilal Malaysia.Apa yang menarik beliau menyentuh pada satu masa dulu dana terkumpul Kohilal 65 juta ringgit.Sewaktu zaman krisis ,semasa Ahli Lembaga baru ambil alih ,nilai yang ada RM 200 ribu.Kini hampir sejuta ringgit.

Dakwa Hj Osman Maseri, Ahli Lembaga baru yang mengambil alih seperti menanggung biawak hidup. Ataupun mereka yang makan nangka,kita yang dapat getah.

Kita yang menyertai mesyuarat tadi berbangga kerana Ahli Lembaga baru berjaya mendapat kepercayaan SKM dan mengurus tadbir koperasi.Selama 4 tahun Kohilal dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Koperasi,kini dengan ALP yang dedikasi ,Kohilal berjaya mengecilkan hutang.

Mesyuarat tadi Kohilal memberi RM15 untuk hadir mesyuarat. Walaupun sikit Kohilal sudah menunjukkan pemulihan. Syaratnya kita beri peluang Kohilal untuk membangun semula.

Selamat berjuang ALP ,komitmen tuan-tuan ,semoga diterima sebagai amal soleh.

1 comment:

  1. DiMalaysia belum ada lagi koop yg betul2 berjaya menaikkan taraf ekonomi ahlinya. Hanya Bank Rakyat saja satu-satunya koop pelaburan yg berjaya kerana ia diurustadbir oleg profesional dan diurustadbir secara korporat.
    Lain kali duit yg ada tuuu baik leee belejar-belajar berniaga sendiri,biarpun kecil-kecilan,puas hati kalau rugi pun.
    Daripada bila ada duit kumpul-kumpul beri pada puak-puak tertentu perniagakan.Mereka itu akhirnya "Mengkuruskan koperasi" dan "Menggemokkan Pengurus dan Ahli Lembaga" .
    Dah,dah banyah kali dah kita ni tertipu dengan koperasi nie.....Zaman maju ni perniagaan yang rugi aje diberikan kepada koperasi,yang untung semua dilaksanakan oleh orang persendirian.....tengoklah keliling anda.

    ReplyDelete