Wednesday, February 29, 2012

Orang nombor dua,itu pandangan peribadi Dr Dzulkefly- Ustaz Abu Bakar Husain

SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berpendapat belum tiba masa bagi parti itu menerima orang nombor dua daripada kalangan orang bukan Islam.


Sehubungan itu kata beliua, perkara tersebut perlu dirujuk kepada peraturan dan perlembagaan Pas terlebih dahulu agar tidak timbul masalah lain.


“Pelbagai diskusi boleh dilakukan bagi membincangkan isu ini kerana sehingga kini individu yang layak adalah beragama Islam tidak kira mereka dari kaum lain,” kata Ustaz Abu Bakar.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan bahawa jangan terkejut jika beberapa tahun akan datang, orang nombor dua Pas bukan seorang yang beragama Islam, dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.


Abu Bakar berkata, mungkin ia satu pandangan yang baik tetapi dari sudut pandangan peribadi semata-mata.


Katanya, apa yang lebih penting perlu lihat kepada dasar perjuangan Islam sebenar.

“Bagaimanapun, pada saya orang Islam tetap menjadi pilihan untuk menyandang jawatan nombor dua itu,” katanya.


Abu Bakar turut mengulas berhubung isu undi Melayu berpecah, namun menyifatkan perpecahan tidak berlaku sebaliknya kefahaman dan perjuangan terhadap Islam itu yang berpecah.


“Perpecahan orang Melayu sebenarnya kerana mereka tidak bersedia untuk memperjuangkan Islam.


“Kita boleh anggap ia sebagai satu transformasi untuk memperkenalkan Islam itu supaya lebih syumul,” katanya.sumber

No comments:

Post a Comment