Tuesday, December 6, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA),juga akan lahir kakitangan kaki ampu.

Satu Januari 2012 semakin hampir.Skim baru untuk kakitangan kerajaan sudah sampai saat.Di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini meliputi 1.3 juta kakitangan kerajaan .

Peruntukan yang terdapat dalam SBPA ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.


Didakwa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.


Semuanya akan melahirkan kakitangan kaki ampu .Kakitangan yang baik dan pandai berlakon depan "boss" sudah tentu mendapat habuan. Yang betul-betul cemerlang tetap tertinggal.


Mereka yang pro-UMNO sudah tentu tetap mendapat ganjaran tidak berdasarkan meritokrasi.Hal ini kembali kepada skim SSB dan skim SSM yang membuat mereka yang layak tidak dapat anugerah perkhidmatan cemerlang,kerana tidak rapat dengan boss.


SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.


Kakitangan yang tiga tahun berturut-turut tidak cemerlang dengan markah di bawah 70 peratus boleh dibuang kerja.

Bagi kakitangan yang memperoleh markah 70 peratus dan ke bawah juga boleh memilih untuk berhenti sendiri.


Tidak nampak pihak berkuasa akan memberi bimbingan supaya mereka boleh terus bekerja sendiri untuk menampung kos hidup bersama keluarga.


NGO Melayu tidak pula bising kerana dalam tempoh tiga tahun nanti selepas 2012 ,kakitangan kerajaan yang majoritinya akan dibuang,kerana tidak cemerlang.Mereka yang tidak cemerlang ini pula didakwa tidak diberi ruang untuk berusaha sendiri untuk mencari pendapatan.

No comments:

Post a Comment