Tuesday, December 13, 2011

Kes cubaan merogol, jaga ada 10 kesalahan lampau.

Jiran penulis memberitahu , suspek penjenayah yang cuba merogol isteri beliau belum ditemui.Walaupun telah berlaku kawad cam ke atas orang yang disyaki,timbul pula isu baru, jaga yang dipanggil kawad cam ini pula didakwa mempunyai 10 kesalahan lampau.


Suspek rogol belum ditemui lagi.Dikatakan telah menyembunyikan diri.Apa yang menghairankan syarikat kawalan keselamatan yang mendapat tender mengawal sekolah ,rupanya mengajikan mereka yang mempunyai akhlak yang diragukan.


Contohnya sebuah sekolah dikatakan mempunyai pengawal keselamatan yang diakui ada kesalahan jenayah lampau . Alasan yang diberikan oleh syarikat,,tidak mempunyai orang yang cukup dan berminat?Jadi syarikat pun tidak siasat latar belakang pengawal keselamatan itu.?

No comments:

Post a Comment