Sunday, November 7, 2010

Polis Ganggu Ceramah Nizar-Pas Bukit Gantang Kesal.

Ustaz Nordin Jaafar berasa kesal dengan campurtangan polis Taiping yang mengganggu ceramah DS Nizar pada malam tadi.Ceramah yang berlangsung di Pejabat Pas Taman Yayasan,Kamunting Raya cuba digagalkan oleh pegawai polis berpangkat rendah yang tidak memperkenalkan nama dan menunjukkan kad kuasa.

Ceramah di Premis Pas anjuran Pas Kawasan Bukit Gantang yang menampilkan penceramah Ustaz Halim Hassan dan DS Nizar cuba diprovokasi polis.Ustaz Nordin kesal corong pembesar dicabut wayar oleh pihak berkuasa tanpa uniform .

YDP Bukit Gantang itu mengharapkan polis bersikap profesional dan tidak lagi menjadi alat UMNO untuk mengggangu siri penerangan PAS Kawasan Bukit Gantang.

Ustaz Nordin juga kesal sikap tidak profesional pegawai polis yang tidak memperkenalkan diri kepada DS Nizar,Ahli Parlimen Bukit Gantang.

'DS Nizar Ahli Parlimen Kawasan Bukit Gantang berhak untuk menerangkan sesuatu isu kepada rakyat"kata Ustaz Nordin."Penerangan pula di Premis sendiri"tegas ustaz Nordin lagi.

"Pas Bukit Gantang berharap peristiwa mengganggu ceramah penerangan ,dipremis sendiri tidak akan berlaku lagi"tambah Ustaz Nordin. "Polis jangan jadi alat UMNO"minta Ustaz nordin.

No comments:

Post a Comment