Wednesday, February 15, 2012

Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) masih tiada tarikh.

KERAJAAN akan hanya melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas mendapat persetujuan komuniti perniagaan termasuk syarikat industri kecil dan sederhana di negara ini.


Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sehingga itu, belum ada tarikh khusus bagi pelaksanaan GST dan satu persidangan meja bulat akan diadakan bersama-sama dewan perniagaan pada pertengahan tahun ini untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu.



“Jika majoriti daripada mereka bersetuju, kita akan membentangkan rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan GST untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat,” katanya selepas merasmikan Persidangan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 2012 anjuran bersama Johor Corporation, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata), Kastam Diraja Malaysia dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor di Johor Bahru, semalam.

No comments:

Post a Comment