Tuesday, December 13, 2011

Kembalinya seorang pejuang, Pak Imam Majid Salleh

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid Salleh diatas pemergiannya kerahmatullah.


Beliau, pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmi, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.


Selain itu beliau juga pernah menjadi YDP PAS kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng


PAS Perak dan seluruh kawasan-kawasan kehilangan seorang pejuang yang begitu gigih dan sangat konsisten dalam memartabatkan Islam dan mengangkat martabat rakyat di bumi Malaysia. Pemergian Allahyarham Abdul Majid Salleh sangat dirasai oleh seluruh rakyat negeri Perak.


Pengorbanan dan semangat juangnya inilah yang wajar dicontohi oleh rakyat terutamanya generasi muda.


PAS Perak melihat, walaupun pemergian Allahyarham Abdul Majid Salleh menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi rakyat, tetapi Allahyarham telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT. Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.


Salam Takziah

No comments:

Post a Comment