Tuesday, November 29, 2011

Enggan tarik RUU Perhimpunan Aman- MP Pakatan keluar dewan.

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas Barisan Nasional (BN), dipimpin Datuk Seri Najib Razak, enggan menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman hari ini.


Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan tiga Ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang itu dengan kesemua mereka meminta agar ia ditarik balik dan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas.


“Ini cara kami menolak rang undang-undang ini sehingga kami ada satu jawatankuasa pilihan khas,” kata Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa kepada The Malaysian Insider ketika mereka meninggalkan Parlimen.


“Rang undang-undang ini tidak melindungi keselamatan nasional, hanya keselamatan pemimpin-pemimpin BN,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang dan wakil rakyat terakhir pembangkang dibenarkan bercakap.


Banyak pihak mengkritik rang undang-undang itu termasuk pembangkang yang menyifatkan Malaysia ketinggalan di belakang berbanding Myanmar dalam menyediakan undang-undang sedemikian.MI.

No comments:

Post a Comment