Thursday, June 30, 2011

Pegi KL bawa durian dan makanan kita pi berkelah dan' shoping'

Dalam ceramahnya malam tadi ,dalam Parlimen Bukit Gantang,DS Nizar meminta untuk kita pergi ke Kuala Lumpur untuk berkelah dan shoping.

"Tarikh dan masa,semua dah tahu"kata Nizar.

"Kalau boleh bawa durian dan makanan"

"Saya tak ajak tuan-tuan pergi Himpunan bersih ,tetapi pergi berkelah"kata Nizar.

Buat pertama kali ceramah PAS ,diselia pihak polis secara lebih teratur .Semuanya mahu pendengar ceramah mempunyai lesen memandu,cukai jalan yang sah dan tidak mengedar risalah komunis.

Sebelum ceramah ,FRU sudah menanti DS Nizar.

Satu SMS dan panggilan memberitahu polis sudah buat road block di simpang masuk ke tempat Ceramah Bob Lokman DS Nizar pada malam ini di BT 9,Jln Changkat Jering-Trong.

Satu panggilan daripada petugas FRU sudah tunggu di simpang masuk ke tapak ceramah.Dakwa seorang pemanggil 3 trak polis sudah menunggu.

Lalu kita meminta mereka jangan berurusan dengan anggota polis,biarkan YDP atau SU yang berurusan dengan anggota polis itu.

Wednesday, June 29, 2011

Piala Dunia: Biru pun birulah asal Malaysia menang.

KUALA LUMPUR, 29 Jun: “Biru pun birulah, asal Malaysia menang,” tulis Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan melalui Twitter.


Sehubungan tu, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya menewaskan Taiwan 2-1 pada saingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.


“Tahniah Harimau Malaya dari kami anak muda,” tulisnya lagi.


Pasukan bola sepak negara memperolehi gol pertama melalui Safiq Rahim pada minit ke-28 dan gol kedua hasil tandukan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abd. Radzak pada minit ke-55.


Pasukan pelawat pula mendapat gol hasil tendangan kencang Po Liang Chen pada minit ke-77.


Skuad kebangsaan akan menentang Taiwan pada perlawanan kedua di Stadium Municipal, Ahad ini.

Nasihat Tuan Ibrahim Tuan Man ,jangan sampai rakyat benci polis.

































Rumah Ketua Pemuda PAS Kampar digeledah polis cari baju bersih.

Catatan facebook Ustaz Akmal Kamarudin menunjukkan polis sudah fobia dengan baju bersih.Berikut tulisan beliau.
kawan2 call hari ni: pg td banner yg dipasang di rumah telah dirampas oleh sekumpulan anggota polis selama.petang ni banner dipasang di kedai semanggol dirampas oleh polis..mlm td rumah ketua pemuda pas kampar digeledah polis cari baju bersih.nampak bersungguh sgt polis ni jg keselamatan pemimpin umno....sy tau tak semua anggota polis jahat mcm tu..

2 Julai ini,Larian Satu Malaysia, dilarang memakai warna hijau putih dan kuning.

Larian satu Malaysia,satu murid satu sukan semakin menjadi sebuah program kartun. Sebelum itu diminta pihak sekolah tidak membenarkan memakai pakaian berwarna kuning.

Terbaru dikatakan pegawai Muhyiddin Yassin mengarahkan pihak PPD memberi peringatan kepada sekolah jangan membenarkan pelajar mereka memakai seluar trek atau seluar pendek hijau. Hal ini disebabkan baju yang ditaja berwarna putih.Jadi tidak mahu nanti sewaktu larian satu Malaysia ini ,lambang PARTI PAS berada di Padang Esplanade,Taiping.

Rupanya Muhyiddin Yassin takut dengan warna kuning dan hijau putih.Gelombang rakyat sudah membuat Muhyiddin sudah terasa tempias tidak dapat menjadi Perdana Menteri.

Tuesday, June 28, 2011

Apabila rakyat mula bangkit!Mereka sanggup ke Parlimen.

28Jun 2011.,Lobi Parlimen:Badan Bertindak setinggan Keretapi Daerah Larut Matang dengan diketuai oleh Sdr Idris Ismail bersama rombongan yang mewakili 339 penduduk Larut &Matang ,keParlimen untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Hj Nizar untuk meluahkan perasaan mereka yang tidak puashati dengan tindakan-tindakan Kerajaan BN PERAK,Pejabat Tanah Daerah LMS dan Syarikat MMC Gamuda kerana engkar mematuhi perjanjian dan persefahaman yang dibuat pada 26hb September 2008.

Antara lain perjanjian itu:

1.menyediakan Tapak rumah siap dengan prasarana dalam masa 2 tahun..sehingga sekarang tidak selesai.
2.membayar sewa rumah sebanyak rm300 sebulan selama 2 tahun,tetapi disambung pulak setahun lagi dan akan berakhir bulan ini..sedangkan tapak Rumah entah dimana dan seramai 339 penduduk tidak menerima sebarang surat ,yang dah diundi utk memiliki tanah pun tidak tahu dimana tapak mereka.
3.kegagalan kerajaan Perak untuk menyediakan tapak rumah berserta kemudahan dengan peruntukkan sebanyak rm8juta yang dikatakan telah digunakan untuk penyediaan itu,dan dimana untuk apa wang tersebut digunakan..?jangka masa sebelum bulan Jun 2011..tetapi yang seramai 339 penduduk entah apa yang diterima mereka..?


Salinan Memo diserahkan Sdr Idris kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang ,YB Hj Nizar.Turut hadir YB Ngeh Koo Ham,YB Nga Kor Meng.



Sdr Idris diiringi YB Nizar menyerahkan Memorandum kepada Pegawai Khas Menteri Pengangkutan diPejabat Kementerian Pengankutan.
sumber foto dan berita:Blog BIJAN

Kos lawatan Najib, Rosmah RM17 juta

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).


Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.


Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.

Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.


Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).

Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.


Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.

RM49 juta biaya rumah PM, TPM

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.


Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.


Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).


Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.


Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.


Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.


"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.


Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.


"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.


Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).


Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.


Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.


Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.


"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.


Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.


"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.


"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.


"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.


"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.

Monday, June 27, 2011

Himpunan Bersih :YDP Pas Bukit Gantang dipanggil polis.

Satu sumber boleh dipercayai memberitahu Ketua Polis Daerah Taiping memanggil YDP PAS Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar .


Dikatakan satu sumber lain pertemuan itu diminta oleh Ketua Polis Daerah Taiping pada pukul 3 petang ini.


Dakwa sumber lain satu SMS dihantar pihak SB kepada YDP dan Setiausaha Kawasan meminta YDP Pas Ustaz Nordin Jaafar datang ke Balai Polis Taiping.


Seorang ahli UMNO mendakwa pihak polis memanggil YDP Pas itu kerana ingin memastikan tiada satu baner atau poster PAS di kawasan yang akan dilalui TPM Muhyiddin Yassin pada 2 Julai ini.

Malam ini munajat rakyat di Markaz PAS Bukit Gantang.

Pada malam ini 28 Julai dijemput hadir beramai-ramai untuk bermunajat .Program bermula pada pukul 8.00 malam.Program solat hajat dan zikir bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Bukit Gantang,Bukit Chempedak.

Kemuncaknya ceramah YBg Ustaz Nasrudin Tantawi. dan Ustaz Zawawi Hassan,Ketua Pemuda Perak pada 9.30 malam.


Filem Rasuk atasi kutipan tiket KL Gangster.

Kini fenomena filem Bersih menghantui rakyat Malaysia.Ambiga ,A.Samad Said,YB Dr Jeyakumar menjadi watak yang paling ditakuti.

Menjelang 9 Julai ini terdapat langkah -langkah pesaing-pesaing atau pihak lawan cuba menggunakan pelbagai saluran untuk menghalang kebangkitan rakyat .

Kemuncaknya dikatakan menggunakan DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk menghalang "filem" BERSIH 2.0 daripada ditayang pada 9 Julai ini.

Pra-Bersih juga sudah membuat pihak pesaing tidak senang duduk kerana warna BERSIH 2.0 sudah sebati dengan rakyat.

sumber foto:facebook Abah Anas.

Nasrudin Tantawi gempur Bukit Gantang sebelum Muhyiddin Yassin.

Sebelum Timbalan Presiden UMNO ,Muhyiddin Yassin menggempur Bukit Gantang pada 2 Julai ini,Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasrudin Tantawi menggempur pemikiran perkauman UMNO.

Ustaz Nasrudin Tantawi dijangka menyampaikan pandangan beliau pada 28 Jun ini.Siri penerangan beliau berlangsung esok di Markaz Tarbiyyah Kawasan Bukit Gantang,Bukit Chempedak,Jalan Bukit Gantang.

Sunday, June 26, 2011

Notis Polis "Arahan Menghadiri Penyiasatan "kepada DS Nizar.


Surat Notis Polis kepada DS Nizar. Notis ini berdasarkan satu ucapan DS Nizar di Dewan Sg Merab,Sepang,Selangor.

Nizar terima notis Arahan Menghadiri Penyiasatan IPD Sepang.

DS Nizar telah menerima notis Arahan Menghadiri Penyiasatan di Bawah Seksyen III ,Kanun Acara Jenayah ( CAP.6).

Notis itu berbunyi Kepada Dato Seri Nizar bin Jamaluddin .Ambil ingatan bahawa anda dikehendaki menghadirkan diri anda di dalam Penyiasatan Polis mengenai Ceramah di Dewan Sg Merab,Sepang di IPP Sepang pada jam 11.00 pagi hari 26.6.2011.

Nombor report DABB 1885/2011 bertarikh 23.6.2011 .

Setakat berita ini ditulis kita tidak tahu sama ada DS Nizar pergi IPD Sepang atau tidak.Kes yang DS Nizar diminta untuk beri kerjasama pun kita tidak tahu.

InsyaAllah ,maklumat lanjut akan kita beritahu kemudian.



Nordin Mahmud selar Timbalan Menteri Pelajaran.

Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud menyelar Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengugut untuk menggantung tugas dan gaji guru yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.“Penglibatan guru dalam himpunan itu, wajar dan haknya sebagaimana individu lain yang dijamin dalam Perlembagaan. Guru perlu turut sama bagi memeriahkan lagi sistem demokrasi negara,” katanya.

“Dakwaan himpunan itu menimbulkan kekacauan hanya ramalan kerana ia berlaku jika penentang Bersih dari kumpulan tertentu menimbulkan huru-hara,” katanya yang menyifatkan kenyataan Puad itu bakal merudumkan lagi indeks demokrasi negara.


Nordin berkata, kenyataan Puad tidak profesional kerana perjuangan Bersih wajar dan tepat pada masanya.


“Kita sedia maklum, institusi pendidikan negara adalah antara tapak pengembangan sistem demokrasi melalui pendidikan di peringkat rendah. Pastinya, murid dididik oleh guru.


“Dua komponen ini penting ke arah pemahaman sistem demokrasi negara,” katanya.


“Bersih sejak beberapa tahun lalu, sudah melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkaitan. Malangnya, ia ditolak. Maka, wajar mereka mengadakan himpunan aman,” katanya.

Pas Gempur Bukit Gantang:Tiga ceramah dalam seminggu

PAS Bukit Gantang melalui jenteranya dan cawangan dalam tempoh seminggu ini akan menggempur Unit Peti Undi Melayu di Kg Cheh dan Unit Peti Undi Bendang Siam.

Ceramah dan munajat rakyat bermula dengan 28 Jun ini di Pusat Tarbiyyah Pas Bukit Gantang,Bukit Chempedak.

Program dijangka berlangsung bermula pukul 8.00 malam untuk munajat .Pada pukul 9.30 malam satu ceramah Ybhg Ustaz Nasaruddin Tantawi,Ketua Pemuda Pas Malaysia dan Ustaz Zawai Hasan,Ketua Pemuda Pas Perak dan YDP Ustaz Nordin Jaafar.

Sementara itu satu Ceramah Umum bersama DS Nizar dan BOB LOKMAN akan berlangsung pada 30 Jun di Kg Kepala Bukit,Jln CHangkat Ibol- Trong.

Kemuncaknya Ceramah Umum pada 4 Julai ini,hari Isnin .Penceramahnya Tuan Haji Mohamad Sabu,YAB Lim Guan Eng ,DS Nizar bersama pimpinan lain seperti Ustaz Abu Bakar Husein,Pesuruhjaya PAS Perak.

Ceramah bertempat di Dataran PAS ,BT 9 Jalan Changkat Jering-Trong.Sehubungan dengan itu mereka yang berjiran dengan Parlimen Bukit Gantang dijemput hadir.

Friday, June 24, 2011

Dato' T:Tuan Allah akan balas sama mereka,kata penjual suratkhabar.

'Itu tuan Allah akan balas sama mereka"kata aya paper."Itu jahat punya orang"kata aya lagi.'Ini semua UMNO punya orang"kata ayah itu lagi.

''Itu Rajim,itu semua orang tau" "Jahat punya orang" kata aya paper.

''Ini jam undi punya,kita kasi itu BN kalah'kata aya paper.

"PRU 13, Pakatan Rakyat , ini Putrajaya kita mau angkat"kata aya paper penuh semangat. Dahulu aya paper ini penyokong MIC tegar.Kini aya paper sudah sama Pakatan Rakyat.Kali ini dia berjanji untuk undi YB Nga Kor Meng,dekat parlimen Taiping.

Thursday, June 23, 2011

Bersih dan anarki :-pandangan silap Prof Zainal Kling.

KUALA LUMPUR, 24 Julai: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, adalah pelik dan macam mana seorang ahli akademik seperti Prof Datuk Dr Zainal Kling mengatakan pembangkang suka kepada anarki iaitu supaya suasana tidak tenteram dan tidak mengikut undang-undang.


“Beliau memberi komen himpunan Bersih 2.0, andaiannya boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram,” katanya.


Sebagai ahli akademik, tambah belau sepatutnya sebelum memberi pandangan biarlah mencari fakta yang adil, kemudian baru membuat rumusan.


“Macam mana beliau sebagai ahli akademik yang sering berpesan kepada mahasiswa ketika menjalankan penyelidikan perlu membaca semua bahan, kemudian baru membuat rumusan.


“Tiba-tiba beliau sendiri tidak mengikut disiplin akademik yang membuat tuduhan secara membuta tuli kepada pembangkang,” ujarnya.


Sehubungan tu, belau mempersoalkan kenapa Zainal tidak mengkaji himpunan Bersih pada 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang yang berjalan di dalam keadaan aman malahan sebiji pasu bunga tidak dipecahkan.


Baginya, janganlah kerana Zanal menjadi penyokong tegar Umno sehingga melekat di dalam fikirannya selain daripada Umno tidak mampu untuk membawa kemakmuran negara.


“Biarlah fikiran sebegini hanya ada kepada mereka yang buta maklumat, bukan mereka yang berada di gedung ilmu,” katanya lagi.


Beliau tidak menafikan kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah sempurna, tetap jika hendak dibandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah hampir 54 tahun, sudah tentu kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik yang terbukti dan teruji.


Katanya, Zainal memang terkenal sebagai penyokong tegar Umno, sewaktu di universiti Malaya lagi.


Idris menambah, fikrah Zainal sama seperti Dr Antory Husin, Dr Ramlah Adam, Dr Kamarudin Kachar, Dr Ibrahim Abu Shah, Dr Mustafa Ishak.


“Mereka ini ahli akademik yang memberi pandangan politik yang memalukan, kerana masyarakat melihat pandangan yang tidak layak keluar daripada mereka yang berada di menara gading.


“Kalau hendak mengampu biarlah kena caranya, bukan memberi pandangan yang emosi dan tidak berisi,” katanya

SPR perkakas UMNO-Anwar


KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja gagal mempamerkan kredibiliti sebagai agensi berkecuali malah dilihat semakin cenderung menjadi perkakas kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ini kerana menurut beliau cadangan yang diajukan Pakatan Rakyat bagi merombak beberapa polisi dalam pilihan raya ditolak sepenuhnya dengan alasan luar bidang kuasa agensi itu.


Justeru Anwar mengulangi pendirian bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai nanti sebagai insiatif badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpuan secara aman.


Katanya program itu memberi ruang kepada rakyat untuk menyedari bahawasanya perubahan perlu dilakukan dalam sistem pilihan raya sepertimana yang berlaku pada

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.


"Kempen negeri Sarawak, SPR diam walaupun diakui kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM1.18 bilion daripada kerajaan Persekutuan. Katakan, setengah bilion kerajaan negeri dan setengah bilion kerajaan BN.


"Mana SPR, mana kebebasan media, mana laporan penipuan dari segi pendaftaran pengundi yang pernah kita bangkitkan dahulu melalui memorandum yang dibangkitkan oleh PR dan Bersih?" soal beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.


Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 yang diketuai oleh bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevesan termasuk gabungan beberapa buah NGO seluruh negara.tvs

Himpunan Bantah Utusan 24 Jun Di Masjid Negeri,Ipoh.

Pada hari ini terdapat himpunan membantah akhbar Utusan Malaysia yang menghina syariat Islam.

Setelah Dewan Pemuda Pas meminta syarikat itu memohon maaf,tetapi mereka tetap berdegil.

Jadi sebagai tanda keprihatinan satu Himpunan Membantah Utusan Malaysia menghina syariat Islam akan berlangsung di Masjid Sultan Idris(Masjid Negeri),Ipoh.

Pencinta Islam diminta hadir di perkarangan Masjid Negeri selepas solat Jumaat hari ini 24 Jun.

Pas Bukit Gantang kerah ahli penyokong ke himpunan Bersih 2.0

PAS Kawasan Bukit Gantang meminta semua ahli dan penyokongnya ke himpunan Bersih pada 9 Julai ini.


Sehubungan dengan itu dianggarkan 2000 orang ahli Pas Bukit Gantang akan menyertai himpunan itu.


Ahli Pas itu akan pergi secara bersendirian atau berkumpulan.Mereka boleh berkumpul di tiga tampat yang telah ditetapkan.


Arahan Presiden ,TG Hj Hadi supaya ahli Pas turut serta disambut baik.

Wednesday, June 22, 2011

601119732179 milik siapakah nombor ini yang didakwa mahu membunuh.


Milik siapakan nombor ini yang berani membuat ugutan bunuh ke atas pengerusi Bersih ,Ambiga dan teman-teman pimpinan bersih 2.0.

Ambiga dikatakan akan membuat laporan polis.

Bagi kita orang Islam sebelum bergerak pada 9 Julai sudah mula berniat menghadiri perhimpunan kerana Alllah S.W.T.

Kita hadir bukan untuk suka-suka tetapi untuk keamanan dan kesejateraan rakyat.

Pelancaran Gelombang ke 2"Orang Mude Geng Kite"

Hukum Qazaf:Wang zakat RM 31,150 bayar untuk peguam.




KUALA
LUMPUR 22 JUN: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengecam tindakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Che Mat Che Ali kerana menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir ditandatangani sendiri oleh beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April 2010.

Malah dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.

"Di sini saya melihat tiga perkara iaitu pertama urustadbir. Beliau pengarah dan beliau juga setiausaha yang meluluskan sendiri. Kedua, penerima wang zakat adalah jelas iaitu orang miskin dan ketiga dari aspek politik yang mana pemegang amanah menguruskan wang zakat," ujar Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di lobi parlimen sebentar tadi.

Bayaran kepada syarikat guaman itu merujuk kepada pengendalian kes Mahkamah Tinggi Syariah dan Wilayah Persekutuan antara Datuk Seri Anwar Ibraim melawan Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes tuntutan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Adzlan.

Sehubungan dengan itu, Saifuddin berkata akan menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengemukakan aduan mengenai perkara tersebut.

Anwar memfailkan saman itu berikutan ketiga- tiganya dilihat melengah- lengahkan tuntutan Qazaf yang difailkannya.
Beliau terkejut apabila diberitahu bahawa ketua pendakwa syarie memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan Qazaf.

Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden- responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang- undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.tvs

Bukan Kejutan 'Datuk T' Terlepas - DSAI

KUALA LUMPUR 22 JUN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.


Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.


 Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.


Anwar turut mendakwa rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan dirinya menimbulkan banyak persoalan apabila pihak berkuasa dilihat melengah- lengahkan dan sentiasa berdolak dalih ketika disoal pemberita.

 Tindak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan keatas 'Datuk T' juga menggambarkan trio itu dilindungi meskipun mereka mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah itu kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.


“Kes yang jelas begini tertangguh berbulan-bulan memang menimbulkan banyak persoalan,” katanya kepada wartawan dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Jelasnya, tindakan polis yang berdiam diri walaupun berpuluh- puluh laporan polis dibuat bersabit pengedaran video lucah itu, turut memberi gambaran kegiatan itu mendapat sokongan dan kerjasama pihak berkuasa.

“Ia berlarutan lama dan ia (video seks) masih diedarkan, digalakkan oleh kerajaan, dibantu oleh polis dan Menteri Dalam Negeri.


“Adalah mustahil bagi bahan pornografi ditayangkan dan diedarkan dengan bilangan ratusan dan ribuan jika tidak dilindungi oleh sesuatu kuasa yang ada,” katanya.


 Beliau berkata, pendakwaan yang akan dibuat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes itu juga boleh dipersoalkan kerana Peguam Negara sendiri mempunyai rekod yang meragukan.


Malah, katanya, 'Datuk T' juga sebelum ini diketahui umum dibayangi dan dihantui isu moral yang buruk dan keji.tvs

Tuesday, June 21, 2011

Nantikan Mat Sabu di Bukit Gantang 4 Julai ini.

Hj Mohamad Sabu Timbalan Presiden Pas akan datang ke Bukit Gantang pada 4 Julai ini.Beliau dijadualkan akan berceramah di kawasan Bukit Gantang pada malamnya.


Pihak PAS Kawasan Bukit Gantang dikhabarkan sudah membuat persiapan rapi untuk menyambut Timbalan Presiden Pas itu.


Menurut satu sumber Ceramah Umum itu turut disertai Sdr Lim Guan Eng,Dr Mohd Nor Manuaty dan DS Nizar.


Sukan Sukma Perak tercorot- Exco Sukan Zainol Padzi patut letak jawatan.


“Apa sudah terjadi kepada Sukan Negeri Perak?”

Ekoran daripada pencapaian kosong pingat emas oleh kontinjen Negeri Perak sekaligus menduduki tangga terakhir sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-14 yang baru berakhir baru-baru ini, Pakatan Rakyat hari ini meminta kerajaan Negeri membuat rombakan semula terhadap Majlis Sukan Negeri dan mendesak EXCO Sukan Dato Zainul Padzi Paharuddin (Sungai Manik) meletak jawatan dengan segera.

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) tersebut telah gagal menjalankan tugas dengan baik dan tidak melaksanakan tanggungjawab beliau dengan memuaskan sehingga kedudukan sukan Negeri menjunam ke tempat teakhir.

Setiausaha Negeri DAP yang juga merangkap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata, pencapaian negeri kali ini adalah paling teruk sejak SUKMA mula dianjurkan. Kontinjen Negeri yang pulang dengan tangan kosong bukan sahaja menyedihkan malahan ia menjejaskan imej Negeri yang kian merosot sejak rampasan kuasa oleh BN pada tahun 2009.

Nga Kor Ming berkata, jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan setiap tahun untuk bidang sukan dalam negeri ini tetapi hasil pencapaiannya sama sekali tidak boleh dibanggakan. Beliau meminta Menteri Besar Perak, Dato Zambry Abdul Kadir memberikan penjelasan penuh kepada rakyat Negeri tentang kegagalan kontinjen negeri kali ini. “Jika Ahli Exco tidak berdaya, adalah baik kerajaan tukar mereka yang lebih layak demi kebaikan untuk rakyat”, kata Nga.

YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar pula menegaskan selama ini pihak rakyat tidak pernah menjangka prestasi sukan negeri boleh merosot begitu teruk.Hal ini sehingga Perak boleh kalah kepada negeri-negeri lain termasuk Perlis, Kelantan dan menduduki tangga terakhir pada temasya sukan terbesar tanahair ini.

Dalam pada itu Ustaz Nordin Jaafar menerangkan Perak pernah menjadi Juara Piala Malaysia, Juara Piala Agong untuk sukan Bola Keranjang serta pernah menghasilkan atlit yang memenangi Piala Thomas untuk sukan Badminton tetapi kini prestasi pasukan negeri kian merosot dan ini mencerminkan tahap pengurusan dan pimpinan kerajaan Negeri.

Pada Sukan Malaysia yang baru-baru ini berakhir di Kuala Lumpur, Negeri Terengganu muncul Johan Keseluruhan buat kali ketiga berturut-turut dengan pungutan 30 pingat emas tetapi Perak pulang dengan tangan kosong dengan tempat terakhir.

Muhyiddin Yassin baru nak perinci,lembab betul Menteri Pelajaran.

Skim perkhidmatan untuk para guru baru peringkat makmal.Cakap-cakap berdegar-degar dari luar negara, itu ini untuk cikgu.Rupanya baru nak studi dan kaji. Pakatan Rakyat perintah PUTRAJAYA dalam tempoh seratus hari sudah dapat RM500.00 sebulan. Low class punya menteri!



PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran sedang memperincikan skim tawaran baru dan bayaran insentif seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan bulan lepas.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu susulan rungutan daripada guru lepas diploma dan beberapa kesatuan yang tidak berpuas hati dengan tawaran itu.


"Kita dalam proses makmal untuk membincangkan secara terperinci, perkara itu bukan sahaja soal pengetua tetapi perjawatan perguruan secara keseluruhan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-50 di Subang Jaya di sini, Selasa.


Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata perkara itu telah dibawa kepada mesyuarat Kabinet dan akan diputuskan selepas mendapat persetujuan dari Perdana Menteri dalam tempoh beberapa minggu.


Sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 di Kuching pada 17 Mei lalu, Najib dalam perutusan beliau dalam rakaman video, mengumumkan bayaran insentif tawaran baru dan bayaran insentif sekolah berprestasi tinggi kepada pengetua, guru besar serta warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi kecemerlangan di sekolah masing-masing. Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan tahunan berjumlah RM200,000 kepada Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) yang banyak memberi sumbangan kepada sektor pendidikan negara walaupun tidak pernah menerima dana khusus selepas 50 tahun ditubuhkan.


Dalam pada itu, katanya, institusi pendidikan khususnya sekolah sudah tiba masanya mempunyai elemen organisasi berkeupayaan agar dapat melonjakkan kecemerlangan mengoptimumkan segala sumber yang dimilikinya tanpa terlalu bergantung harap pada mana-mana pihak.


Beliau berkata proses melengkapkan dan memperbaiki potensi dan kemenjadian murid sepatutnya dilakukan sepanjang masa di sekolah di mana aspek pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnya menjadi tugas utama bagi setiap pimpinan sekolah.

Katanya, setiap pengetua harus memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menyediakan dan memastikan kualiti pendidikan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan kehendak sebenar masyarakat.


Muhyiddin berkata kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada kemampuan pemimpin dari dua aspek iaitu pentadbiran dan pengurusan serta kepimpinan pengajaran.


"Dalam konteks ini, aspek terpenting yang perlu dimainkan oleh pengetua adalah aspek kepimpinan pengajaran terutama dalam mencorakkan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran," katanya.


Di bawah aspek pentadbiran dan pengurusan pula, katanya, penglibatan guru-guru dan kakitangan dalam semua aktiviti hendaklah diberi perhatian dan pengetua menyalurkan maklumat yang terkini, menerima pandangan secara terbuka selain menghargai sumbangan guru dan kakitangannya.


Beliau berkata pengetua sewajarnya perlu berubah daripada "routine manager" kepada "leader manager" supaya keberkesanan tadbir urus sekolah dapat terus dipertingkatkan.


Mengenai persidangan tahunan anjuran MPSM, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Jabatan Pelajaran Selangor, katanya ia boleh dijadikan platform untuk berbincang dan melakukan penilaian kritikal yang bersesuaian dengan transformasi pendidikan yang memenuhi kehendak masyarakat. - BERNAMA

Mat Sabu cuba dihalang lancar Bersih 2.0 peringkat Perak.

Mat Sabu,Timbalan Presiden Pas dikhabarkan tidak dibenarkan untuk melancarkan Bersih 2.0 pada 4 Julai ini di Perak.

Terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk mengagalkan program pelancaran peringkat Negeri Perak pada 4 Julai ini.

Satu sumber yang boleh dipercayai mendakwa pihak polis Taiping telah diarahkan untuk menghalang pelancaran Bersih 2.0 .

Sebelum ini pelancaran Bersih peringkat Perak dikatakan bertempat di Kamunting,Taiping tetapi terdapat masalah di luar jangkaan.

Di samping itu Dataran Tok Guru yang terkenal semasa PRK 2009 dulu ingin dijadikan venue Bersih 2.0. tetapi juga gagal kerana masalah teknikal.Difahamkan tuan punya tanah meletakkan sewa yang terlalu tinggi tidak seperti Prk Bukit Gantang 2009.

Menurut satu sumber pelancaran bersih peringkat Perak pada 4 Julai ini tetap diteruskan tetapi menggunakan premis sendiri.Yang pasti Mat Sabu tetap datang ke Perak.

Monday, June 20, 2011

Larian 1 Malaysia -Muhyiddin Yassin gempur Perak Utara

Pada 2 Julai ini Muhyiddin Yassin akan menggempur Perak Utara. Bermula larian satu Malaysia di Bandar Taiping. Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran berjaya memaksa pelajar dan guru hadir pada 2 Julai nanti.Sabtu minggu pertama digunakan untuk kempen politik BN.


Kemudian beliau dikatakan bertemu penduduk Bukit Gantang pada sebelah petang.Beliau juga dikatakan akan bertemu jentera parti BN peringkat Perak Utara.


Dengan memaksa 15 ribu pelajar untuk hadir beramai-ramai pada pagi 2 Julai ini.Kemudian dengan menjadi Sabtu minggu pertama itu hari persekolahan ,Muhyiddin berjaya untuk bertemu para guru.Muhyiddin menjadikan program melancarkan Larian 1 Malaysian sebagai platfom untuk mencari pengaruh.


Perak Utara penting untuk BN bagi mengekalkan kuasa mereka.Jika sambutan kepada Muhyiddin tidak sehebat seperti diharapkan,BN pasti tiada harapan di Perak pada PRU 13 ini.

Kuasai Misi Bantuan Gaza : Umno Cuba Bersihkan Imej Dikaitkan Dengan Apco

KUALA LUMPUR : Tindakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menggagalkan slot ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Majlis Pelancaran Flotila ke Gaza (Lifeline4Gaza) dan menggunakan sepenuhnya ruang itu bersama-sama NGO pro-Umno , diselar ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.



Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu sepatutnya menyampaikan pidato pada acara itu semalam namun 12 jam sebelum majlis itu berlangsung, beliau diberitahu ucapan beliau dan beberapa NGO pro-pembangkang telah diketepikan bagi memberi laluan kepada Perdana Menteri yang mempunyai jadual padat.


Mat Sabu yang dipetik portal The Malaysian Insider melahirkan rasa terkilan beliau kerana program itu seolah-olah menjadi milik Umno bersama Aman Malaysia keseluruhannya.



Mengulas isu itu, menurut Khalid, jelas sekali tindakan Umno menguasai majlis itu semalam adalah untuk membersihkan imej Perdana Menteri dan Umno yang terpalit dengan syarikat perunding Yahudi, Apco Worldwide.



“Saya nak mendedahkan pandangan saya dalam kes ini, Umno yang dipalit dengan Apco kini sedang membersihkan namanya. Mereka nak tonjolkan diri mereka sebagai pihak yang kononnya membela Palestin kerana satu Malaysia sudah tahu mereka melantik penasihat daripada Yahudi Zionis,” katanya.



Lifeline4Gaza adalah pasukan yang akan menyertai International Freedom Flotilla II ke Gaza yang bakal disertai oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO), wakil kerajaan dan Pakatan Rakyat.


Majlis pelancarannya diadakan semalam di Stadium Badminton Cheras semalam.


Sementara itu, Khalid turut menafikan bahawa beliau lemah semangat untuk menyertai misi keselamatan membantu rakyat Palestin setelah mendapati Umno memonopoli program tersebut.


Beliau juga mengatakan bahawa pengguguran Mat Sabu daripada menyampaikan pidato pada program itu juga tidak memberi kesan kepada sebarang keputusannya untuk menyertai misi kemanusiaan itu.



“Kita tidak lemah semangat. Apa yang saya nyatakan, saya kecewa dengan sikap Umno Barisan Nasional yang seolah-olah merampas kuasa dari Lifeline4Gaza.



“Malam sebelumnya, Setiausaha Datuk Najib kata beliau tidak akan berucap kalau Mat Sabu berucap, Aman Malaysia akan menarik diri, Kerajaan juga akan menarik balik bantuan kepada Lifeline4Gaza. Maka saya kecewa dengan sikap Umno yang ingin mengambil kesempatan demi kepentingan politik mereka sedangkan program ini merupakan anjuran NGO.



“Ini merupakan program penganjur dan sepatutnya kita hormat, bukannya memberikan ugutaan. Ini menunjukkan perkiraan politik tetap menjadi perkara pertama,” katanya.



Khalid menambah, dalam hal ini apa yang menjadi keutamaan ialah keikhlasan dan sebarang niat yang tidak baik akan merosakkan misi secara keseluruhan.



Malah beliau menyifatkan tindakan pengguguran beberapa NGO tanpa pengetahuan mereka sebelum ini seperti Aman Palestin dan Cakna Palestin yang kemudiannya digantikan dengan beberapa NGO pro-Umno adalah satu tindakan yang biadap dan tidak menghormati penganjur.tvs.

Maharaja Lawak milik Nabil.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNrww4P-wh0J2GKxdTcEOBxnH5tCbeWezprIGRAekZmxAR37CnfDb-0A5NonlaMIRBOq2qzzalVo9_orNSXNi6pU2opJN1eyci0jw-ohgDp-JlrSff6Rjin-e-CaSm9EOgXau50gKkjxE/s1600/Nabil+Raja+Lawak.jpg

Nabil layak menjadi maharaja lawak pada 24 Jun ini. Mana mungkin Maharaja milik terlalu ramai orang.

Jozan berdua,Sepah bertiga dan Jambu berdua.Mereka tidak layak menjadi maharaja lawak.Hanya Nabil seorang yang layak. Mahkota Maharaja Lawak terdapat satu sahaja.

Jadi Nabil yang berotak geliga dan seorang lebih terserlah untuk menjadi Maharaja Lawak.

Namun begitu hanya Mahathir sahaja yang betul-betul maharaja politik kerana memerintah Malaysia selama 22 tahun. Nabil perlu diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat ,agar selepas bergelar Maharaja Lawak ,Nabil terus menyokong rakyat.

Sunday, June 19, 2011

Team pilihanraya memimpin PAS Perak.

Pas Perak kini mempunyai pasukan mantap untuk menghadapi PRU 13. Dengan saf pimpinan ini insyaAllah Pas Perak dapat memimpin masyarakat Perak untuk menggantikan UMNO pada PRU 13.

Pesuruhjaya PAS Perak: Ustaz Abu Bakar Husin
Timbalan Pesuruhjaya 1.:DS Nizar Jamaluddin
Timbalan Pesuruhjaya 2: Ustaz Misbahul Munir Masduki
Timbalan Pesuruhjaya 3: Hj Razman Zakaria.
Setiausaha: Dr Muhaimin Sulam
Ketua Penerangan:Ustaz Nuri

Sementara itu dua orang pemimpin PAS Kawasan Bukit Gantang dipilih sebagai jawatankuasa ,iaitu Ustaz Sidek Nor ,Ketua Urusan Ulamak Pas Bukit Gantang dan Sdr Khairul Ismail,Pengarah JPRK Bukit Gantang.

Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku-Ustaz Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: Sebenarnya tidak ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak kerana ia adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan.


“Biarlah pihak yang membantah perhimpunan Bersih membuat bantahan,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Beliau mengulas laporan akhbar perdana hari ini mengenai beberapa perarakan membantah perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh ‘baby Umno’ Perkasa di Kota Bharu dan Alor Setar.


Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2,500 orang ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).


Tindakan yang sama dibuat oleh Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader di Kuala Lumpur.

Di Alor Setar, kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih.


Himpunan dibuat sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.


“Persoalannya kenapa himpunan aman Bersih pada 9 Julai ini, belum buat sudah diugut untuk ditangkap. Manakala perhimpunan menentang Bersih tidak diapa-apakan.


“Apakah di negara ini sudah ada dua undang-undang?” soal Idris.

Katanya, jika himpunan dibuat oleh pihak sokong Umno ia kebal daripada sebarang tindakan.


Sebaliknya, kata beliau jika pihak Pakatan Rakyat, belum himpunan dibuat sudah hendak ditangkap, seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar kepada penganjur Bersih.


“Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku,” ujarnya.sumber harakah daily.net

Mat Sabu digeruni Najib.-tak dibenar bercakap sepentas.

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa program Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia cuba dimonopoli oleh Umno BN termasuk NGO milik mereka, Aman Malaysia.



Beliau berkata, perkara ini jelas terbukti apabila nama beliau digugurkan sebagai salah seorang pemidato di saat-saat akhir sedangkan pada awalnya beliau sudah diingatkan agar bercakap soal Palestin tanpa menyentuh isu politik.



"Saya telah mendapat restu daripada PAS untuk hadir program malam tadi kerana program isu Gaza ini isu bersama.

"Saya mestilah sangat gembira dapat duduk satu pentas dengan Perdana Menteri.



"Tapi apabila nama saya digugurkan daripada berucap, saya rasa kesallah sedangkan mereka kata isu ini isu bersama," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.



Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan sebab ketidakhadiran beliau ke program yang diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Bagaimanapun, seorang lagi pemidato Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hadir walaupun slot pidato dibatalkan.


"Ini bukan soal kecewa tidak dapat berucap tapi saya tak pergi langsung malam tadi sebab nampak Umno macam nak ambil alih program tersebut," katanya.



Mohamad pada mulanya diminta menyampaikan pidato menyentuh isu Palestin selama 20 minit yang kemudiaanya dipendekkan kepada 10 minit dan akhirnya dimaklumkan pembatalan slot pidato jam 10 pagi semalam.


Misi kemanusiaan International Freedom Flotilla ll ke Gaza akan berlepas ke sana pada 26 Jun ini dan PAS akan diwakili oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad.



Khalid bagaimanapun ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu beliau sedang mempertimbang samaada akan turut serta atau tidak.


Ini kerana beliau turut sependapat dengan Mohamad bahawa Umno BN ingin menjadikan misi tersebut program mereka sendiri.
sumber harakah.

Saturday, June 18, 2011

Najib akan pulau majlis jika Mat Sabu berucap.

Kita diberitahu YB Khalid Samad,Tuan Haji Mohamad Sabu tidak dibenarkan berucap pada malam ini.


YB Khalid Samad juga memberitahu jika Mat Sabu menyampaikan ucapan DS Najib tidak akan hadir.


"Najib akan boikot,jika Mat Sabu dibenarkan berucap"kata YB Khalid sewaktu minum petang.


KUALA LUMPUR, 18 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.


Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam.

"Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya.


Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini.


Terdapat tiga lagi ucapan selain dari beliau yang mewakili Pakatan Rakyat, Pengerusi LL4G, Noorazman, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Najib.sumber harakah daily.net.

Friday, June 17, 2011

Pilihanraya Umum pada hari lahir Najib 23 Julai- YB Khalid Samad

Peserta Kupasan Negara berkebajikan.
YB Khalid Samad sedang mengulas tarikh piliharaya 13.

18 Jun,Changkat Jering:- YB Khalid Samad membuat andaian atau ramalan berdasarkan suasana menyatakan penamaan calon PRU 13 pada 9 Julai ini dan pengundian berlangsung pada 23 Julai.

YB Khalid juga menjelaskan BN tidak mahu perhimpunan Bersih diadakan,jadi bagi YB Khalid Samad,9 Julai sesuai untuk penamaan calon.

Beliau mengulas apabila terdapat pertanyaan peserta kupasan isu Negara Berkebajikan anjuran Pas Kawasan Bukit Gantang , bila tarikh pilihanraya umum akan datang.

Menurut YB Khalid dengan Najib yang percaya kepada bomoh dan fengshui ,tarikh hari lahir Najib pada 23 Julai ini dianggap masa yang bersesuai."Najib percaya tarikh 23 Julai" kata YB Khalid Samad.

Bagi YB Khalid ,suasana sekarang tidak mungkin BN mengadakan pilihanraya lewat.Dalam pada itu jika ramalan itu tidak tepat,hal ini merupakan peluang penting untuk PAS lebih bersedia menghadapi pilihanraya.

Thursday, June 16, 2011

Dasyat mohon bajet RM13 bilion ini baru bulan Jun .-Nizar

DS Nizar membidas kerajaan BN yang dikata hebat mengurus kewangan negara,tetapi kini pohon perbelanjaan mengurus tambahan pertama,2011 sejumlah RM13,186,713,000,ini baru bulan Jun! Bagi beliau ini satu perkembangan yang dahsyat!


Nampak benar Kerajaan BN gagal untuk mengadakan bajet yang cukup dan berkebajikan. Bajet diminta sekadar untuk memenuhi kehendak kroni dan memenuhi agenda PRU 13.


Justeru itu bagi PAS Bukit Gantang ,BN sewajarnya ditolak rakyat pada PRU 13 ini.Ayuh rakyat kita buktikan dengan pergi ke Himpunan Bersih pada 9 Julai ini.

Baner dan poster ceramah YB Khalid Samad dibuang.

Baner ceramah dan poster Ceramah Pas Ganti UMNO bersama YB Khalid Samad,Ahli Parlimen Shah Alam telah dibuang oleh pihak yang tidak bertangungjawab.

Pihak UMNO berasa bahangnya.Kehadiran YB Khalid Samad sememangnya ditunggu penduduk Bukit Gantang.

Apabila baner ceramah dan poster ceramah dibuang,ini petanda UMNO sudah mula takut rakyat mengetahui perkara sebenar.

30 ribu pemuda Perak bersedia untuk Bersih 2.0

IPOH, 16 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.


Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu akan bersama-sama untuk turun di dalam himpunan tersebut dan menyeru kepada rakyat Negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih menteri besar yang sah supaya dapat turut bersama.


“Kami tegaskan bahawa apa yang akan dilakukan ini adalah satu jihad menegakkan keadilan dan kami ingin pastikan satu cara yang akan merubah sistem pilihan raya yang benar-benar bersih tanpa penyelewangan,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau mengulangi bahawa himpunan itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya pilihan raya perlu bersih bagi memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya yang akan datang kerana telah banyak menyusahkan dan menipu rakyat selama ini.


“Kita hanya menuntut pihak Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia agar melaksanakan tuntutan penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.


Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan,” katanya.


Selain itu, ujarnya semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio.


Tambahnya, iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih sementara media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.


“Kami tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti tetapi


kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.


“Kami bersama badan bukan kerajaan atas nama Bersih akan bersedia berdepan dengan Perkasa yang mengetuai Kotor (Badan Bertindak Pilihanraya Kotor) nanti,” katanya.

Sudah dapat RM8 juta,tak rugi jumpa Pekida.

Pada hari ini dijangka Pengeluar Filem KL Gangster akan bertemu Pekida untuk membincangkan perselisihan yang timbul.

Tidak rugi untuk Yusof Haslam untuk bertemu.Dalam tempoh 7 hari sudah dapat RM8 juta. Mungkin dengan pertemuan Pekida dan KL Gangster kutipan tiket boleh mencecah ke RM10 juta.


Bijak Yusof Haslam,itu antara langkah untuk melariskan filem.Filem itu wajah kita.Moga-moga Yusof boleh berfikir untuk menjadikan filem selepas ini lebih Islamik.


Anwar sudah kembali,mimpi ngeri buat UMNO.

Hari ini DS Anwar sudah kembali ke persidangan parlimen.UMNO kini sudah mula pusing kepala.Kemasukan DS Anwar selepas digantung selama 6 bulan ,menjadikan sidang pada kali ini panas.


Hal ini satu mimpi ngeri buat UMNO.DS Anwar pula bertanya soalan tentang FELDA.Jadi sudah tentu ahli parlimen UMNO seperti cacing kepanasan.


Wakil Pas seperti YB MahfuZ Omar,Dr Hatta Ramli,YB DS Nizar dan YB Firdaus Jaafar menyambut DS Anwar.


Mungkinkah isu 1 Malaysia dan One Israel masih menghantui Najib dan Muhyiddin .?


Dalam pada itu tiga wakil rakyat yang digantung turut hadir .Mereka YB Azmin Ali,YB Karpal dan YB Sivarasa.

Bersama YB Khalid Samad 18 Jun ini di Bukit Gantang

Pas Kawasan Bukit Gantang mempunyai program yang padat bersama YB Khalid Samad pada 18 Jun ini.


Bermula 9.00 pagi bertempat di Markaz Negeri,Air Kuning siri motivasi "Pilihanraya" akan disampaikan oleh YB Khalid Samad.


Kemudian Tazkirah Maghrib di Surau Kg Air Putih,Simpang dan Ceramah Penerangan pada 9.00 malam di Markaz Pas Taman Berkat,Jln Simpang-Butterworth.

Tuesday, June 14, 2011

Berita TV 3 siar cerita sekerat-sekerat.

KOTA BHARU, 14 Jun: Selepas agak lama isu membabitkan Bazar Tok Guru reda, kini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB kembali kelam kabut apabila menghantar memorandum kepada pelbagai pihak mendakwa kononnya mereka dianiaya.


Isunya bermula apabila bekalan elektrik di pasar tersebut dipotong pada 10 Jun lalu. Ekoran itu peniaga di situ gelabah semula.


Apa puncanya bekalan elektrik dipotong. Persatuan mungkin menyembunyikan fakta bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 difahamkan gagal dibayar peniaga di situ sejak beberapa bulan lalu.


Persoalannya sekarang siapa yang tidak menjelaskan bil tersebut, peniaga atau persatuan.


Pemilik bangunan Pasar Lama MPKB, Sensa Timur Sdn Bhd difahamkan mengarah peniaga terbabit mengosongkan bangunan itu 31 Mac lalu, namun hasil campur tangan kerajaan negeri tempoh perpindahan dilewatkan sehingga akhir Jun ini.


Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, isu terbaru yang ditimbulkan Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB ada kaitan bekalan elektrik dipotong kerana bil tertunggak begitu banyak.


“Difahamkan peniaga terbabit sudah pun dimaklumkan mengenai tunggakan bil elektrik yang belum dijelaskan,” katanya.


Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad semalam dilaporkan mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menarik balik deposit di Tenaga Nasional Berhad menyebabkan bekalan elektrik dipotong.


Persatuan itu juga dilapor menyerah memorandum kepada Istana Kelantan dan kerajaan negeri supaya campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Salim juga mendakwa peniaga berdepan dengan pemilih lot secara tidak adil di Bazar Tok Guru.


Sebelum ini persatuan terbabit juga mengharap pemimpin Umno termasuk Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membela mereka.


Namun sehingga kini Umno mendiamkan diri, sebaliknya masalah mereka diselesaikan kerajaan negeri termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.


Selain itu juga mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.


Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.


Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun ini harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.


Selepas 30 Jun tiada lagi sebarang diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.


PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.


Sebelum ini hampir setahun persatuan terbabit menjaja isu lot ruang niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal. Mereka menggunakan Umno bagi menghentam kerajaan negeri.


Sedangkan mereka lupa saiz lot dikecilkan berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.


Khalili berkata, peniaga yang mendaftar awal iaitu lebih 80 orang akan berpindah dahulu ke Bazar Tok Guru dalam masa terdekat ini.


“Kumpulan kedua iaitu 200 peniaga yang memohon selepas 2 Mei lalu perlu menjalani pengundian bagi menentukan lot masing-masing,” katanya.


Menurutnya minggu ini surat tawaran dikeluarkan kepada peniaga berkenaan iaitu berdasar kepada permohonan awal yang diterima PMBK.


Persatuan Peniaga Pasar Lama hanya berbaki hayat 16 hari lagi. Sebelum ini difahamkan mereka menemui beberapa pemimpin PAS memohon maaf di atas kritikan dilempar kepada kerajaan negeri berhubung isu Bazar Tok Guru.


Pada pagi Ahad lalu ada pihak tertentu menaikkan bendera PAS di sekeliling Pasar Lama MPKB sebagai memprotes bekalan elektrik dipotong.


Pemilik bangunan juga sudah memasang tiang besi bagi membina pagar di sekeliling pasar tersebut untuk membolehkan projek pembangunan semula pasar dijalankan selepas peniaga berpindah.sumber harakah daily.net

Umrah Ramadhan bersama Tok Guru Haji Hadi Awang

Bagi mereka yang berminat untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan ini bolehlah mengikuti rombongan TG Haji Hadi Awang.

Rombongan Tok Guru Haji Hadi akan berangkat pada 30 Julai -13 Ogos.Pakej umrah itu bernilai dari RM5750.00.

Jika para jemaah berminat boleh berhubung dengan Ustaz Akmal Kamarudin 019-5452471.

Cikgu tak payah tengok gambar lucah,cikgu sudah tua.

Budak-budak melukis gambar lucah.Kita dapat menangkapnya.Lalu mereka beritahu kita."Cikgu tak payah tengok,cikgu sudah tua" kata seorang budak.


Kita hendak siasat juga. Mereka buang dekat tong sampah..Seorang budak meminta kita jangan ambil tindakan." Cikgu jangan tengok,ini kotor punya".kata seorang budak lain.


Kita pun diam sahaja. Rupanya budak pun malu dengan gambar lucah yang mereka lukis berbanding dengan Eskay,Rahim dan Shuib yang berbangga untuk mengaibkan DS Anwar.

Monday, June 13, 2011

Kena ugut dirogol,, Siti Aishah ,Ketua Srikandi buat laporan polis.





IPOH,14 Jun:-Ketua Srikandi Keadilan Malaysia,Siti Aishah Shaik Ismail kini dalam perjalanan ke Balai Polis Sg Rapat untuk membuat laporan polis.

Siti Aishah bersama teman -teman Srikandi membuat laporan polis kerana menerima ancaman untuk dirogol oleh musuh politik atau anak-anak nakal yang mungkin diupah.

Kita mengharapkan pihak polis dapat membuat siasatan dengan teliti dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat.

Nampak gaya politik lucah dan porno sudah menjadi mainan pihak lawan .Justeru itu pengundi muda perlu menolak gaya politik lucah ini.

Sunday, June 12, 2011

Kutipan KL Gangster sudah Rm5 juta sudah boleh bayar saman Pekida

PETALING JAYA: Filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa tiga hari.


Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu 9 Jun hingga 11 Jun lalu.


Dengan kutipan baru tiga hari,kemudian publisiti percuma Pekida menyebabkan KL Gangster berlumba-lumba orang mahu tonton.


Dengan Rm 5 juta jumlah kutipan setakat ini ,saman yang cuba dibawa oleh Pekida ,rasanya Pengeluar Filem Yusof Haslam mampu bayar.

Tok guru jangan berada di ceruk dapur sahaja.


Pagi tadi berlangsung ijtimak ulamak Pas Kawasan Bukit Gantang.Kita tertarik dengan nasihat Ustaz Sidek Noor supaya golongan ustaz dan ulamak duduk di tengah-tengah masyarakat.

Bukannya berada di belakang ,menyorok diceruk dapur.Para ustaz perlu berada di depan di mana-mana sahaja.

Menurut Ustaz Sidek Noor,mereka diperlukan kerana ilmu para ustaz ."Jadi tok guru ini perlu ke depan"kata Ustaz Sidek Noor."Bukannya berada diceruk dapur,menyembunyikan diri" ujar Ustaz sidek Noor.

DS Nizar dan Ustaz Idris Ahmad dilantik AJK Pas.

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.


Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.


Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.


Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.


Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.


"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.


"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.


Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:


Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

Saturday, June 11, 2011

Bersih 2:Karut dan khurafat laporan polis-Mat sabu

SHAH ALAM : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai “karut dan khurafat” laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.


Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.


Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.


“Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan Umno menghasut,” kata beliau.


“Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIH sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.


"Jadi yang dikatakan Umno bahawa perhimpunan ini boleh menjejaskan pendapatan jelas satu kepercayaan karut dan khurafat." tegas beliau.


Laporan polis itu dibuat oleh Exco hal ehwal bandar Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Beliau menuntut polis supaya mengambil tindakan awal memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam dipetik berkata 60,000 perserta akan terlibat dalam perhimpunan itu pada 9 Julai.

Mengulas lanjut Mat Sabu menegaskan perhimpunan BERSIH akan berjalan secara aman.


Beliau berkata perhimpunan itu akan menzahirkan tuntutan rakyat untuk sebuah sistem demokrasi tuntas demi menjamin sebuah pilihanraya umum yang adil.


Mohamad Sabu menegaskan peserta perhimpunan itu tidak akan menjadi mangsa provokasi polis seperti masa-masa lalu.


"Kalau penjaja tidak mampu menjual air tebu misalnya, ia bukan kerana kebanjiran orang ramai, ia kerana FRU menembah gas dan termasuk kedalam air jualannya," katanya.

sumber tvs