Friday, November 19, 2010

SB dan Nizar:Sama-sama Qurban

Kelihatan seorang SB sedang menelefon seseorang.Mengikut maklumat teman-teman sebaik DS Nizar sampai SB pun mula "berlakon.".Mungkinkah mereka ingin tahu senjata apa yang Nizar guna?
Majlis Qurban sumbangan pembaca Harakah untuk penduduk miskin parlimen Bukit Gantang.DS Nizar diminta untuk menyembelih lembu Qurban mereka. Majlis ini berlangsung di Taman Damai,Simpang.Salah satu tempat gambar SB yang sempat kita rakam


Baru-baru ini kita mengikuti DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang.Prorgram bermula seawal 8 pagi pada 11 Zulhijjah lalu.

DS Nizar diminta untuk menyembelih lembu ibadah Qurban sumbangan pembaca Harakah.Menariknya aktiviti DS Nizar bersama pengundi beliau diikuti pihak SB.

Kita sempat merakam gambar SB dari belakang.Siapa yang mengarah SB berada di majlis yang turut disertai Nizar.?Kita tahu setiap tempat yang Nizar bertemu penduduk terdapat pihak SB.

Tapi apakan daya negara kita negara demokrasi.Mereka menjalankan tugas,kita melaksanakan amanah.

Maaf ,gambar SB dari belakang.Jadi kita hanya memandang dari belakang.

1 comment:

  1. biaq pi, manala tau dok kene 'tarbiah' setiap kali Nizar dok ceramah, terbukak ati depa insya Allah

    ReplyDelete