Saturday, June 11, 2011

Umi Hafilda dan zikir "dajal"



Pada malam tadi bertempat di Taman Kaya,Taiping teman-teman kita dari UMNO memberitahu mereka ditipu oleh Umi Hafilda.

Apabila sepanjang ceramah memaki hamun DS Anwar dan menggelar Tok Guru Nik Aziz dengan Serban Sebakul yang tiada cahaya nur di muka,teman-teman UMNO tadi marah.

Mereka cukup meradang sepanjang ucapan Umi Hafilda hampir 2 jam itu mencaci dan memanggil DS Anwar dajal."Dajal Anwar " menjadi sebutan si Umi Hafilda.

Teman-teman UMNO bertambah meluat ,apabila si ummi tadi berbangga dengan baca surah yassin ,dia selalu dilindungi Allah s.w.t.

Pendengar yang datang untuk mendapat maklumat terkini isu nasional yang lebih menguntungkan rakyat berasa tertipu.Dalam Pru 13 mereka tadi berjanji untuk menyokong Pakatan RAkyat.

Friday, June 10, 2011

Bersih 2 , betulkan niat .

Pada malam kelmarin dalam Liqa Alfikri Pas Perak,di Markaz Tarbiyyah Negeri Perak,Taiping,Ustaz Abu Bakar Chik menasihat petugas PAS supaya membetulkan niat sewaktu menyertai Himpunan Bersih 2 di Kuala Lumpur.

Bermula dari rumah sudah niat kerana Allah s.w.t. Ustaz Abu Chik meminta kita hadir bukan sekadar mahukan pilihanraya yang bersih tetapi lebih daripada itu.Kehadiran kita lebih ke arah komitmen untuk mendaulatkan Islam di Malaysia.

Dalam pada itu Ustaz Abu Bakar Chik menyatakan Pas satu-satunya Jemaah Islam di Malaysia yang diktiraf dunia Islam. Justeru itu menurut Ustaz Abu Bakar Chik ,amat rugi jika kita tidak bersama PAS.

Tiket keretapi ,bas 8 Julai dan 9 Julai sudah habis.-Nizar


BT 9, 10 Jun:;DS Nizar dalam program bersama Unit Peti Undi Bendang Siam,Bt 8,Dun Kuala Sapetang sebentar tadi menyatakan tiket bas dan keretapi untuk perjalanan pada 8 Julai dan 9 Julai ini telah habis.

Pihak berkuasa dikatakan telah memberi arahan supaya tidak menjual tiket atau dikatakan tiket telah habis pada tarikh tersebut.

Nizar menyatakan semuanya untuk menghalang kehadiran rakyat pada 9 Julai di Kula Lumpur.Justeru itu Nizar berharap penduduk Bukit Gantang khususnya bersedia dengan kenderaan sendiri untuk ke HIMPUNAN BERSIH 2.

Thursday, June 9, 2011

Pekida minta filem Kongsi dan KL Gangster ditarik balik penayangan.

PETALING JAYA: Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).


Penerbit Skop Productions, Yusof menegaskan, dia tidak mahu melayan dakwaan buruk terhadap filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu kerana ia hanyalah perkara remeh yang boleh merunsingkan fikiran.


"Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam.


"Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan.


"Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini," katanya yang dihubungi mStar Online, Khamis.


Sementara itu, penerbit Metrowealth Movies Production yang menerbitkan filem Kongsi, David Teo berkata, filem arahan Farid Kamil itu dihasilkan atas tujuan hiburan dan bukan untuk mempersendakan mana-mana pihak.


"Filem Kongsi hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak pun. Kita sama sekali tiada niat untuk mempersendakan mana-mana individu menerusi tema yang di paparan.


"Hakikatnya, isu gengsterisme berlaku di mana-mana negara atau bangsa pun dan bukan merujuk kepada pertubuhan tertentu.


"Ia tidak sepatutnya menjadi isu tetapi saya tidak boleh kata apa kerana itu hak mereka (Pekida). Cuma, kalau isu ini timbul lebih awal, pasti ia akan lebih membantu publisiti Kongsi," katanya.


Pekida berhasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah dua filem berkenaan kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.


Pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie, Jumaat (hari ini) bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem-filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.mstar

UMNO sudah lemas:- Mat Sabu


Mohamad Sabu menegaskan kepimpinan PAS termasuk barisan pemimpin pusat yang baru tidak menolak idea perpaduan Melayu, sebaliknya Umno sengaja menggunakan soal itu sebagai bahan kempen menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jelas timbalan presiden PAS itu, “Umno silap” jika mendakwa keputusan PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu bermakna ia akan memecahbelahkan orang Melayu.


“Umno mula pertikaikan perpaduan Melayu apabila kepimpinan sudah jatuh tetapi sebaliknya jika mula kuat, mereka jadi takbur,” ujar Mohamad lagi.


“Umno sebenarnya sudah lemas, sebab itu membangkitkan isu perpaduan Melayu. Kami (kepimpinan baru PAS) tetap perjuangkan perpaduan Melayu tetapi berlandaskan keadilan untuk kepentingan semua masyarakat,”kata Mat Sabu.berita MI.

Wednesday, June 8, 2011

NGO: Remaja ditembak dari jarak dekat

Laporan bedah siasat ke atas tiga remaja yang ditembak mati oleh polis pada tahun lalu menunjukkan mereka ditembak dari jarak dekat, dakwa NGO hak asasi Lawyers for Liberty.


Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.


NONEPihak polis sebelum ini mendakwa remaja berkenaan menyerbu mereka dengan bersenjatakan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.


“Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak - yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan,” kata peguam N Surendran.


“Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.


“Ini menunjukkan mangsa sedang berlutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” katanya sambil merujuk kepada laporan autopsi Muhammad Syamil Hafiz.sumber malaysiakini.

Negara Berkebajikan buat UMNO demam panas.-Mahfuz Omar


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan laporan muka hadapan Utusan Malaysia kononnya parti itu mula berbalah berhubung perjuangan mendirikan Negara Berkebajikan sebagai fitnah terbaru media Umno.


Malah katanya, laporan itu juga memperlihatkan betapa gelabahnya kepimpinan Umno dengan azam PAS memperjuangkan dasar Negara Berkebajikan sepertimana yang dibentangkan pada Muktamar PAS ke 57, minggu lalu.


Mahfuz berkata, barisan kepimpinan Umno juga kini seolah-olah mengalami 'demam panas' apabila PAS menekankan keperluan mendirikan Negara Berkebajikan.


Jelasnya lagi, Utusan Malaysia juga sengaja menabur fitnah agar rakyat mudah terpedaya dengan laporan yang disiarkannya.


Utusan Malaysia hari ini mendakwa beberapa pihak dalam PAS telah mula mempersoalkan mengenai perjuangan PAS menubuhkan negara berkebajikan dan kononnya membelakangkan matlamat asal penubuhan parti itu.


Komen beberapa individu yang tidak dikenali di dalam Facebook dijadikan sandaran untuk laporan muka depan itu.


"Perkara (berbalah) tersebut tidak wujud. dan bohong sama sekali. Utusan Malaysia ini mana boleh percaya...Utusan Malaysia ini sengaja menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat," kata Mahfuz.

"Sebenarnya Utusan sendiri berada dalam keadaan gelabah kerana towkey dia (Umno) sendiri berasa tidak menentu sekarang ini dan ibarat pemimpin-pemimpin Umno ini sedang 'demam panas' kuat bila berhadapan dengan satu lontaran yang sangat menyentuh persoalan kehidupan masyarakat dan rakyat dalam negara kita yang dibawa oleh PAS iaitu 'Negara Berkebajikan," katanya kepada Tv Selangor.


Muktamar PAS ke 57 di Taman Melewar, Jumaat lalu sebulat suara menyokong ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperjuangkan serta membangun Negara Berkebajikan.


Dalam ucapan dasar muktamar, Hadi yang juga ahli parlimen Marang itu berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dihubungi Tv Selangor turut menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dasar yang berlaku berhubung perjuangan PAS melaksanakan ‘Negara Berkebajikan’ ini.


Menurut Khalid Samad, tafsiran ‘Negara Kebajikan’ yang diumumkan PAS pada muktamar lepas bukan tafsiran ‘suka-suka’.


“Istilah ‘Negara Berkebajikan’ ditakrifkan mengikut Perlembagaan. Kalau dalam Perlembagaan disebut ingin mewujudkan sebuah masyarakat dimana nilai-nilai dan hukum hakam Islam dilaksanakan yang menuju kepada keredhaan Allah, itu ada dalam Perlembagaan. Negara berkebajikan itu ditafsirkan berdasarkan perlembagaan. Bukan berdasarkan tafsiran masing-masing,” katanya.


Khalid membidas Utusan kerana mendakwa PAS menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.


Khalid menegaskan keutamaan PAS ialah membina negara berkebajikan mengikut lunas-lunas yang sudah ditetapkan dalam hala tuju PAS.


”Dasar parti bergantung kepada perlembagaan. Kalau ingin menukar sebarang dasar ianya perlu merujuk kepada Perlembagaan. Cogan kata adalah hanya cogan kata dan tidak ada kena mengena dengan soal dasar yang ingin diperjuangkan," kata Khalid.


"Kalau kita mengatakan ingin memperjuangkan negara yang adil, bukan bererti kita dah gagal atau kuburkan negara Islam. Kita memberikan tumpuan kepada aspek hasil yang ingin kita capai bukan kepada nama atau brandnya, tetapi kepada hasilnya iaitu sebuah negara yang bersifat berkebajikan' tambah beliau.


Tambah Khalid lagi, komen-komen negatif yang dibuat oleh segelintir pihak terutamanya di laman sosial Facebook adalah kerana mereka terpengaruh dengan laporan 'fitnah' media kawalan Umno ini.


“Kalau orang marah dan sebagainya di laman sosial, mereka-mereka ini terlalu dipengaruhi dengan tulisan-tulisan didalam Utusan Malaysia dan sebagainya. Tidak ada perubahan dasar bagi PAS sepertimana yang saya sebut, kalau nak nak ubah dasar, kena ubah Perlembagaan,” ujar beliau