Sunday, May 15, 2011

Maaf Bob Lokman Kita cemburu dan Kita Ingin Nasihat.

Bob Lokman dalam Program Pas Ganti Umno,peringkat Zon Utara Perak.

Kita suka Bob Lokman berubah.Namun kita lebih suka Bob Lokman imej seperti dulu.Berpakaian ikut kesesuaian dan tetap menjadi artis.

Bob Lokman kena mencari pengguna atau pendengar bukan dalam kelompok PAS.Pasaran kita bukan orang PAS atau orang Pakatan Rakyat.Pasaran kita orang muda yang duduk dalam UMNO dan golongan muda yang tidak berparti.Bob Lokman tidak perlu terlalu ekstrim atau sebagai penghukum.

Jika begini dan seterusnya cara dan kaedah Bob Lokman menyampaikan mesej dakwah,akhirnya nanti hanya orang PAS sahaja yang mendengar ucapan dan nasihat Bob.Orang muda UMNO dan tidak berparti mungkin tidak berminat dengan BOB.

Kita lebih suka jika Bob Lokman seperti Akhil Hai Rawa yang berdakwah mengikut selera orang muda.

Bob mempunyai aura,berhenti semasa menikmati kemakmuran sebagai artis.Justeru itu rugi kiranya jika kita tidak pandai untuk membantu BOB memenuhi selera orang muda untuk berdakwah.

Perunding imej Bob perlu melihat suasana ini.Bagi kita Bob Lokman dengan imej sesuai dengan program dan masa perlu diberi perhatian.

Maaf Bob Lokman kita sekadar ingin memberi nasihat...terima kasih.

2 comments:

  1. Alhamdulilah.. sya amat stuju dgn pendapat dn tguran ini.

    ReplyDelete
  2. Saya jugak SETUJU dgn pendapat Tuan Cikgu Din,,Alhamdulillah Bob Lokman insyaAllah akan lebih SENANG NAK aim misi dan visi NYER SELEPAS INI,,,SAYA YAKIN Saudara Bob akan lebih Yakin dan bersemangat untuk Menarik Kalangan Artis maupun KalangaN anak muda mudi SETIDAK2 NYER PEMINAT LAJA LAWAK & MAHARAJA LAWAK SEMUA ikut KITA SEMUA PENYOKONG PAS,,,Peranan Tuan Bob Lokman lepas ni Bertambah Penting,,InsyaAllah

    ReplyDelete