Saturday, December 10, 2011

Jika tidak betul Shahrizat tentu sudah saman-Nizar.


DS Nizar baru-baru ini,10 Disember bersolat Jumaat dan berkhutbah di Masjid Ahmadi,Kg Changkat Ibol,dalam Parlimen Bukit Gantang .Apa yang menarik DS Nizar dalam khutbah kedua menerangkan isu RM250 juta NFC.Beliau menyentuh bagaimana duit rakyat dihabiskan begitu sahaja,membeli 2 buah kondominium,2 lot tanah,pergi menunaikan haji dan menghabis hampir 26,000 membeli keperluan peribadi .

Sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang ,beliau berkewajipan untuk menjelas isu lembu nasional ini.

NFC ini sepatutnya membekalkan bekalan daging yang cukup,tetapi tidak dapat memenuhi keperluan daging negara.

Selepas Solat Jumaat,penulis sempat bertanya isu lembu Shahrizat ini." Shahrizat tak berani saman ,isu 26,000 ringgit beli keperluan peribadi,termasuk baju dalam"kata DS Nizar.

Walaupun isu beli baju dalam ini dibangkitkan dalam mesyuarat UMNO,Shahrizat setakat ini masih tidak menyaman DS Nizar.

"Jika tidak betul Shahrizat tentu sudah saman"kata DS Nizar.

No comments:

Post a Comment