Tuesday, April 3, 2012

April ini semak dan bantah daftar pemilih,jika nama terpelanting.

Sebentar tadi ,3 April merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan Kampung Pauh kali ke 44 ,dalam DUN Changkat Jering. Kita juga menekankan PAS akan bertanding di DUN Changkat Jering.

Di samping itu,sekali lagi kita menegaskan semak daftar pemilih ,agar nama masih ada dilokaliti dan daerah mengundi yang asal.

Pada bulan April ini terdapat semakan dan bantahan daftar pemilih. Buat tindakan ,kita tidak mahu kes lelaki (klik)Nagandran berlaku lagi. Macamana orang India boleh mendaftar di rumah kita sendiri.

Terdapat sumber yang boleh dipercayai memberitahu, pindah pengundi akan berlaku juga dalam Parlimen Bukit Gantang.

Justeru,kita meminta pimpinan cawangan memastikan pengundi kita mengundi di tempat yang sama dan nama masih ada.

No comments:

Post a Comment