Sunday, February 12, 2012

Jangkitan AGE ,Zambry Kadir,Pengerusi LAP perlu letak jawatan.

IPOH: Sebanyak 142 lagi kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Perak pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes.


dilaporkan setakat ini jumlah keseluruhan kes di Hilir Perak sebanyak 1,730 manakala di Batang Padang sebanyak 956 kes.


Jumaat lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes AGE.


Laporan awal dari Kementerian Kesihatan mendapati jangkitan akut AGE atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan mengakibatkan dua bayi maut di Perak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar.


Justeru itu Zambry Kadir sebagai Pengerusi Lembaga Air Perak,perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana kegagalan Lembaga Air Perak membekalkan air bersih kepada penduduk.

No comments:

Post a Comment