Thursday, September 23, 2010

Dr Mahathir Antara Nyanyu Atau Nyanyuk

Menurut kamus Dewan nyanyu bermaksud bercakap yang bukan-bukan,meraban dan merepek.Sementara nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak(bukan orang yang sudah terlalu tua),tidak berapa betul lagi(bukan fikiran orang yang sangat tua) dan raban.

Jadi apabila Mahathir masih mengulas kerajaan Nizar kerajaan Cina atau Nizar adalah alat pada orang lain ,mungkinkah Dr Mahathir sudah nyanyu atau nyanyuk.

Mahathir sendiri mengaku “Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa,”

Justeru itu apa UMNO telah buat sebaik mereka memegang kuasa selepas Inggeris keluar.Mahathir mahukah anak cucu cicit kita mengutuk Perdana Menteri kita yang telah meninggal dunia atau masih hidup kerana merekalah yang sebenarnya perosak bangsa Melayu.

Ayuh anak muda jangan berfikiran perkauman.Buka minda kita,kita tolak UMNO .Jangan jadikan UMNO pemimpin negara kita.

Zaman Mahathir dan zaman berperdana menteri UMNO berapa banyak anak luar nikah.Berapa banyak orang Melayu menjadi penagih.

Anak kita tetap ingat PPSMI .Dosa Mahathir masih ada.Bukankah ini bercanggah dengan perlembagaan. Itu belum akta I.S.A. satu akta rimba menzalimi orang tidak berdosa.

1 comment:

  1. tUN mAHATHIR BEBAS BERCAKAP APA-APA PUN. JIKA ISINYA MENGUNTUNG KERAJAAN , BN AKAN SIARKANNYA, JIKA MENGUNTUNGKAN PEMBANGKANG PR AKAN SIARKAN PULA.TAPI jasa atau keburukan bekas PM ini rakyat yang prihatin akan mengingatinya. tkasih

    ReplyDelete