Sunday, December 11, 2011

Ketua Kampung PR Perak ikrar menangkan Pakatan Rakyat.

YB Ngeh Koo Ham, dalam ucapannya ,Kerajaan PR jika menang dalam PRU 13 nanti akan mengembalikan semula institusi Ketua Kampung dengan mengubal undang-undang berkaitan institusi Ketua Kampung.
Sebahagian Ketua Kampung PR dan JKKK bergambar selepas program.Kelihatan PJ Ustaz Abu Bakar dan YB Hj Zainuddin Yusof.

Baru-baru ini 10 Disember berlangsung Taklimat dan Motivasi PRU 13 untuk Ketua Kampung dan JKKK Kerajaan PR Perak di Padang Rengas.

Taklimat dan motivasi didsampaikan YB Ngeh Koo Ham,YB Hj Zainuddin Yusof,Ybg Ustaz Abu Bakar Husein,Pesuruhjaya PAS Perak.

Ustaz Abu Bakar Husein mengharapkan Ketua Kampung dan JKKK Pakatan Rakyat dapat menyakinkan rakyat untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

"Jadikan orang Melayu celik politik,seperti orang Cina" kata Ustaz Abu Bakar Husein.

Sementara itu YB Ngeh Koo Ham,menjelaskan bahawa kerajaan PR akan memastikan institusi Ketua Kampung terus dihormati dan termaktub dalam perlembagaan.

Beliau juga menekankan UMNO menipu masyarakat Melayu yang menyatakan Ketua Kampung bukan jawatan yang ada dalam perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan Perak.

1 comment: