Tuesday, November 15, 2011

Program muslimat seperti ini buat YB Hamidah Osman marah.


Dewan Muslimat PAS Perak akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Pentas Wanita pada 19 November di Dewan Perhimpunan Cina Kampung Koh, Sitiawan Perak.



Antara objektif program yang bakal diadakan adalah untuk mengumpul dana tabung Dewan Muslimat PAS Perak bagi menghadapi pilihanraya ke 13. Di samping itu juga, ceramah penerangan berkenaan isu-isu semasa turut diadakan untuk semua masyarakat setempat sekaligus dapat mengeratkan hubungan diantara pemimpin Pakatan Rakyat bersama rakyat.


Program ini juga menjemput YB Lim Pek Har (Adun Menglembu DAP), Cik Siti Aishah (Ketua Srikandi PKR) dan Cik Kumutha (Ketua Wanita DHPP) sebagai penceramah jemputan. Ketua Dewan Muslimat Pas Perak yang juga merangkap pengarah Program Majlis Makan Malam dan Pentas Wanita, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, program seperti ini diadakan untuk mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja lagi. Tambahnya juga, dengan sesi penerangan yang akan disampaikan dari pimpinan Pakatan Rakyat harap dapat membuka mata kepada rakyat tentang penipuan isu-isu yang dimainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional di dada-dada akhbar dan televisyen.



Program bakal bermula pada pukul 8:00 malam dengan sajian makan malam dan acara kemuncak iaitu Pentas Wanita akan bermula pada pukul 9:00 malam. Kupon dijual dengan harga RM 10 sahaja.


Justeru Ketua Dewan Muslimat Pas Perak turut menyatakan, bagi sebarang pertanyaan untuk pembelian kupon, perniagaan dan sebagainya boleh menghubungi urusetia di talian :0135345349/ 0195597066 ( PAS Perak ).



Bagi yang ingin menyumbang dalam usaha untuk menambah Dana Pilihanraya Dewan Muslimat Pas Perak, anda boleh menyumbang ke Akaun Bank Islam Dewan Muslimat Pas 08040020075442.

No comments:

Post a Comment