Tuesday, May 17, 2011

Apa kata Calon Naib Presiden dan calon AJK Pas ,20 Mei ini.

Pada 20 Mei 2011,Jumaat ini kita dengar ucapan calon Naib Presiden PAS ,DS Nizar berucap.Turut sama calon Ahlijawatankuasa PAS ,YB Khalil Idham Lim salah seorang berketurunan Cina yang bertanding di samping Anuar Tan.

Program ceramah berlangsung pada 20 Mei(Jumaat) ,pada 9.15 malam di Pusat Khidmat AP ,Pekan Trong.

Jom kita dengar visi dan misi calon-calon dari Perak pada 20 Mei ini.

Hampeh Kena Baca Perutusan Muhyiddin Yassin

Sekolah kita tidak ada sambutan hari guru. 16 Mei peperiksaan berjalan terus. Cuma perhimpunan rasmi seperti biasa.

Pihak sekolah meminta kita membaca perutusan Menteri Pelajaran.Kita akur dan menurut perintah .Kita baca separuh hati.Ucapan kita pun tidak bermaya.

Kita dengan pihak pentadbir tidak ada masalah. Di sini prestasi kita cemerlang ,pernah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dua kali lulus PTK.

Justeru itu kita tetap bekerjasama dengan pihak pentadbir.Tapi apakan daya,Pihak Pentadbir meminta kita membaca perutusan Muhyiddin Yassin.Kita pula menunaikan kehendak mereka.

BN yang lemah, rakyat bukan candu subsidi.


KUALA LUMPUR, 18 Mei — Wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah gagal mengatasi ketagihan subsidi menerusi pendekatan-pendekatan alternatif sambil mencela pentadbiran Najib hanya menyalurkan “candu subsidi” yang memanfaatkan kroninya.


Beberapa pemimpin PR yang dihubungi juga mendakwa kos hidup semakin meningkat sedangkan kadar upah tidak bergerak telah menyebabkan rakyat terpaksa bergantung pada subsidi.


Malah, mereka juga memberi amaran bahawa tindakan menarik balik subsidi akan menyebabkan rakyat muflis, sebaliknya kerajaan perlu menggalakkan daya saing dan mengatasi manipulasi harga barangan.


Sehubungan itu, wakil rakyat PR mengesyorkan agar pentadbiran Najib menggunakan pendekatan holistik untuk memotong subsidi, dengan menggunakan sistem penstrukturan total dan mengurangkan subsidi bagi korporat besar berbanding pengurangkan skim dinikmati golongan miskin.


Kerajaan juga perlu melaksanakan majlis gaji minimum untuk menggalakkan gaji dan menyediakan sistem pengangkutan awam lebih baik untuk mengelakkan pergantungan pada kenderaan sendiri dan mengurangkan penggurangan minyak.


Ahli Parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penggunaan istilah “candu” oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Razak bagi menggambarkan pergantungan pada subsidi adalah tidak adil memandangkan pentadbirannya tidak banyak bertindak bagi mengurangkan keadaan itu.


Katanya, dalang mengakibatkan manipulasi pasaran adalah kerajaan itu sendiri dengan memberi subsidi dan geran dalam jumlah besar kepada syarikat dan kroni.


“Dan, di satu sebelah, mereka menghukum dan mengaibkan rakyat dengan mengatakan mereka ketagih pada candu subsidi, yang mana ia tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang mereka berikan kepada kroni-kroni mereka,” katanya.


Justeru, Dzulkefly juga menggesa kerajaan agar mempertimbangkan dasar-dasar yang diketengahkan oleh PR dalam Buku Jingga mereka di mana ia mengesyorkan penstrukturan holistik dalam sistem subsidi.


“Kami dalam PR faham bahawa pendekatannya bukan dengan mudah memutuskan subsidi... kami meminta agar diadakan penstrukturan holistik sistem subsidi.


“Cara mereka (BN) hanya sedikit demi sedikit, kaedah jangka pendek, jika mereka teruskan akan memaksa yang miskin terdedah kepada kesan ekonomi global,” kata beliau.


Dalam ucapannya di London kelmarin, Najib berkata subsidi bahan api ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.


“Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.


Dzulkefly, wakil rakyat Kuala Selangor berkata, penarikan balik subsidi total akan menyebabkan kos-kos tidak adil ke atas kumpulan-kumpulan sensitif seperti kumpulan berpendapatan rendah.


“Ini seolah-olah dasar neokonservatif memperkayakan kroni dan kumpulan berkemampuan tetapi pada masa yang sama memangsakan kumpulan miskin.


“Tanya Najib, menerusi cara ini, bukankah ia memburukkan lagi ketidakaseimbangan pengagihan kekayaan dan ekuiti?” kata beliau.


“Mereka tidak serius dalam matlamat mereka menstruktur semula subsidi di negara ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang bersetuju dengan Najib bahawa subsidi adalah umpama “candu” kepada ekonomi Malaysia tetapi mempersalahkan kerajaan atas kegagalannya menyediakan alternatif yang betul kepada pengguna sebelum mengurangkan akses kepada “candu subsidi”.


Pua juga mendakwa pentadbiran Najib menggunakan pendekatan salah dengan memotong subsidi rakyat miskin tetapi pada masa yang sama memberikan subdisi dalam jumlah yang besar kepada sektor korporat.

“Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Najib ialah menjadikan candu ini eksklusif kepada kroni-kroni BN,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini kepada The Malaysian Insider.


Katanya, dalam usaha mengurangkan beban ketagihan kepada candu subsidi, alternatif-alternatif yang lebih baik harus diadakan seperti sistem pengangkutan awam.


“Pada peringkat sekarang, rakyat Malaysia menggunakan jumlah minyak pada amaun yang banyak, bukan kerana kita membayar harga lebih rendah berbanding dengan harga pasaran tetapi juga kerana kita tiada alternatif lain, terpaksa memiliki kenderaan kerana lemahnya infrastruktur pengangkutan,” kata Pua.


Justeru beliau mengesyorkan agar kerajaan mempertimbangkan pemotongan subsidi kepada korporat besar seperti Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol daripada hanya membebankan golongan miskin.


Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago bersetuju dengan Pua sambil menambah, salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia pada umumnya ketagih subsidi ialah kerana kadar upah yang tidak bergerak.


Katanya, 34 peratus pekerja Malaysia memperoleh gaji bulanan di bawah garis kemiskinan RM700.


“Antara tahun 2000 dan 2010, gaji hanya mengalami kenaikan 2.6 peratus, bermakna sepanjang 10 tahun lalu, kenaikan gaji tidak bergerak dan gaji kita tidak sepadan dengan kenaikan kos,” katanya lagi.

Justeru beliau mengesyorkan agar kerajaan membentangkan rang undang-undang majlis gaji minimum ketika sesi Parlimen akan datang dan menetapkan gaji minimum antara RM1,500 dan RM2,000.


Sebagai tambahan, katanya, program bantuan tunai seharusnya dilaksanakan untuk melengkapkan peranan majlis itu, menyasarkan kumpulan miskin dan mereka yang berpendapatan bawah RM1,000 setiap bulan.


“Akhirnya, perlu ada usaha besar di pihak kerajaan untuk mengurangkan rasuah di mana kerajaan kehilangan wang dalam jumlah yang banyak, memotong perbelanjaan besar seperti subsidi korporat-korporat besar dan mengawal aliran keluar wang haram,” katanya lagi.


Katanya, jika kerajaan mahu mengurangkan manipulasi pasaran dan menggalakkan saingan, ia seharusnya menggunakan pendekatan yang sama ke atas syarikat-syarikat besar seperti IPP dan pemegang konsesi tol.


“Biar mereka bersaing di ekonomi global. Mereka juga seharusnya berdaya saing... jika mereka tidak boleh melakukan, maka sesuatu yang menyedihkan,” katanya lagi.


Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan tidak harus menghukum rakyat atas ketidakupayaannya mengimbangkan bajet menerusi pemotongan subsidi, yang diperlukan oleh kumpulan sasaran.


Katanya, ketika ekonomi berada dalam kedudukan baik antara 2003 dan 2008, kerajaan telah gagal untuk memotong perbelanjaan, sebaliknya mengadakan projek-projek infrastruktur besar, sekali gus menyebabkan defisit bajet meningkat saban tahun.


Kata Adun Selangor ini, kerajaan tidak seharusnya mempersalahkan rakyat atas kelemahan mereka dan kegagalan melaksanakan strategi menggalakkan pertumbuhan yang dinamik ekonomi.


“Rakyat menderita ekoran inflasi yang tinggi, tiada gaji minimum, harga hartanah pula melambung... jadi mengapa membebankan rakyat,” katanya.sumber mi.

DS Nizar calon Naib Presiden PAS

DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ustaz Idris Ahmad anak Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai berjaya mendapat pencalonan Naib Presiden.


Di samping itu mereka berdua dicalonkan juga sebagai Ahlijawatankuasa Pas .


Kedua-dua mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:


1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2. Mahfuz Omar (naib presiden)
3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)
5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat)
6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak)
8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)

Monday, May 16, 2011

Wan Azizah isteri,ibu dan presiden parti.

DS Wan Azizah wanita hebat Malaysia.Pelbagai ujian yang beliau hadapi ,semuanya berjaya diharungi.

Jikalau orang lain ,wanita itu sudah pasti menjadi separuh gila.Namun Allah s.w.t memberi tahap kesabaran paling tinggi kepada Wan Azizah.

Seorang ibu yang tabah punya keimanan yang kukuh ,mampu membesarkan anak-anak.Anak-anak seperti YB Nurul Izah tetap setia dan yakin menegakkan keadilan bersama ibu mereka.Sedikit masa apabila anak lelaki mereka sudah besar ,Wan Azizah pasti bertambah tenaga untuk menentang kebatilan.

Rakyat yang mencari kebenaran dan menolak kebatilan tetap setia mendoakan dan menyokong segala langkah diambil untuk menolak kebatilan.Bagi kita fitnah satu atau fitnah dua yang didakwa ke atas DS Anwar,lambat laun akhirnya akan menemui titik noktah.

DS Wan Azizah jangan ambil pusing dengan pandangan jahat orang yang memburukkan Anwar,hatta jangan layan mereka yang menyuruh untuk meninggalkan DS Anwar.Teruskan hidup semati bersama DS Anwar Ibrahim.

Sebagai Presiden parti, pimpinan tertinggi PKR tetap bersama Presiden mereka.Objektif utama kita untuk memerintah Putrajaya.Jika terpenjara sekalipun DS Anwar kerana konpirasi ,Pakatan Rakyat terus menggasak BN agar tersungkur.Biar PRU 13 pada bulan-bulan mendatang menjadi milik Pakatan Rakyat.

Kita kerajaan baru akan membetulkan kembali sejarah Malaysia.Bersabarlah kita,sementara menanti fajar menyinsing.

Anwar ,banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya.

KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


“Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.


“Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.


Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.


Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.


Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.sumber harakahdaily.net.

Sunday, May 15, 2011

Maaf Bob Lokman Kita cemburu dan Kita Ingin Nasihat.

Bob Lokman dalam Program Pas Ganti Umno,peringkat Zon Utara Perak.

Kita suka Bob Lokman berubah.Namun kita lebih suka Bob Lokman imej seperti dulu.Berpakaian ikut kesesuaian dan tetap menjadi artis.

Bob Lokman kena mencari pengguna atau pendengar bukan dalam kelompok PAS.Pasaran kita bukan orang PAS atau orang Pakatan Rakyat.Pasaran kita orang muda yang duduk dalam UMNO dan golongan muda yang tidak berparti.Bob Lokman tidak perlu terlalu ekstrim atau sebagai penghukum.

Jika begini dan seterusnya cara dan kaedah Bob Lokman menyampaikan mesej dakwah,akhirnya nanti hanya orang PAS sahaja yang mendengar ucapan dan nasihat Bob.Orang muda UMNO dan tidak berparti mungkin tidak berminat dengan BOB.

Kita lebih suka jika Bob Lokman seperti Akhil Hai Rawa yang berdakwah mengikut selera orang muda.

Bob mempunyai aura,berhenti semasa menikmati kemakmuran sebagai artis.Justeru itu rugi kiranya jika kita tidak pandai untuk membantu BOB memenuhi selera orang muda untuk berdakwah.

Perunding imej Bob perlu melihat suasana ini.Bagi kita Bob Lokman dengan imej sesuai dengan program dan masa perlu diberi perhatian.

Maaf Bob Lokman kita sekadar ingin memberi nasihat...terima kasih.