Monday, November 21, 2011

PENTING:PAMERAN SENARAI PEMILIH AWAM DIRAGUI NEGERI PERAK



Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Perak telahpun memaparkan senarai pemilih yang meragukan dalam negeri Perak. Berita berkenaan boleh dibaca di laman sesawang rasmi SPR [klik di sini] dan anda boleh memuat turun data tersebut dari laman sesawang rasmi SPR dalam format *pdf [klik di sini].


Sehubungan itu bagi memudahkan kerja JPrK, pihak Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak telahpun bertindak menyalin data dan menukarnya ke dalam bentuk Ms. Excel dan telahpun melakukan pecahan bagi setiap kawasan parlimen. Anda boleh memuat turun fail tersebut pada link yang disertakan di bawah :


SENARAI PEMILIH AWAM DIRAGUI NEGERI PERAK

Untuk makluman, pameran ini akan berlansung mulai 17 Nov. 2011 sehingga 31 Dis. 2011 bagi tujuan mengesahkan samada pemilih yang namanya dipamerkan itu masih hidup atau sudah meninggal dunia. Sekiranya nama pemilih tersebut terdapat di dalam senarai berkenaan, maka pemilih tersebut perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu untuk mengenalpasti rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan pendaftaran pemilihnya.


Sekiranya tiada apa-apa maklumbalas yang diterima dari Pemilih Awam Diragui tersebut, pihak SPR akan memotong nama mereka dari Daftar Pemilih. Justeru pihak JPrK kawasan-kawasan diminta memberi fokus terhadap perkara tersebut. Sekian harap maklum.

No comments:

Post a Comment