Saturday, September 18, 2010

Pastikan Anwar Ibrahim Jadi PM dan Nizar MB-Lim Guan Eng

Nizar dan Lim Guan Eng pemimpin harapan rakyat.Kedua-duanya menjadi minat musuh poitik menyekat karier politik mereka untuk melumpuhkan sokongan rakyat kepada PR.

Ucapan Sdr YAB Lim Guan Eng malam kelmarin cukup menarik,beliau berucap selang seli Bahasa Melayu,dan Mandarin.

Beliau menyentuh pemerintah BN yang rasuah dan perkauman.Lim Guan Eng juga memberi penekanan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat boleh direrima rakyat.

Pertama beliau meminta pimpinan kerajaan mendengar suara rakyat.Lim Guan Eng juga meminta kita semua buat kerja rakyat .Di samping Pakatan Rakyat mesti memberi harapan kepada rakyat.

Akhir ucapannya Lim Guan Eng meminta kita untuk terus bekerja .Semua kita berperanan memastikan DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan DS Nizar menjadi Menteri Besar Perak

"Pastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Nizar menjadi Menteri Besar Perak"ucap Lim Guan Eng.

1 comment:

  1. Assalamualaikum....

    Selama MCA/MIC berkawan dengan orang2 Melayu UmnO, amat jarang atau hampir tiada kedengaran langsung orang Cina mahu menggunakan istilah keIslaman atau merujuk kepada pemimpin Islam untuk meminta pendapat. Namun apabila DAP berkawan dengan PAS dan keADILan Rakyat, mulalah kelihatan orang cina dan india mula merujuk istilah dan cuba memahami ajaran Islam yang sebenar dari pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz..

    ReplyDelete