Thursday, September 23, 2010

Hakim Yang Berani Walaupun Belum Pencen

Pertama sekali ucapan tahniah kepada Hakim Rozana Ali Yusoff seorang Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).


Kita tidak mahu apabila kita pencen baru tindakan kita dikatakan tidak mengikut perlembagaan dan peraturan.Apabila kita pencen kita pun memburukkan orang lain lalu timbul frasa orang ketiga.Semasa ada kuasa kita lupa semua hukum dan peraturan.


Tahniah Yang Arif Rozana ,anda melihat hukum perlembagaan .


Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Hakim Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.


Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.


Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.


Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

foto-berita:malaysiakini.

No comments:

Post a Comment