Monday, December 5, 2011

Rapat rakyat Peringkat Perak- komponen PR perlu buktikan.

Rapat Rakyat pada 10 Disember ini di Pekan Beruas perlu diberi sokongan penduduk Perak.PAS dijangka mengerah 24 kawasan untuk menghantar peserta.Jika satu kawasan seribu orang,PAS sudah berjaya menghantar hampir 24 ,000 orang.

Dengan PKR yang dikatakan mempunyai keahlian yang banyak di Perak, juga mempunyai 24 cabang,juga dijangka mampu menghantar satu cabang seribu orang ahli.Hal ini sudah mencecah 24 ribu orang PKR akan hantar peserta raptai.

Dengan kerusi yang yang ditadingi DAP 18 DUN ,DAP juga boleh menghantar paling minima pun 10 ribu orang ke rapat rakyat itu pada 10 Disember ini.

Dengan keluasan tapak program enam ekar lebih,Rapat Rakyat ini perlu diberi sokongan semua lapisan penduduk.Sudah tentu program ini menghantui UMNO dan bagaimana Pakatan Rakyat bersedia menjadi kerajaan di Perak.

No comments:

Post a Comment