Tuesday, January 21, 2014

Lokasi Tanah rizab Melayu yang dirampas Lim Guan Eng.

Tanah rezab Melayu yang dirampas oleh Lim Guan Eng ? 

Bantuan awal persekolahan janji pilihanraya RM150.oo, dapat RM100.oo

Semasa kempen budak-budak sekolah dijanjikan RM150.bantuan pendidikan awal persekolahan.Esok para pelajar akan mula mendapat bantuan pendidikan.Tapi kerajaan hanya mampu bayar RM100.00 untuk setiap pelajar.TS Muhyiddin Yassin pun sudah keluar negara,mungkin tidak mahu menjawab kenapa bantuan awal persekolahan hanya RM100.00.Minda pimpinan UMNO ,minda " banding harga kangkung"
INFO (klik)Dulu 2013
  • BR1M = RM500 
  • Bantuan orang bujang = RM250 
  • Bantuan pelajar = RM100 
  • Baucar buku = RM250
  • BR1M = Sehingga RM1,200 
  • Bantuan orang bujang = Sehingga RM600 
  • Bantuan pelajar = RM150 
  • Baucar buku = RM300

Harga getah RM2.90 ,harga ikan kembung RM10.


Monday, January 20, 2014

Menunggu Rosmah Mansor telefon Perdana Menteri Sweden ,untuk bebaskan rakyat Malaysia.

Pasangan rakyat Malaysia Azizul raheem dan Shalwati Norshal masih ditahan oleh pihak berkuasa Sweden sejak  18 Disember 2013 lalu.Pasangan rakyat Malaysia didakwa telah mendenda anak mereka supaya berdisiplin dalam soal waktu  solat.Namun di Sweden itu dianggap satu kesalahan.
Sementara itu ,PAS memberi perhatian serius berhubung masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri Malaysia di Sweden termasuklah berusaha agar empat orang anak mereka ditempatkan di dalam jagaan keluarga muslim.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS melalui Islamic Community Of Sweden yang diwakili oleh Dr Abdel Rizk dan Dr Yusuf akan cuba membantu menyelesaikan masalah keluarga ini melalui hujah dan perbezaan budaya.

"Kita telah berhubung dengan sahabat-sahabat di Sweden termasuk ahli parlimen dan badan bukan kerajaan di sana," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan katanya, PAS akan berjumpa dengan pihak kedutaan Sweden dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini.

Sunday, January 19, 2014

Harga barang naik kalau tak tuduh kerajaan ,tuduh nyamuk-Nizar

Kerajaan UMNO/BN  sudahpun menggesa rakyat supaya jangan menuduh  kerajaan BN menyebabkan kenaikan harga barang.Kerajaan BN yang melihat  harga  barang naik memberi kesan kepada rakyat cuba menyalahkan "orang tengah"  pula yang bersalah .

Mengulas isu ini DS Nizar,Adun Changkat Jering  secara sinis telah bertanya .Kalau tak tuduh kerajaan BN,tuduh siapa pula?Tuduh nyamuk.

Lee Chong Wei menang,Rosmah Mansor yang kena boo?

DS Rosmah didakwa oleh mereka yang berada di stadium di"boo" sewaktu sampaikan hadiah kepada Lee Chong Wei.Rosmah Mansor kena boo.

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia 2014 buat kali ke-10 selepas menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto pada aksi akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.
Chong Wei selaku pilihan pertama mencatat kemenangan 21-19 21-9 ke atas pemain di ranking ke-4 dunia itu.
Chong Wei muncul sebagai pemain terbanyak bergelar juara Terbuka Malaysia pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Saturday, January 18, 2014

Solat di masjid tahap kebersihan gred B.

Ingatkan negeri DS Najib semuanya  masjidnya tahap kebersihan gred A.Rupanya masih ada gred B.Sudah tentu ada juga gred C.Penulis berhenti"sat" di Masjid Mentakap kelmarin 18 Januari(sabtu) untuk solat jamak.