Wednesday, November 24, 2010

Utusan Rugi- Ahli UMNO pun tak beli Utusan

Menarik sekali media nombor wahid UMNO rugi.Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut petikan berita, pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.


Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.


Utusan memberi alasan, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.Alasan seperti Pak Pandir?


Utusan perlu bersikap lebih terbuka,berita disiarkan mengikut etika.Jika berita mengampu UMNO ,orang Umno pun tak beli, bukan ahli Umno lagi tak beli.


Lagi satu tak perlu menyiarkan berita sensasi,gambar artis terdedah,menyiar nombor untuk kaki judi dan iklan menjolok mata.


Alahai Utusan yang kini bukan lagi utusan daripada rakyat!

3 comments:

  1. BAGUS SEKALI!! Utusan paper paling hampeh di Malaysia

    ReplyDelete
  2. bila last baca paper utusan?nombor ekor dah lama tiada dalam ruangan utusan..

    ReplyDelete
  3. tapi fitnah masih lagi ada walaupun mungkin judi mcm dah takde...

    surat khabar lain masih ada lagi keputusan nombor judi ekor...

    Eh..., saya memperkatakan surat khabar di Monggol ke atau Tibet.. entah la..

    ReplyDelete