Tuesday, September 21, 2010

Berita Bergambar Buat UMNO Tak Senang Duduk -Jamuan Raya Pas Dan DS Nizar

DS Nizar berucap mengalu-alu kehadiran tetamu.Pesan DS Nizar supaya rakyat sentiasa berilmu agar kita tidak ditipu.

DS Nizar sedang mencabut nombor bertuah.
DS Nizar mengalu-alukan kehadiran tetamu pelbagai kaum.Peminat DS Nizar tetap mengambil gambar DS Nizar buat kenangan.
DS Nizar memberi duit raya.
DS Fatimah juga meraikan kanak-kanak dengan memberi duit raya.


Trong- Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang telah mengadakan Jamuan Raya Aidilfitri.Program bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pekan Trong.

Dianggar 3000 orang telah menghadiri jamuan tersebut.Juadah yang disediakan habis dimakan.Antara menu lemang,laksa ,mi goreng ,cendol dan nasi minyak.Sehingga pukul satu terdapat tetamu yang hadir termasuk YB Ramli Tusin.Namun beliau tidak sempat menjamu selera kerana pelbagai juadah telah habis.

Antara intipati ucapan DS Nizar meminta kita semua tidak memilih UMNO untuk mentadbir negara.Di samping itu DS Nizar mengharapkan kita menjadi bulan lain selain bulan Ramadhan untuk mencari ilmu.Dengan ilmu kita akan dapat memilih perkara itu baik atau tidak.

Bagi DS Nizar UMNO bukan parti yang mampu menjaga rakyat lagi.Beliau memberi contoh pelbagai kes yang terdapat di Malaysia kini.

1 comment:

  1. Menuntut ilmu paling utama selain dari hidup kaya raya tetapi dari hasil yang "diragui"

    Bukan sahaja utk mengelak dari ditipu orang luar, bahkan kemungkinan dari provokasi "musuh dalam selimut"

    Telah banyak contoh "anjing yang menggigit orang yang menolong anjing itu dari tersepit..."

    Ramai juga yang terluka kerana karenah "gunting dalam lipatan" kerana kita tidak nampak siapakah orang ini yang sebenarnya sehinggalah diakhirnya mereka terpaksa menonjolkan "fahaman" yang sebenar apabila kepanasan...

    ReplyDelete